omniture

Midea KWHA Tonjolkan Penyelesaian Air Seluruh Rumah Revolusioner di Aquatech Amsterdam

Midea KWHA Division
2023-11-16 20:47 56

AMSTERDAM, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Midea Kitchen and Water Heater Appliances Business Division (Midea KWHA) mendedahkan Penyelesaian Air Seluruh Rumahnya yang inovatif di Aquatech Amsterdam 2023, diadakan mulai 6-9 November di Belanda. Kehadiran Midea KWHA di pameran perdagangan air global yang terkemuka itu menonjolkan komitmen bahagian perniagaan untuk menyediakan rawatan air yang komprehensif kepada penapisan dan pemanasan air kediaman.

Midea KWHA Unwraps Revolutionary Whole House Water Solutions at Aquatech Amsterdam
Midea KWHA Unwraps Revolutionary Whole House Water Solutions at Aquatech Amsterdam

Penyelesaian Air Seluruh Rumah Midea ialah rangkaian menyeluruh yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan air yang pelbagai, meliputi seluruh isi rumah. Sistem ini termasuk penyelesaian prapenapis, pelembut air, pembahagi air, penulen air, minuman serta penyelesaian pemanas air. Kefleksibelan tawaran daripada Midea KWHA memastikan agar setiap rumah dapat menikmati penyelesaian yang disesuaikan, bermula daripada dapur hingga ruang tamu, bilik mandi, ruang kerja, bahkan bilik peralatan.


Penyelesaian yang dipersembahkan oleh Midea KWHA bukan sekadar tentang kepelbagaian, tetapi juga penyepaduan dan kemudahan penggunaan. Ia telahpun direka bentuk dengan teliti bagi menampung hampir setiap senario domestik. Sebagai contoh, di dapur, produk daripada Midea KWHA menyokong praktis kulinari dengan memastikan air tulen sentiasa tersedia pada saluran paip, manakala ruang tamu mendapat manfaat daripada reka bentuk yang rapi dan kemudahan pembahagi air Midea. Ruang kerja sentiasa mengandungi air dengan penyelesaian cekap Midea KWHA, sementara bilik mandi diubah menjadi ruang yang selesa dengan fungsi pemanasan air atas permintaan.

Lebih-lebih lagi, jenama ini berbangga dengan penyelesaian minuman berbilang fungsinya, menampilkan mesin ais dan air berkarbonat inovatif, yang menambah sentuhan kecanggihan kepada lebih banyak persekitaran rumah. Tambahan pula, Midea KWHA menawarkan pelbagai jenis produk Penulen Air Osmosis Berbalik. Produk-produk ini direka bentuk untuk menulenkan air secara berkesan dan menampung keperluan suhu yang berbeza-beza. Di samping itu, ia didatangkan lengkap dengan ciri air berkarbonat, yang meningkatkan fungsi dan daya tarikannya.

Aquatech Amsterdam 2023 sebagai pameran proses air, minuman dan air buangan yang terkemuka di dunia, menegaskan sekali lagi komitmennya kepada penglibatan perniagaan bersemuka yang selamat. Midea KWHA selaras dengan platform inovatif yang mementingkan keselamatan ini, memperlihatkan dedikasi mereka kepada kecemerlangan dan kesejahteraan pelanggan.

Pameran Midea KWHA di Aquatech Amsterdam 2023 menunjukkan kemajuan yang sangat besar dalam evolusi penyelesaian rawatan air rumahnya. Penyelesaian Air Seluruh Rumah Midea menandakan era baharu yang mana kualiti, keselamatan dan kemudahan merupakan asas dalam sistem air setiap isi rumah. Dengan Midea KWHA, pemilik rumah bukan sekadar memasang produk; mereka mengamalkan gaya hidup ketulenan, kecekapan dan inovasi untuk seisi rumah mereka.

Source: Midea KWHA Division
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Beverages Computer/Electronics Environmental Products & Services Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail Utilities Water Utilities New products/services Trade show news