omniture

Festival Teknologi Kewangan Singapura: LianLian Global bakal Pamerkan Sistem Perkhidmatan Kewangan Cekap Semua-dalam-Satu

LianLian Global
2023-11-16 21:21 37

SINGAPURA, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Subsidiari peneraju teknologi digital LianLian DigiTech, LianLian Global dijangka sekali lagi menjadi tumpuan utama di Festival Teknologi Kewangan Singapura (Singapore FinTech Festival), salah satu acara terbesar dalam komuniti teknologi kewangan (fintech) global. Perhimpunan yang penting ini dijadualkan berlangsung mulai 15 hingga 17 November di Pusat Konvensyen & Pameran EXPO Singapura.


Penyedia pembayaran rentas sempadan akan mempamerkan sistem perkhidmatan kewangan sehentinya yang komprehensif dan cekap kepada dunia dan terlibat dalam perbincangan mengenai kemungkinan baharu dalam bidang teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan bersama rakan-rakan kongsi global.

Dalam bulan September 2021, STARLINK, subsidiari Singapura LianLian DigiTech, diberikan lesen Institusi Pembayaran Utama oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura. Dengan adanya lesen pembayaran Singapura, digandingkan dengan rangka kerja pematuhan LianLian yang mantap serta infrastruktur teknologi yang inovatif, syarikat ini membangunkan platform perkhidmatan perdagangan rentas sempadan sehenti dan komprehensif yang menawarkan rangkaian fungsi yang penting:

  • Pengumpulan Dana rentas sempadan: LianLian mengumpul dan melindungi dana daripada pelbagai platform e-dagang dan pasaran termasuk Amazon, Shopify dan Allegro. Ia menampung transaksi dalam 11 mata wang utama, memudahkan kutipan bayaran langsung daripada pengguna dan PKS. Di samping itu, LianLian bekerjasama dengan institusi kewangan terkemuka, antaranya, Citibank, DBS Bank, Deutsche Bank dan JP Morgan Chase, untuk memberikan sokongan pelanggan.
  • Kad Maya LianLian: Kad maya Visa dan Mastercard LianLian meluaskan jangkauannya merentas landskap pembayaran global, membolehkan pelanggan meminimumkan fi transaksi dan mengurangkan kos operasi.
  • Pemerolehan Global: Ciri ini menawarkan kepada pelanggan dengan penyelesaian integrasi tersuai dan reka bentuk antara muka boleh disesuaikan, bagi memenuhi pelbagai permintaan pemerolehan.
  • Pembayaran rentas-sempadan: Pemegang akaun antarabangsa LianLian boleh melaksanakan proses pembayaran dengan pantas kepada peniaga di China dan seluruh dunia, bagi memastikan pemindahan dana yang dipercepatkan.

Memandang ke hadapan menuju tahun 2024, LianLian Global merancang untuk mempererat kolaborasinya dengan bank serta institusi kewangan tempatan, yang bertujuan untuk mencipta penyelesaian yang lebih maju untuk pasaran ini.

Setakat penghujung tahun 2022, LianLian memegang 64 lesen pembayaran dan akreditasi yang berkaitan di seluruh Singapura, semua bidang kuasa AS, UK, tanah besar China dan Hong Kong. Syarikat ini mewujudkan jaringan perniagaan global yang meluas mencakupi lebih 100 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada anggaran 1.8 juta pelanggan. Dalam tahun 2022, jumlah volum pembayaran (TPV) untuk perkhidmatan pembayaran digitalnya melebihi 1.153 trilion yuan. Menurut Frost & Sullivan, apabila diukur oleh TPV, LianLian DigiTech merupakan penyedia penyelesaian pembayaran digital bebas yang terbesar di China pada tahun 2022, menduduki tempat teratas dengan bahagian pasaran sebanyak 9.1%.

Source: LianLian Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Financial Technology