CHARLOTTE, North Carolina, 17 November 2023 /PRNewswire/ -- Celgard, LLC (Celgard), anak syarikat Polypore International, LP, (Polypore) menyelesaikan litigasinya terhadap Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior China) dan beberapa defendan Amerika Syarikat di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Utara California dan terhadap Senior China di United Kingdom (UK), serta litigasi Senior China terhadap Celgard. Syarat penyelesaian adalah dirahsiakan.
Dalam pemfailan litigasi Mahkamah Daerah California awam dan pemfailan litigasi UK:
Celgard secara sukarela menggugurkan semua tuntutan terhadap defendan Senior yang ditegaskan dalam Aduan Pindaan Keenamnya di Mahkamah Daerah California. Selain itu, defendan Senior secara sukarela menggugurkan semua tuntutan balas terhadap Celgard dan Polypore.
Celgard juga menggugurkan litigasi UK terhadap Senior China.
Terdahulu, Celgard mengumumkan kejayaan keputusan bagi kes Targray (Lihat Siaran), MTI (Lihat Siaran) dan Farasis (Lihat Siaran). Celgard akan terus melindungi harta inteleknya (IP) berkenaan pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri ion litium dan teknologi proprietari serta melindungi aset dan pelanggannya.
Tentang Celgard and Polypore
Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut tanpa pelarut yang digunakan sebagai pemisah iaitu komponen utama bateri ion litium. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting kepada prestasi bateri ion litium untuk kenderaan pacuan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan lain.
Celgard, LLC ialah anak syarikat milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.
Polypore ialah sebuah syarikat global yang memiliki kemudahan di sembilan buah negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan bukan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan khusus. Sila layari www.celgard.com dan www.polypore.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2278119/Celgard_LLC_settles_litigation.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1881744/4407429/Celgard_Logo.jpg?p=medium600