omniture

Memperkenalkan Lucid Gravity: Mentakrifkan Semula SUV Elektrik

Lucid Group
2023-11-17 10:45 108
  • Lucid Gravity yang baharu ini menandakan kemunculan era baharu untuk Kenderaan Utiliti Sukan elektrik: gabungan atribut yang belum pernah berlaku sebelum ini yang tidak pernah dilihat dalam sebuah kenderaan dengan jarak perjalanan unjuran melebihi 440 batu1.
  • Inovasi Lucid dalam teknologi dan pembungkusan EV memberikan dalaman yang luas dan mewah untuk tujuh orang dewasa dan barang-barang mereka, tanpa bahagian luaran yang besar dan kebolehgerakan yang lemah yang sering dikaitkan dengan SUV tradisional dengan tiga barisan tempat duduk dan bersaiz penuh.
  • Menampilkan platform SUV serba baharu dan rangkaian kuasa elektrik proprietari Lucid generasi seterusnya yang memenangi anugerah, Gravity akan memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
  • Lucid membuktikan keupayaannya dalam menghasilkan sedan EV mewah yang luar biasa dan terkenal; kini Gravity membawa Lucid ke pasaran SUV yang jauh lebih besar.
  • Lucid Gravity akan mendarat pada akhir tahun 2024. Seperti Lucid Air, harga untuk Gravity akan bermula di bawah $80,0002.

NEWARK, California, 17 November 2023 /PRNewswire/ -- Lucid Group, Inc. (NASDAQ: LCID), yang diiktiraf secara meluas kerana menaikkan tahap piawai kenderaan elektrik mewah dengan Lucid Air yang memenangi anugerah, iaitu penerima Anugerah Kereta Mewah Dunia 2023 (2023 World Luxury Car Award), sekali lagi mentakrifkan semula kecemerlangan dengan pendedahan kereta SUV elektrik mewah baharu yang rintis iaitu Lucid Gravity. Kereta SUV Gravity Lucid yang dinanti-nantikan ini dibina berdasarkan inovasi yang pertama kali dilihat dalam sedan Lucid Air bagi mencipta SUV elektrik mewah tanpa kompromi: iaitu kenderaan berprestasi tinggi dengan ruang untuk tujuh orang dewasa dan barang-barang mereka dengan unjuran jarak pemanduan melebihi 440 batu. SUV Lucid Gravity akan membuat penampilan sulung umum hari ini semasa Pameran Automotif Los Angeles (Los Angeles Auto Show), dengan pengeluarannya bermula pada akhir tahun 2024.

Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV
Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV

" SUV Gravity mewakili lonjakan yang signifikan ke hadapan bagi teknologi dan reka bentuk terkemuka dunia oleh Lucid. Pelanggan akan menemui gabungan ruang dan kebolehgerakan, kemewahan dan versatiliti yang tidak pernah berlaku sebelum ini, semuanya disepadukan dengan lancar ke dalam sebuah kenderaan yang luar biasa dengan pengalaman pemanduan dan jarak perjalanan seperti kenderaan jenama Lucid yang sebenar," kata Peter Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologi Lucid. Teknologi rangkaian kuasa EV proprietari Lucidyang inovatif dan pendekatan holistik kami terhadap kejuruteraan kenderaan telah pun membolehkan sedan Air mentakrifkan semula apa yang dirasakan mampu dicapai daripada kenderaan jenis sedan sukan mewah. Dengan Gravity, inovasi ini terus berkembang dan teknologi generasi seterusnya milik kami diaplikasikan dengan kesan yang lebih hebat, menghasilkan sebuah SUV elektrik yang boleh mencapai jarak perjalanan lebih 440 batu1 dengan pek bateri yang bersaiz sedikit lebih besar daripada separuh saiz bateri beberapa pesaing kami yang dahagakan bateri jenis baharu."

Reka Bentuk Gravity: Keseimbangan antara Bentuk dan Fungsi
"Di Lucid, kami percaya dalam melangkaui sempadan reka bentuk. Kami telah bersandar pada kepercayaan ini untuk memaksimumkan keluasan, kecekapan aerodinamik dan utiliti, yang menghasilkan SUV elektrik dengan gabungan atribut yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Derek Jenkins, Naib Presiden Kanan Reka Bentuk dan Jenama di Lucid. "Sama ada ia adalah kenderaan SUV kargo untuk kembara perkhemahan keluarga atau kenderaan jenis grand tourer untuk perjalanan jarak jauh yang meliputi jarak ratusan batu antara perhentian, Gravity direka bentuk untuk menjadi serba boleh.  Dedikasi pasukan kami untuk mencipta SUV yang menggabungkan bentuk dan fungsi dengan lancar telah menghasilkan kenderaan yang menarik secara visual, sangat serba boleh dan memberikan pengalaman pemanduan mewah yang dipertingkatkan." 

Komitmen Lucid terhadap kecemerlangan reka bentuk, ruang dalaman yang luas dan versatiliti menjadikan Gravity berbeza daripada yang lain. Pilihan reka bentuk bahagian luarannya adalah bukti gabungan estetika dan utiliti Gravity. Tumpuan pada kecekapan telah membawa kepada pekali seretan sasaran yang kurang daripada 0.243, satu profil aerodinamik yang tidak dapat ditandingi oleh SUV tiga baris tempat duduk yang lain. Dengan kehadiran mengagumkan yang disokong oleh bonet depan yang besar, profil anggun, kabin yang memanjang, bahagian tepi yang jelas dan hujung spoiler yang bergaya, Gravity mempamerkan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu harian.

Di bahagian dalam, Gravity mengagumkan semua dengan kawasan kargo yang luas dan fleksibel. Kabinnya menawarkan tempat duduk yang luas, dengan kemudahan tambahan tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat rata untuk mendedahkan lebih 112 kaki padu jumlah ruang kargo yang boleh digunakan untuk gabungan keselesaan dan kapasiti kargo dengan mudah. Tempat duduk boleh gelongsor baris kedua boleh digabungkan dengan meja kemudahan bersepadu untuk pengalaman tempat duduk belakang yang dipertingkatkan. Ruang kaki yang luar biasa luas yang membawa ke bahagian tempat duduk baris ketiga, membolehkan konfigurasi tujuh penumpang yang selesa, menjadikannya kenderaan yang ideal untuk setiap pengembaraan.

Gravity mewakili evolusi yag jelas bagi antara muka pengguna Lucid, yang dipanggil sebagai Clearview Cockpit, menampilkan paparan OLED 34 inci melengkung yang intuitif dan tidak mengganggu yang terapung di atas stereng baharu Gravity yang inovatif, dipadankan sesuai dengan garis penglihatan pemandu. Panel Pengemudi (Pilot Panel) Lucid kembali hadir dalam Gravity dengan bar sentuh akses pantas dan terletak bersama-sama konsol tengah kaca baharu yang terbuka ke sisi dengan elegan untuk storan tambahan. SUV ini juga memperkenalkan perisian generasi seterusnya Lucid dengan kemas kini melalui udara, memastikan peningkatan kenderaan yang berterusan.

Prestasi Kereta Sukan dan Jarak Pemanduan Lucid
Prestasi luar biasa Gravity bermula dengan platform baharu yang dibangunkan dari mula sebagai SUV yang bergaya. Ini disepadukan dengan lancar dengan teknologi rangkaian kuasa ultra-kompak proprietari Lucid generasi seterusnya, termasuk motor EV yang paling padat kuasa dalam pengeluaran di seluruh dunia, dan evolusi seni bina elektrik berkapasiti 900V. Gravity bukan sekadar sebuah SUV mewah; ia mempunyai kuasa yang besar, memecut dari 0-60 bpj dalam masa kurang daripada 3.5 saat sambil menyediakan kapasiti muatan yang besar melebihi 1,500 paun dan tambahan 6,000 paun bagi kapasiti menunda4.

Dengan SUV Gravity, prestasinya melangkaui jalan berturap oleh kerana Lucid memperkenalkan Zero Gravity, pakej ampaian udara pilihan yang dipertingkatkan yang menyesuaikan diri secara automatik dengan pelbagai keperluan rupa bumi, memastikan perjalanan yang lancar dan selesa di mana-mana permukaan. Pelarasan manual juga menawarkan keupayaan untuk mempertingkatkan Gravity bagi memaksimumkan keupayaan luar jalan raya atau menurunkannya bagi memaksimumkan prestasi dan jarak perjalanan.

"Reka bentuk dan falsafah kejuruteraan Lucidsentiasa mengutamakan usaha untuk melakukan lebih banyak dengan sumber yang lebih sedikit. Gravity menggunakan prinsip ini untuk menawarkan pelanggan dengan lebih banyak perkara yang mereka perlukan – lebih banyak ruang, lebih banyak utiliti dan lebih banyak jarak perjalanan – sambil mengelakkan penggunaan sel bateri yang berlebihan, kos tambahan pemilikan dan berat yang tidak perlu," kata Eric Bach, Naib Presiden Kanan Produk merangkap Ketua Jurutera di Lucid. "Kami percaya dalam melangkaui batasan bagi apa sahaja boleh dicapai, dan dengan pek bateri yang bersaiz kira-kira separuh daripada beberapa pesaing kami, Gravity ialah kenderaan elektrik serba boleh yang mesra alam dengan semangat seperti sebuah kereta super."

SUV Gravity bukan sahaja cekap; ia menetapkan piawaian baharu untuk SUV dengan pek bateri yang lebih kecil, ringan, lebih mampan sambil menawarkan jarak perjalanan yang luar biasa, diunjurkan melebihi 440 batu (708 km). Gravity mengguna pakai evolusi seni bina dan kadar pengecasan ultra-pantas pada kapasiti melebihi 900V oleh syarikat ini yang terkenal, menjadikannya salah satu sistem pengecasan EV terpantas di seluruh dunia. Pelanggan boleh menambah sehingga 200 batu (321 km) jarak pemanduan dalam masa kira-kira 15 minit5, bagi memastikan masa henti yang minimum dan memudahkan semasa perjalanan jauh. Lucid Gravity menetapkan penanda aras baharu untuk SUV, membuktikan bahawa kecekapan, kemewahan dan prestasi tinggi boleh wujud bersama.

"Gravity akan membawa pelanggan kami lebih jauh dengan bateri yang lebih kecil dan sekali gus menggunakan kurang tenaga yang berharga," tambah Rawlinson. "Pek bateri yang lebih kecil, lebih ringan dan berteknologi lebih tinggi bermakna hanya sedikit logam dan mineral berharga yang digunakan, kurang tenaga diperlukan untuk mengecas, kurang penggunaan elektrik, kurang tekanan pada grid, dan berat yang kurang serta kenderaan yang lebih dinamik. Apabila kami mengatakan bahawa kami berada di sini untuk memajukan teknologi, inilah yang kami maksudkan – ini sememangnya kemampanan dalam tindakan."

Pengalaman Manusia Gravity: Melangkaui Kemewahan Biasa
Pengalaman dalam kereta mewah Gravity adalah luar biasa, direka untuk kedua-dua anggota fizikal dan minda. Daripada bahan yang dipilih dengan teliti, kesesuaian dan kemasan yang luar biasa, dan aksen yang diletakkan dengan teliti, setiap aspek Gravity telah dihasilkan secara mampan dengan niat dan kesedaran terhadap ekologi. Tambahan pula, pengalaman manusianya yang holistik bukan sahaja memenuhi deria segera, tetapi juga mengutamakan kesejahteraan. Dengan pengenalan ciri kesejahteraan interaktif seperti Lucid Sanctuary dan Lucid Spaces, setiap pengalaman dalam kereta Gravity dibawa ke tahap yang baharu. Lucid Sanctuary ialah set pengalaman revolusioner yang direka bentuk dengan teliti untuk memberikan ketenangan semasa dalam perjalanan, sama ada semasa anda berada di jalan raya atau meletakkan kenderaan di stesen pengecasan. Dengan Lucid Spaces, satu ketikan sahaja dapat mengubah kabin menjadi oasis yang tenang, membuatkan pemandu menyelami ke dalam suasana lokasi yang menenangkan seperti Lake Tahoe atau Joshua Tree. Lucid juga telah bekerjasama dengan pakar di Meditopia untuk menawarkan pengalaman meditasi berpandu yang menyediakan ruang peribadi untuk penumpuan minda, tanpa perlu keluar dari kenderaan.

Harga dan Ketersediaan
Dengan tumpuan untuk menyampaikan teknologi termaju dan pengalaman kenderaan elektrik terbaik kepada khalayak seluas mungkin, Gravity akan diberikan harga yang kompetitif dalam kategori SUV premium bersaiz penuh dengan harga permulaan yang dijangkakan di bawah USD 80,000. Pengeluaran dijangka bermula pada akhir tahun 2024. Pelanggan dijemput untuk mendaftar sekiranya berminat dengan Lucid Gravity di www.lucidmotors.com/gravity.

*Gravity sedang dalam prapengeluaran, dan spesifikasi kenderaan di atas adalah tertakluk kepada perubahan.

Tentang Lucid Group
Misi Lucid adalah untuk memberi inspirasi kepada penerimagunaan tenaga mampan dengan mencipta teknologi termaju dan kenderaan elektrik mewah yang paling menawan yang berpusat pada pengalaman manusia. Kereta pertama syarikat ini, iaitu Air, ialah sedan mewah tercanggih dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh California. Lucid Air Grand Touring menampilkan EPA rasmi dengan jarak perjalanan dianggarkan sejauh 516 batu (830 km) Dipasang di kilang Lucid di Casa Grande, Arizona, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Arab Saudi, penghantaran Lucid Air sedang dijalankan kepada pelanggan di AS, Kanada, Eropah dan Timur Tengah. 

Hubungi Media
media@lucidmotors.com 

Tanda Dagangan
Komunikasi ini mengandungi tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan dan hak cipta Lucid Group, Inc. dan anak syarikatnya serta syarikat-syarikat lain, yang merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Komunikasi ini termasuk "pernyataan berpandangan ke hadapan" yang berada dalam pengertian "perlindungan selamat" dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Pernyataan berpandangan ke hadapan boleh dikenal pasti dengan menggunakan perkataan seperti "anggar," "rancang," "unjur," "ramal," "berniat," "akan," "jangka," "percaya," "mencari," "mensasar," "terus," "boleh," "mungkin," "berpotensi," atau ungkapan lain yang serupa yang meramalkan atau menunjukkan peristiwa masa depan atau trend atau yang bukan pernyataan tentang perkara bersejarah. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan mengenai rancangan dan jangkaan berkenaan dengan Lucid Gravity, termasuk harga, masa pengeluaran, kecekapan dan prestasi, jarak pacuan dan kelajuan pengecasan, ciri, spesifikasi, potensi kesan ke atas pasaran, perisian Lucid, dan janji daripada teknologi Lucid. Pernyataan ini adalah berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dalam komunikasi ini, dan berdasarkan jangkaan semasa pengurusan Lucid. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini tidak bertujuan untuk dijadikan sebagai jaminan dan tidak boleh dipercayai oleh mana-mana pelabur sebagai jaminan atau pernyataan yang sahih bagi suatu fakta atau kebarangkalian. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar atau mustahil untuk diramalkan dan mungkin berbeza daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Terdapat banyak peristiwa dan keadaan sebenar yang berada di luar kawalan Lucid. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian, termasuk faktor yang dibincangkan di bawah tajuk "Faktor Risiko (Risk Factors)" dalam Bahagian II, Item 1A Laporan Suku Tahunan Lucid pada Borang 10-Q untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2023, serta dokumen lain yang telah difailkan atau akan difailkan oleh Lucid dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission). Jika mana-mana risiko ini adalah ketara atau andaian Lucid terbukti salah, keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada hasil yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Mungkin terdapat risiko tambahan yang tidak diketahui oleh Lucid buat masa ini atau apa yang Lucid percaya pada masa ini adalah tidak material yang juga boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang terkandung dalam pernyataan berpandangan ke hadapan. Di samping itu, pernyataan berpandangan ke hadapan turut mencerminkan jangkaan, rancangan atau ramalan Lucid tentang peristiwa dan pandangan masa hadapan setakat tarikh komunikasi ini dibuat. Lucid menjangkakan bahawa peristiwa dan perkembangan seterusnya akan menyebabkan penilaian Lucid berubah. Walau bagaimanapun, sementara Lucid boleh memilih untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini pada satu ketika pada masa hadapan, Lucid secara khususnya menafikan sebarang kewajipan untuk berbuat demikian. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini tidak seharusnya dipercayai sebagai mewakili penilaian Lucid pada mana-mana tarikh selepas tarikh komunikasi ini dibuat. Oleh itu, pergantungan yang tidak wajar tidak boleh dikenakan di atas pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

1 Anggaran unjuran pengilang untuk pengurangan teratas; julat dan kuasa bateri berbeza-beza mengikut suhu, tabiat memandu, pengecasan dan keadaan bateri serta keputusan sebenar akan berbeza-beza.
2 Harga adalah untuk pasaran AS sahaja. Tidak termasuk cukai, hak milik, lesen, pilihan, destinasi dan yuran lain. Harga tertakluk kepada perubahan.
3 Berdasarkan spesifikasi prapengeluaran pada ketinggian tunggangan 155 mm; tertakluk kepada perubahan.
4 Unjuran pengilang untuk pengurangan teratas; kargo, berat dalaman, dan peralatan kenderaan memberi kesan kepada kapasiti menunda.
5 Apabila disambungkan kepada pengecas pantas DC berkapasiti 350 kW. Kadar sebenar akan berbeza-beza berdasarkan peralatan kenderaan dan keadaan pengecasan.

Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV
Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV

 

Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV
Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV

 

Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV
Introducing the Lucid Gravity: Redefining the Electric SUV

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2278188/Lucid_Group_Lucid_Gravity_dashboard.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2278189/Lucid_Group_Lucid_Gravity_Electric_SUV.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2278190/Lucid_Group_Lucid_Gravity_all_new.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2278192/Lucid_Group_Lucid_Gravity_interior.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1080273/LucidMotors_Logo.jpg?p=medium600

Source: Lucid Group
Related Stocks:
NASDAQ:LCID
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services