omniture

Office2u Ubah Lanskap Pejabat Korporat Malaysia dengan Inovasi dan Kreativiti

SOARITS PR SDN BHD
2023-11-17 12:05 19

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 November 2023 /PRNewswire/ -- Dalam lanskap perniagaan masa kini, pejabat bukan sekadar menjadi ruang kerja; ia kini menjadi sebuah simbol budaya dan nilai sesebuah syarikat. Ia seringkali dianggap sebagai 'rumah kedua' bagi pekerja. Memandangkan ianya menjadi tren masa kini, Office2u, syarikat perabot pejabat telah mengimplementasikan konsep pelan pejabat secara terbuka dan terkemuka di Malaysia. Matlamat mereka adalah untuk meningkatkan standard pejabat korporat di Malaysia ke tahap antarabangsa dengan mencipta persekitaran kerja yang berkreativiti.

Pasukan Office2u mendapat inspirasi daripada Google, sebuah teknologi gergasi global yang terkenal dengan persekitaran pejabatnya yang unik dan memacu kreativiti serta keselesaan pekerja. Oleh itu, strategi baru Office2u menggunakan inspirasi ini untuk mengilhamkan tawaran servis mereka—merangkumi perabot pejabat, kerusi, meja, peralatan, dan stesen kerja—dengan inovasi ini ianya mampu memenuhi keinginan pelanggan, ruang kerja yang efisien, inovatif, dan lestari. Ini menunjukkan komitmen Office2u sangat  kompetatif dan moden, serta persekitaran kerja yang setara dengan standard antarabangsa. "Matlamat kami adalah untuk memberikan persekitaran kerja yang moden, inovatif, dan selesa bagi setiap jenis perniagaan," kata pasukan Office2u.

Dengan ibu pejabat di Shah Alam, Selangor, Malaysia, Office2u telah berjaya mencipta persekitaran pejabat yang menakjubkan untuk lebih daripada 5,000 klien korporat sejak penubuhannya pada tahun 2016. Antara kliennya termasuklah syarikat dan jenama ternama seperti Subplace, CUCKOO, MyAirlines, VOLVO, ECO CARTON, HAIER, MYMENZIES, NITORI, TAN CHONG, TECK HIN MOTOR, CRADLE FUND, dan banyak lagi. Office2u berbangga dengan dedikasi mereka dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, yang tercermin dalam tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dan keberkesanan dalam mengekalkan pelanggan.

Selain dari penyediaan solusi pejabat yang inovatif, Office2u juga menawarkan perkhidmatan perancangan ruang yang komprehensif, termasuk reka bentuk tata letak, cadangan untuk pendawaian, dan penyesuaian stesen kerja, untuk memastikan integrasi yang sempurna antara ruang pejabat dan budaya syarikat. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, Office2u menggabungkan sumber dalam talian dan luar talian; klien boleh menjelajahi katalog produk dan meminta sebut harga melalui laman web rasmi atau mengunjungi ruang pamer untuk menikmati reka bentuk secara langsung.

Secara keseluruhannya, strategi baru Office2u bertujuan untuk meningkatkan standard persekitaran pejabat korporat di Malaysia ke tahap antarabangsa, dengan mencipta suasana yang merangsang kreativiti. Office2u komited untuk membawa inovasi dan moderniti dalam perkhidmatan perabot pejabat berkonsepkan pelan terbuka yang efisien untuk pelanggannya. Jika anda berminat untuk meneroka perabot pejabat inovatif dan perkhidmatan Office2u, sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman web Office2u.

Office2u berdedikasi untuk menyediakan pelanggan dengan persekitaran pejabat yang luar biasa. Reka bentuk perabot mereka, termasuk perabot pejabat, kerusi, meja, peralatan, dan stesen kerja, memenuhi keperluan pelanggan untuk kecekapan, inovasi, dan suasana kerja yang lestari.
Office2u berdedikasi untuk menyediakan pelanggan dengan persekitaran pejabat yang luar biasa. Reka bentuk perabot mereka, termasuk perabot pejabat, kerusi, meja, peralatan, dan stesen kerja, memenuhi keperluan pelanggan untuk kecekapan, inovasi, dan suasana kerja yang lestari.

Source: SOARITS PR SDN BHD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services General Manufacturing