omniture

CGTN: San Francisco pemula baharu untuk hubungan China-A.S.

CGTN
2023-11-20 09:05 59

BEIJING, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping dan rakan sejawat A.S. beliau, Joe Biden telah bertukar-tukar pandangan secara berterus terang dan mendalam di Filoli Estate, San Francisco pada hari Rabu. Sidang kemuncak yang amat dinanti-nantikan ini berlangsung setahun selepas kedua-dua presiden ini bertemu di Bali, Indonesia.


Semasa pertemuan itu, Presiden Xi menyeru kedua-dua negara untuk bersama-sama membina lima tonggak untuk hubungan dua hala dan menerima visi San Francisco yang baharu bagi menghadapi masa depan. Beliau menegaskan bahawa China komited secara konsisten untuk menjalin hubungan yang stabil, sejahtera dan mampan bersama Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, China mempunyai kepentingan yang harus dilindungi, prinsip yang harus ditegakkan dan sempadan bidang kuasa yang tidak boleh diceroboh.

China berharap agar kedua-dua negara dapat menjadi rakan kongsi yang saling hormat-menghormati dan wujud bersama dengan aman. Pakar ekonomi Amerika Jeffrey Sachs berkata idea saling hormat-menghormati, kerjasama, dialog dan penyelesaian masalah bersama "benar-benar bijak dan sangat penting," menurut laporan Xinhua.

Sememangnya, kedua-dua negara masih menghadapi beberapa pertikaian strategik. Presiden Xi menegaskan di sidang kemuncak itu bahawa kedua-dua negara perlu mengurus perselisihan faham bersama-sama dengan efektif dan bukannya membiarkannya menjadi jurang yang memisahkan kedua-dua negara ini.

Bahkan, sebelum, semasa dan selepas sidang kemuncak Xi-Biden, kedua-dua pihak telah mencapai beberapa kata sepakat yang penting mengenai isu-isu fungsian termasuk perubahan iklim, kecerdasan buatan, kerjasama antinarkotik dan pertukaran sesama rakyat.

Penglibatan dan kerjasama China-A.S. berhubung isu-isu ini penting untuk menggalakkan dialog dan persefahaman antara kedua-dua pihak serta mengurangkan risiko konflik dan konfrontasi yang disebabkan oleh salah percaturan.

Kerjasama China-A.S. juga ialah manifestasi tanggungjawab terhadap komuniti antarabangsa. Semasa sidang kemuncak itu, Presiden Xi menyeru China dan Amerika Syarikat untuk menggalas tanggungjawab bersama-sama sebagai negara-negara besar, menegaskan bahawa masalah yang dihadapi oleh umat manusia tidak dapat diselesaikan tanpa kerjasama antara negara-negara besar.

Joseph Nye, seorang Profesor Perkhidmatan Terhormat Universiti dan bekas Dekan Kennedy School of Government di Harvard University, menekankan bahawa penyahgandingan adalah mustahil antara China dan A.S., memandangkan tiada negara dapat menangani masalah perubahan iklim, ancaman pandemik atau masalah rentas negara secara bersendirian.

China, sebagai negara sedang membangun yang terbesar, dan A.S, sebagai negara maju yang terbesar, adalah amat penting dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi global. Sementara itu, sebagai ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan para peserta penting dalam mekanisme tadbir urus global semasa, kedua-dua negara ini turut memainkan peranan penting dalam menangani cabaran global.

Dari Bali ke San Francisco, kapal gergasi hubungan China-A.S. telah belayar menempuh terumbu yang tersembunyi dan jeram. Namun begitu, San Francisco bukanlah destinasi. Bandar berkenaan, yang telah menyaksikan sejarah pertukaran selama seabad antara rakyat Cina dan Amerika, merupakan satu pemula baharu untuk hubungan China-A.S.

https://news.cgtn.com/news/2023-11-16/San-Francisco-a-new-starter-for-China-U-S-relations-1oMtcW3ua1q/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service