omniture

ZTE anjur Sidang Kemuncak 5G & Kongres Pengguna 2023 di Thailand, tonjolkan masa depan digital dengan tema "Menerima Digital Nexus"

ZTE Corporation
2023-11-20 09:15 39

BANGKOK, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, telahpun merasmikan Sidang Kemuncak 5G & Kongres Pengguna 2023 tahunannya di Thailand. Bertemakan "Menerima Digital Nexus," acara selama dua hari itu menghimpunkan pengawal selia telekomunikasi, pakatan industri, pertubuhan pemiawaian, pembawa, kumpulan pemikir, rakan industri dan penganalisis daripada GSMA, IMT-2020(5G) PG, IMT-2030(6G) PG, CCSA, TMF, ABI, CCS Insight dan rakan kongsi eko yang lain dari seluruh dunia untuk berkongsi pandangan berharga, perspektif serta kajian kes yang praktikal, meninjau trend dalam 5G, rangkaian masa depan dan juga landskap digital.

ZTE hosts 5G Summit & User Congress 2023 in Thailand, unveiling the digital future with the theme “Embrace the Digital Nexus”
ZTE hosts 5G Summit & User Congress 2023 in Thailand, unveiling the digital future with the theme “Embrace the Digital Nexus”

Xiao Ming, Presiden Luar Negara di ZTE menyampaikan ucapan pembukaan di sidang kemuncak itu. Beliau menyatakan bahawa, "Dalam dunia saling terhubung yang diperkasa oleh 5G-A ini, dengan angkasa dan bumi dihubungkan, antara kedua-duanya ialah rangkaian merata. Seperti XR dan Metasemesta yang mencipta realiti yang tidak dapat dibayangkan sebelum ini. Kuasa digital meningkatkan semua industri, mendorong tamadun manusia untuk memecahkan halangan dan meningkat naik dalam zaman transformatif yang berterusan ini. Mereka yang mempunyai impian dalam kalangan kita dengan berani menjadikan kesemua ini suatu realiti. Evolusi tanpa had membawa kepada abad pintar yang berkembang maju."

Xiao Ming menegaskan pandangan dan amalan ZTE dalam industri digital. "Bekerjasama dengan 110 operator untuk 5G, kami memupuk sebuah ekosistem bersama lebih 1000 rakan industri," kata beliau. "Visi kami untuk masa depan menekankan kepaduan digital, yang melaluinya fungsi adalah modular, boleh diakses dengan mudah dan boleh disesuaikan. Fokus kami tetap pada kapasiti, kecekapan, gabungan dan hijau."

John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd., berkata, "Rangkaian 5G, 5G Advanced dan teknologi yang diupayakan olehnya akan merevolusikan dunia. Namun, kita harus terus bekerjasama untuk membina masa depan lestari, yang mana semua orang, di mana-mana sahaja dapat meraih manfaat penuh daripada ketersambungan. Sidang Kemuncak 5G ZTE merupakan peluang yang hebat untuk industri ini berkongsi ilmu dan amalan terbaik untuk masa depan dan kami berharap dapat meneruskan perbualan ini di MWC Barcelona 2024!"

Rudolf Schrefl, Ketua Pegawai Eksekutif, Hutchison Drei Austria, berkata, "Menerima 5G bukan sahaja bererti penaiktarafan teknologi, tetapi merevolusikan pengalaman pelanggan—menghubungkan orang ramai dan peranti dengan kelajuan dan keandalan yang belum pernah terjadi sebelum ini, menukar setiap interaksi digital menjadi perjalanan yang lancar, mengubah cara kita menjalani kehidupan, bekerja dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita."

Semasa acara itu, ZTE mempamerkan produk inovatifnya, penyelesaian dan amalan terbaik di pusat inovasi Thailand, menggambarkan sifat saling terhubung dan transformatif segala-galanya dalam landskap digital.

Dalam kawasan "Semua Benda Tanpa Wayar" ("Wireless Everything"), ZTE mendemonstrasikan strategi untuk memodenkan rangkaian 4G sedia ada demi kejayaan 5G masa depan. Pameran itu meluaskan sempadan pengalaman, liputan dan perkhidmatan 5G, menekankan kepentingan untuk meningkatkan rangkaian dengan alat natif serta infrastruktur tenaga hijau.

Sebagai pengusaha utama dalam bidang rangkaian semua-optik, ZTE mengaktifkan nilai baharu rangkaian semua-optik melalui siri produk hujung-ke-hujung. Ini menonjolkan komitmen ZTE untuk memajukan teknologi rangkaian optik.

Di kawasan pelayan dan storan, ZTE menyumbang kepada era digital dengan pelayan senario-penuh dan penyelesaian storan, memberi kuasa yang penting untuk lonjakan yang berterusan dari segi permintaan digital.

ZTE Mobile Devices berpegang teguh kepada visi jenama global iaitu "Lebih Baik untuk Semua" ("Better for All"), membawa pelbagai peranti pintar yang inovatif ke acara itu.

Bersama-sama operator serta rakan kongsi industri dan ekosistem, ZTE bermatlamat untuk membina sebuah ekosistem digital dan pintar demi kejayaan bersama dan akan sentiasa memainkan peranannya dalam menggalakkan pembangunan yang mampan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/5g_summit_2023.html

LATAR BELAKANG ZTE:

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan untuk masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian wayar, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news