omniture

Shanghai Electric Pamerkan Enam Penyelesaian Tenaga Rendah-Karbon di Enlit Asia 2023

Shanghai Electric
2023-11-20 09:44 54

JAKARTA, Indonesia, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) mempamerkan enam penyelesaian tenaga rendah karbon utamanya yang direka bentuk untuk memperkasa masa depan yang lestari di Enlit Asia 2023, dijadualkan untuk diadakan di Pameran Konvensyen Indonesia (Indonesia Convention Exhibition, ICE) di Indonesia mulai 14 hingga 16 November. Di bawah tema "Menyerlahkan Masa Depan Nyahkarbon", penyelesaian yang dipamerkan oleh Shanghai Electric membuktikan tumpuan kukuh Syarikat ini terhadap pembangunan teknologi bersih, boleh baharu serta komitmennya untuk memanfaatkan inovasi bagi menyerlahkan masa depan yang dikuasakan oleh penyelesaian tenaga dinyahkarbon, lestari dan cekap.

 

"Di Shanghai Electric, kami menggabungkan secara strategik tenaga tradisional dan baharu, dengan penetapan keutamaan pada peningkatan kecekapan terhadap sumber kuasa berasaskan bahan api fosil untuk memudahkan peralihan tenaga global dengan cara yang sihat. Penyertaan kami dalam Enlit Asia mencerminkan komitmen kami terhadap laluan ini tatkala kami manyediakan pengalaman, teknologi dan penyelesaian kami untuk mendorong evolusi tenaga," kata Zhang Hongbin, Pengarah Jabatan Pembangunan Tenaga Baharu Shanghai Electric.

Mentakrifkan Semula Kuasa Berbahan Api Arang Batu dengan Penyelesaian Tenaga Arang Batu Berkecekapan Tinggi dan Bersih

Menjadi tumpuan utama ialah rangkaian penuh penyelesaian tenaga berbahan api arang batu bersih daripada Shanghai Electric, dengan rangkaian produk bermula daripada 350MW hingga 1350MW. Pameran tersebut melibatkan dandang, turbin dan generator serta peralatan perlindungan alam sekitar, pemanas bertekanan tinggi dan bertekanan rendah, kondenser, penyahudara dan motor, kesemuanya direkayasa untuk menampung keperluan untuk menyahkarbon kemudahan tenaga berkuasa arang batu yang terkenal dengan jejak karbonnya yang tinggi.

Tahun 2021 menyaksikan kejayaan pentauliahan Fasa II Loji Janakuasa Ruijin Arang Batu Huaneng Qin, pemasangan yang dibekalkan oleh Shanghai Electric yang menandakan operasi sulung di dunia bagi unit panas semula sekunder ultra-superkritikal dwihaba 1000MW. Unit ini mengatasi penanda atas industri untuk kecekapan penjanaan kuasanya yang tiada tandingan, ditonjolkan oleh penggunaan arang batu memecah rekod, yang berjumlah hanya 249.7g/kWj, lalu menetapkan standard global yang baharu.

Masa Depan Hijau Dikuasakan oleh Tenaga Solar 24/7

Shanghai Electric, dengan kepakaran teknologi dan pengalaman projeknya yang luas dalam sektor tenaga baharu, telah membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan sehenti yang meliputi seluruh rantaian industri solar, termasuk pembangunan projek, pembekalan peralatan, kontrak EPC serta operasi dan penyelenggaraan. Peneraju dalam industri solar, Shanghai Electric terlibat dalam lebih 70 projek PV di negara-negara termasuk UAE, UK, Jepun, Vietnam dan Australia dengan gabungan kapasiti terpasang melebihi 5000 GW.

Dikontrak dan dibina oleh Shanghai Electric, Fasa IV dan V bagi Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum Dubai menonjol sebagai stesen janakuasa hibrid fotovolta fototerma terbesar di dunia yang menawarkan kepada Dubai dengan bekalan tenaga mampan dan bersih selama 24 jam yang berterusan. Pada tahun 2019, kemasukan Shanghai Electric ke dalam pasaran PV Vietnam dengan penandatanganan kontrak Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) untuk projek fotovolta 50MW Forte Vietnam menandakan satu lagi langkah dalam pengembangan global Syarikat ini. Terletak di Wilayah Ninh Thuan, Vietnam, stesen janakuasa fotovolta 50MW telahpun selesai pada 13 Oktober 2020, satu peristiwa penting yang memberi rangsangan kepada misi rantau ini untuk menyahkarbon ekonomi tempatan.

Penyelesaian Holistik untuk Penghasilan Hidrogen 

Memanfaatkan kepakarannya dalam pengilangan peralatan tenaga dan kejuruteraan kimia, Shanghai Electric memantapkan kedudukannya sebagai pengusaha utama dalam menyampaikan peralatan teras kepada seluruh rantaian industri tenaga hidrogen, menawarkan penyelesaian holistik yang mencakupi penjanaan tenaga boleh baharu, elektrolisis air untuk penghasilan hidrogen dan stesen bersepadu untuk bahan kimia hijau, penghasilan, penyimpanan, pemampatan dan sistem storan tenaga hidrogen.

Di acara itu, Shanghai Electric mempamerkan produk penghasilan hidrogen elektrolisis PEM dengan julat kapasiti 5-200Nm3/j. Sistem penghasilan hidrogen mengguna pakai siri "N to one" dengan reka bentuk bersiri dan modular. Shanghai Electric turut mengumumkan rancangannya untuk mewujudkan barisan pengeluaran PEM dengan kapasiti 100MW menjelang tahun 2025, mengunjurkan keluaran penghasilan tahunan sebanyak 100 unit bagi sel elektrolisis PEM 200 meter padu standard.

Menggamit perhatian di pameran Enlit Asia, Shanghai Electric Power Generation Group turut mendedahkan pelbagai produk dan penyelesaian yang inovatif, termasuk Metanol Hijau, Turbin Industri Baharu dan Dandang Industri. Maklumat lanjut boleh ditemui di https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news