omniture

TAQA menandatangani perjanjian untuk membeli saham CGG dalam ARGAS

The Industrialization and Energy Services TAQA
2023-11-20 20:00 101

PARIS, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat Perindustrian dan Perkhidmatan Tenaga ("TAQA") hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian muktamad untuk membeli baki saham dalam anak syarikatnya, Arabian Geophysical and Surveying Company (ARGAS). Urus niaga tersebut dijangka ditutup pada tahun ini, tertakluk kepada syarat-syarat berkaitan yang memuaskan.

TAQA signs agreement to buy CGG shares in ARGAS
TAQA signs agreement to buy CGG shares in ARGAS

"Dalam transaksi ini yang sejajar dengan strategi TAQA, ARGAS menjadi sebuah syarikat milik penuh TAQA yang mempercepatkan lagi sinergi di seluruh perniagaan milik penuh kami. Kami akan terus melabur dalam ARGAS untuk memanfaatkan keupayaan ukurnya dalam mengakses sumber asli dan sektor perlombongan di rantau ini," kata Khalid M. Nouh, Ketua Pegawai Eksekutif TAQA yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ARGAS.

ARGAS telah diasaskan pada tahun 1966 dan mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan ukur, geosains dan pemerolehan data seismik dan bukan seismik tanah, air cetek dan marin. ARGAS beribu pejabat di Dhahran, Arab Saudi serta mempunyai operasi serantau di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara.

 

Tentang TAQA: 

Ditubuhkan pada tahun 2003, TAQA ialah sebuah syarikat antarabangsa yang beribu pejabat di Dharan yang menawarkan penyelesaian telaga terkemuka untuk industri tenaga serta mencipta nilai dan peluang untuk semua pihak berkepentingannya. TAQA mempunyai lebih 5,000 orang pekerja di lebih 20 buah negara dan memberi perkhidmatan di pelbagai pasaran. TAQA menawarkan portfolio penyelesaian telaga yang lengkap yang merangkumi Tiub Bergelung dan Rangsangan, Penyimenan, Talian Dawai, Peretakan, Penggerudian Arah, Alatan Dalam Lubang, Penyiapan, Pengujian Telaga, Garisan Licin, Pemeriksaan, Keselamatan H2S dan Pengelogan dan Penebukan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2280969/TAQA_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2241543/TAQA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: The Industrialization and Energy Services TAQA
Keywords: Oil/Energy Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers