omniture

Projek Kuasa Azura-Edo American Capital Energy & Infrastructure Menerima Komitmen Pembiayaan $50 Juta daripada OPIC

American Capital Energy & Infrastructure
2014-08-06 21:24 137

ANNAPOLIS, Maryland, 6 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") hari ini telah mengumumkan Overseas Private Investment Corporation ("OPIC"), institusi pembiayaan pembangunan Kerajaan A.S., telah meluluskan sehingga $50 juta pembiayaan terus bagi menyokong pembinaan dan pengendalian projek loji kuasa Azura-Edo berdekatan Benin City di negeri Edo, Nigeria. Projek kuasa Azura-Edo ialah stesen kuasa turbin gas kitaran terbuka 459MW yang memulakan pembinaannya pada tahun 2014 dan mewakili fasa pertama kemudahan loji kuasa 1,000MW yang berpotensi.

Pengumuman itu telah dibuat semasa upacara pemeteraian perjanjian antara Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI, Paul Hanrahan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OPIC, Elizabeth Littlefield serta Pengarah Urusan Azura Power Holdings, David Ladipo, pada 5 Ogos semasa Sidang Kemuncak Pemimpin A.S.- Afrika pertama di Washington D.C. Acara selama tiga hari itu mengalu-alukan hampir 50 pemimpin dari serata benua Afrika untuk menguatkan lagi ikatan A.S. dengan salah satu rantau dunia yang paling dinamik dan bertumbuh paling pesat. Sidang Kemuncak itu bertumpu pada perdagangan serta pelaburan di Afrika dan menekankan komitmen A.S. kepada keselamatan Afrika, pembangunan ekonomi dan demokrasinya, serta para penduduknya.

Syarikat gabungan ACEI telah menguntukkan pelaburan sehingga $130 juta dalam Azura Power Holdings Ltd., syarikat yang bertanggungjawab untuk memajukan projek kuasa Azura-Edo, untuk membiayai fasa pertama dan kedua untuk projek kuasa Azura-Edo ini, serta pemerolehan masa hadapan dan projek tanpa kekangan di Nigeria. Selain OPIC dan ACEI, pasukan pelabur ekuiti dan hutang peringkat antarabangsa bagi projek itu termasuklah dana infrastruktur Afrika dan Eropah, bank pembangunan dan komersil serta kerajaan Negeri Edo. Projek kuasa Azura-Edo ialah pengeluar kuasa bebas dibiayai projek pertama yang baharu di Nigeria dalam masa lebih satu dekad.

"Sebagai ketua pelabur dalam Azura Power Holdings, kami teruja dapat membantu penyertaan kritikal OPIC dalam projek kuasa Azura-Edo," kata Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI. "Hubungan dengan OPIC serta dengan institusi pembangunan lain inilah yang menyerlahkan strategi ACEI untuk mencipta dan menumbuhkan syarikat kuasa dalam pasaran dengan kadar pertumbuhan tinggi seperti Afrika, Asia serta Amerika Latin."

"Penyertaan OPIC dalam projek ini ialah contoh unggul bagaimana kami menggerakkan modal swasta untuk menyokong pembangunan di Afrika dan di seluruh dunia membangun," kata Elizabeth Littlefield, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OPIC. "Kekurangan kuasa yang kronik di Nigeria menghalang pertumbuhan serta kemajuan, manakala sokongan OPIC terhadap ACEI pula akan membantu projek Azura-Edo bergerak maju ke hadapan dan menyumbang terhadap kemampuan tenaga keseluruhan Nigeria, yang akan membantu merangsang kemajuan ekonomi yang sangat penting di sana."

David Ladipo, Pengarah Urusan Azura Power Holdings, menyatakan: "Pelaburan Amerika Syarikat dalam projek Azura ini, yang diwakili oleh OPIC dan American Capital, dilengkapkan dengan sokongan khidmat nasihat yang diberi kepada rakan sejawat sektor awam kami oleh Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa. Ketiga-tiga institusi ini telah mengiktiraf potensi pertumbuhan besar yang wujud dalam Industri Bekalan Tenaga Elektrik Nigeria dan mereka telah bertindak berdasarkan maklumat ini dengan penuh bertenaga dan bersemangat. Kami mengalu-alukan wawasan mereka, semangat perkongsian mereka, serta keberanian mereka."

"Kelulusan OPIC ialah satu lagi pencapaian untuk pasukan Azura, yang bersama parti sejawat kerajaan Nigeria mereka, telah bekerja tanpa jemu bagi pengeluar kuasa bebas tanpa kekangan pertama di bawah program pembaharuan sektor kuasa Presiden Goodluck Jonathan," kata Lisa Pinsley, Pengarah Pelaburan Afrika, ACEI. "Set kontrak projek kuasa Azura-Edo mewujudkan ketetapan dalam industri ini dan akan mencetuskan pertumbuhan dalam sektor kuasa jauh melebihi projek 459MW pertama Azura."

ACEI ialah rakan kongsi Power Africa, inisiatif Kerajaan A.S. yang telah dilancarkan oleh Presiden Obama yang bertumpu pada usaha menyokong pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di Afrika dengan meningkatkan akses bersih dan andal untuk kuasa elektrik. Sebagai rakan kongsi inisiatif ini, ACEI sedang mengusahakan dengan aktif pelaburan dalam syarikat kuasa Afrika untuk mengasalkan, membangunkan, membiayai, dan turut mengendalikan aset infrastruktur tenaga serantau di Afrika Barat, Afrika Timur serta Afrika Selatan. Dalam masa empat tahun seterusnya, aset tersebut boleh mencapai sehingga $800 juta jumlah pelaburan.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure mengurus pelaburan dalam aset infrastruktur tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan kuasa, rangkaian pengagihan dan pemindahan kuasa, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api serta syarikat produk dan perkhidmatan yang bertumpu pada sektor kuasa dan tenaga. ACEI ialah sebahagian daripada syarikat gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ("American Capital") iaitu American Capital Asset Management, LLC. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ialah firma ekuiti persendirian dagangan awam dan pengurus aset global. American Capital, secara langsung dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, mengasalkan, menaja jamin, dan turut mengurus pelaburan dalam ekuiti persendirian pasaran tengah, kewangan berkeumpilan, harta tanah, tenaga dan juga infrastruktur serta produk berstruktur. American Capital mengurus aset bernilai $19 bilion, termasuk aset dalam kunci kira-kira dan aset berpendapatan yang berada di bawah pengurusan pengurus gabungan, dengan $84 bilion jumlah aset di bawah pengurusan (termasuk aset berkeumpilan). Menerusi syarikat gabungan, American Capital mengurus American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC), American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) serta American Capital Senior Floating, Ltd. (Nasdaq: ACSF) dagangan awam dengan nilai buku bersih terkumpul sebanyak kira-kira $11 bilion. Daripada lapan cawangannya di A.S. dan Eropah, American Capital serta syarikat gabungannya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta hingga $750 juta. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com.

LATAR BELAKANG OPIC
OPIC ialah institusi pembiayaan pembangunan Kerajaan A.S. Ia menggerakkan modal swasta bagi membantu menyelesaikan cabaran pembangunan kritikal dan dalam usaha itu, memajukan polisi asing A.S. Memandangkan OPIC bekerjasama dengan sektor swasta A.S., ia membantu perniagaan A.S. bertapak dalam pasaran baru muncul, memangkinkan hasil, peluang pekerjaan dan juga pertumbuhan di arena tempatan serta antarabangsa. OPIC mencapai misinya dengan menyediakan para pelabur dengan pembiayaan, penjaminan, insurans risiko politik, serta sokongan untuk dana pelaburan ekuiti swasta.

Setelah ditubuhkan sebagai agensi Kerajaan A.S. pada tahun 1971, OPIC dikendalikan berdasarkan asas swakekal tanpa kos bersih kepada pembayar cukai Amerika. Perkhidmatan OPIC tersedia untuk perusahaan perniagaan baharu dan berkembang di lebih 160 negara seluruh dunia. Setakat ini, OPIC telah menyokong lebih $200 bilion jumlah pelaburan dalam lebih 4,000 projek, menjana kira-kira $76 bilion dalam eksport A.S. serta menyokong lebih 278,000 pekerjaan Amerika.

LATAR BELAKANG AZURA POWER HOLDINGS LTD.
Azura ialah syarikat pembangunan kuasa bertaraf dunia yang telah dicipta untuk bertumpu pada pembangunan, pembinaan, pemerolehan serta pengendalian kemudahan penjanaan kuasa di Nigeria dan akhirnya seluruh Afrika Barat. Azura memanfaatkan kelebihan kemahiran pembangunan projek dan pembiayaannya, selain modal dan kepakaran pengasasnya Amaya dan pelaburnya American Capital Energy & Infrastructure, bagi membangunkan dan membeli Loji Kuasa Bebas bahan api gas berskala besar di Nigeria. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk www.azurawa.com.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan yang berkenaan hasil dijangka oleh American Capital Energy & Infrastructure serta syarikat gabungannya tertakluk kepada pelbagai faktor dan ketidakpastian, termasuk ketidakpastian yang dikaitkan dengan masa penutupan urus niaga, perubahan dalam kadar faedah, ketersediaan urus niaga, perubahan dalam keadaan ekonomi serantau, kebangsaan atau antarabangsa, atau perubahan dalam keadaan industri yang dilaburkan oleh American Capital Energy & Infrastructure.

Hubungi:
+1-443-214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Lisa Pinsley, Pengarah, Pelaburan Afrika

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Financing agreements