omniture

CGTN: Pertukaran sesama rakyat: Remaja Amerika ini menghantar hadiah istimewa kepada Xi Jinping dan isteri

CGTN
2023-11-20 23:16 33

BEIJING, 20 November 2023  /PRNewswire/ -- Sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Tacoma, Washington baru-baru ini menghantar hadiah istimewa kepada Presiden Cina Xi Jinping dan isteri beliau Peng Liyuan memandangkan ketika ini Xi berada di A.S. sempena Mesyuarat Pemimpim Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Pada hari Khamis, para pelajar dari Lincoln High School Choir menyediakan lukisan untuk presiden Cina dan isteri beliau, menampilkan unsur-unsur Cina seperti panda gergasi, pintu masuk tradisional serta elemen-elemen yang melambangkan negeri Washington termasuk anjing prairie dan Space Needle

Remaja-remaja tersebut turut menyediakan kad hari jadi untuk Puan Peng memandangkan ulang tahun kelahiran beliau hampir tiba. Mereka turut menyanyikan lagu hari jadi untuk beliau.

Mereka menyampaikan hadiah melalui acara "Enduring Friendship" ("Persahabatan Berkekalan") yang dianjurkan secara bersama oleh China Media Group (CMG) dan Persatuan Pertukaran Belia dan Pelajar A.S.-China. Ketua CMG Shen Haixiong menerima hadiah tersebut bagi pihak presiden Cina.

Presiden Xi dan isteri beliau Peng pernah melawat sekolah tersebut pada tahun 2015, yang ketika itu Xi berkata kepada para pelajar bahawa beliau berharap golongan muda di kedua-dua negara ini dapat meningkatkan komunikasi dan menjadi jambatan penghubung antara kedua-dua negara.

Seruan diteruskan

Lapan tahun kemudian, Presiden Cina Xi masih membawa seruan yang sama. Semasa pertemuan beliau bersama rakan sejawat A.S. beliau Joe Biden di San Francisco pada hari Rabu, Xi menyeru untuk memajukan pertukaran sesama rakyat.

Beliau menggesa kedua-dua pihak untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelancongan, meluaskan pertukaran subnasional, mengukuhkan kerjasama pendidikan serta menggalakkan dan menyokong interaksi dan juga komunikasi yang lebih baik antara rakyat mereka.

China bersedia untuk mengundang 50,000 rakyat muda Amerika ke China untuk program pertukaran dan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan pertukaran antara kedua-dua rakyat, terutamanya antara belia, kata Xi di majlis makan malam alu-aluan pada malam Rabu.

Sarah Lande, bekas pengarah eksekutif Iowa Sister States dan rakan lama China, John Easterbrook, cucu kepada Jeneral Joseph Stilwell dan Elyn MacInnis, ketua penyelidik di Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kuliang, turut berucap di acara tersebut. Mereka memuji sokongan daripada Presiden Xi untuk pertukaran sesama rakyat China-A.S. menyatakan komitmen mereka untuk mengukuhkan persefahaman dan mewariskan persahabatan antara China dan A.S. kepada generasi-generasi masa depan.

Seorang pelajar, yang turut hadir di acara itu, berkata beliau menantikan peluang baharu untuk berkomunikasi dengan para pelajar dari China dan melangkah menuju masa depan yang lebih baik bersama-sama.

"Pertukaran sesama rakyat mewujudkan persekitaran yang membolehkan rakyat Amerika dan Cina hidup dengan lebih baik," kata Stephen Orlins, presiden Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan A.S.-China. "Sekarang, apa yang kita perlukan ialah lebih ramai rakyat Amerika untuk pergi ke China."

https://news.cgtn.com/news/2023-11-17/These-American-teenagers-send-Xi-Jinping-and-his-wife-a-special-gift-1oOhYizqW1W/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Asian-related news Children-related news DEI Page