omniture

Di Bawah Cabaran Perubahan Iklim, Zoomlion Majukan Pembuatan Hijau dan Tenaga Boleh Baharu

Zoomlion
2023-11-21 14:12 10

CHANGSHA, China, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah fokus global ke atas perubahan iklim, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") mempercepatkan hala tuju transformasi hijaunya untuk menggalakkan pembangunan mampan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab syarikat ini untuk menjamin masa depan lestari melalui inovasi produk dan pembangunan tenaga baharu.

A glimpse into the intelligent factory at Zoomlion Smart Industrial City's Earthmoving Machinery Park
A glimpse into the intelligent factory at Zoomlion Smart Industrial City's Earthmoving Machinery Park

Perubahan iklim memberi kesan ke atas setiap wilayah dan setiap individu di Bumi ini. Demi masa depan global yang lebih cerah, António Guterres, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menekankan bahawa tenaga boleh baharu merupakan satu-satunya laluan yang boleh dipercayai ke hadapan sekiranya dunia ingin mengelakkan malapetaka iklim dan satu-satunya masa depan lestari ialah masa depan dengan tenaga boleh baharu.

Eko-Inovasi Zoomlion Beraksi

Teras bagi hala tuju transformasi hijau Zoomlion ialah mencipta produk mesra alam yang bertaraf dunia dan membina kilang lestari melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembinaan reka bentuk, pembuatan, pengurusan dan standard hijau.

Pembuatan Hijau: setakat Jun 2023, Zoomlion telah memulakan operasi sejumlah lima kilang pintar dan 170 barisan pengeluaran pintar. Ini termasuk taman jentera tolak tanah dan kilang kren menara pintar dalam Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion, berserta kilang-kilang pintar untuk trak pencampur konkrit dan injap hidraulik.

Di kilang kren menara Changde, Zoomlion melaksanakan teknik-teknik pengeluaran hijau seperti cat berasaskan air, elektroforesis mesra alam dan teknologi penukaran frekuensi. Langkah-langkah ini menghasilkan 90% pengurangan wasap kimpalan, 70% penurunan dalam emisi VOC dan 15% penjimatan tenaga.

Dalam bulan Oktober, Taman Industri Sino-Belarus Zoomlion dinamakan sebagai Amalan Global Terbaik oleh United Nations Global Compact atas komitmen teguhnya kepada amalan pembangunan mampan.

Pengurusan Hijau: Zoomlion mendigitalkan pengurusan melalui R&D, proses, pembuatan, penjualan,perkhidmatan dan banyak lagi untuk mewujudkan metodologi penilaian rantaian keseluruhan, proses penuh. Pendekatan ini membolehkan operasi yang komprehensif, cekap dan mesra alam.

Produk Hijau: setakat Disember 2022, Zoomlion melancarkan 156 peralatan tenaga baharu yang meliputi 13 barisan produk bermula daripada jentera angkat kejuruteraan hingga jentera pertanian. Ini termasuk pilihan elektrik tulen, hibrid dan bahan api hidrogen serta pertukaran bateri dan kaedah pengecasan pemalam. Ia mencapai pelbagai kejayaan yang pertama di dunia, baru-baru ini, Zoomlion melancarkan jentera pertanian tenaga baharu yang pertama di dunia dalam bulan Oktober.

Projek Hijau: produk jentera pembinaan Zoomlion telah menyokong projek-projek tenaga bersih mega di seluruh dunia, termasuk projek kuasa angin terbesar dunia di kawasan beraltitud amat tinggi melebihi 4,500 meter di Wilayah Autonomi Tibet, China, projek angkat kuasa angin yang signifikan di Turkiye.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Agriculture Alternative Energies Auto Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues General Manufacturing Cision Influencer List - ESG