omniture

HeiQ memperkenalkan HeiQ Skin Care - teknologi tekstil yang disebatikan dengan probiotik

HeiQ
2023-11-21 16:00 38

ZÜRICH, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- HeiQ memperkenalkan teknologi kemasan kosmetik untuk tekstil kepada pasaran yang 100% berasaskan bio dan tahan lama. Tambahan terbaharu kepada portfolio HeiQ ini memanfaatkan kuasa probiotik aktif dan prebiotik terpilih untuk meningkatkan mikrobiom kulit, menjadikan organ terbesar manusia menjadi organ yang paling cantik.

HeiQ Skin Care releases active probiotics for a balanced skin microbiome
HeiQ Skin Care releases active probiotics for a balanced skin microbiome


HeiQ
, peneraju global dalam inovasi tekstil, dengan bangganya mengumumkan pelancaran teknologi HeiQ Skin Care untuk pakaian bahagian dalam dan tekstil untuk pakaian di rumah. Teknologi proprietari revolusioner ini, yang berasaskan bio 100% dan direka dengan teliti, menandakan kemajuan ketara dalam inovasi tekstil.

HeiQ Skin Care ialah kemasan tekstil sinbiotik yang bertujuan untuk menyediakan mikrobiom yang seimbang untuk kulit yang bercahaya, walaupun selepas penggunaan berulang kali dan selepas mencuci tekstil. Tidak seperti produk konvensional, HeiQ Skin Care menggunakan prebiotik dan probiotik yang keluar secara perlahan yang disepadukan dengan lancar ke dalam matriks tekstil berasaskan bio, memperkayakan kepelbagaian mikrobiom kulit dan menawarkan faedah kosmetik yang berpanjangan.

Gabungan sinergistik prebiotik dan probiotik, yang turut dikenali sebagai sinbiotik, memberikan rawatan kulit kosmetik yang menenangkan semasa kita berehat, bekerja atau tidur. Probiotik bukan sahaja memulihkan dan meningkatkan keseimbangan semula jadi kulit tetapi juga meningkatkan keupayaan pembaikan kendiri. Sinbiotik menggalakkan pembaharuan kulit, pengimbangan semula dan penampilan yang lebih baik, sekali gus mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mewujudkan persekitaran yang baik untuk mekanisme pembaikan semula jadi kulit.

"HeiQ Skin Care mewakili lonjakan ke hadapan dalam inovasi tekstil, menggabungkan kuasa probiotik dan prebiotik untuk meningkatkan mikrobiom kulit dan penampilan kulit secara keseluruhan. Ia adalah satu lagi cara untuk menunaikan janji kami untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion orang, yang merupakan teras kepada semua perkara yang kami lakukan di HeiQ", kata Mike Abbott, Ketua Tekstil & Unit Perniagaan Lantai HeiQ. "Teknologi kami adalah bukti komitmen HeiQuntuk menjangkaui batasan bagi perkara yang boleh dicapai oleh tekstil, dan kami teruja untuk mempamerkannya di ISPO Munich 2023."

Kulit kedua yang menjaga kulit pertama 

Kulit kita, iaitu organ terbesar dalam tubuh manusia, adalah rumah kepada pelbagai komuniti mikroorganisma yang dipanggil mikrobiom kulit. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit yang baik, bertindak sebagai sawar pelindung terhadap agen berbahaya. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor, seperti hormon, genetik, diet, merokok, pendedahan alam sekitar dan sinaran UV yang berlebihan, boleh mengganggu keseimbangannya, yang membawa kepada keadaan kulit seperti ruam, jerawat, psoriasis, rosasea, kerengsaan kulit, kemerahan, ekzema dan bau. Mengekalkan mikrobiom kulit yang seimbang adalah penting untuk memelihara integriti kulit.

HeiQ Skin Care sesuai untuk semua gentian tekstil, sama ada semula jadi atau sintetik, dan boleh digunakan pada semua item tekstil yang bersentuhan langsung dengan kulit. Fleksibiliti ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk kegunaan harian - di tempat kerja, semasa bersukan, aktiviti riadah, atau sebagai lapik tempat tidur seperti cadar dan bantal.

Ujian kehausan yang intensif yang dijalankan semasa peringkat pembangunan telah membuktikan pelepasan sinbiotik (prebiotik dan probiotik) yang konsisten ke kulit, mewujudkan keadaan yang dapat memupuk mikrobiom yang seimbang.

Lawati HeiQ di ISPO Munich 2023 untuk merasai masa depan bagi penjagaan kulit yang boleh pakai melalui tekstil. Terokai bagaimana HeiQ Skin Care dijangka akan mentakrifkan semula cara kita berfikir tentang inovasi tekstil dan kesejahteraan. Temui HeiQ di Dewan C1 – Reruai 501, di München Messe, Jerman, pada 28 hingga 30 November ini.

Tentang HeiQ

Diasaskan pada tahun 2005 sebagai keluaran sampingan bagi Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham London (London Stock Exchange Main Market, XLON:HEIQ), HeiQ ialah peneraju dalam inovasi tekstil dan bahan yang mencipta beberapa teknologi yang paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran pada hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion orang melalui inovasi tekstil dan bahan yang rintis. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan 14 buah pejabat, 7 tapak pembuatan dan 7 hab R&D, HeiQ hari ini mempunyai seramai 230 orang ahli profesional. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, barangan pengguna dan peranti perubatan HeiQ boleh didapati di 56 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heiq.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2280347/HeiQ_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2280348/HeiQ_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2146223/HeiQ_Logo.jpg?p=medium600

HeiQ Skin Care transforms the human’s largest organ into the best-looking one
HeiQ Skin Care transforms the human’s largest organ into the best-looking one

 

 

 

Source: HeiQ
Keywords: Biotechnology Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Retail Textiles Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services