omniture

Guian Percepat Pembangunan Berkualiti Tinggi dengan Fokus pada "Dua Industri Utama dan Dua Industri Khusus"

Huanqiu.com
2023-11-21 19:12 29

GUIYANG, China, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, "pembuatan pintar di China" telah memacu pembangunan kenderaan tenaga baharu yang berkualiti tinggi. Ini membawa lebih banyak peluang kepada industri bateri tenaga baharu dan juga pengeluaran bahan. Angka-angka menunjukkan bahawa Daerah Baharu Guian memanfaatkan pertumbuhan pesat tenaga baharu bagi memperoleh sumber pertumbuhan ekonomi yang baharu.

Pangkalan pengeluaran bateri baharu di Guizhou dengan kapasiti tahunan mencecah 30 GWj, dibiayai oleh syarikat gergasi bateri kuasa Cina Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL), memulakan pengeluaran percubaan pada penghujung Oktober. Sejak 17 Ogos, hampir 500 muatan kenderaan dengan peralatan elektromekanikal daripada barisan pengeluaran pertama telah diserahkan ke tapak secara berkelompok dan kira-kira 1,500 pekerja telah menjalankan pentauliahan peralatan secara individu. Menurut laporan, fasa pertama projek ini direka bentuk untuk menghasilkan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 GWj kuasa dan bateri storan tenaga, berserta kemudahan-kemudahan sokongan yang berkaitan. Sebaik sahaja pangkalan ini mencapai kapasiti pengeluaran penuh, nilai output tahunannya dijangka mencapai kira-kira 15 bilion yuan.

CATL’s New Energy Power and Energy Storage Battery Production Base under Construction in Guizhou as of December 5, 2022.
CATL’s New Energy Power and Energy Storage Battery Production Base under Construction in Guizhou as of December 5, 2022.

Projek bateri kuasa 10GWj BYD, yang telahpun memulakan operasi pengeluaran, dijangka merealisasikan output perindustrian sebanyak 2.973 bilion yuan dan nilai tambahan sebanyak 355 juta yuan dari Januari hingga September pada tahun ini. Difahamkan bahawa ketika ini, kilang BYD di Guian membekalkan terutamanya produk-produk kepada Seagull, model baharu BYD yang dilancarkan dalam bulan Mei, menyumbang sebanyak lebih daripada satu pertiga daripada bateri yang dibekalkan oleh kilang Guian. Dari Mei hingga Ogos, jualan Seagull meningkat dari 8,400 hingga 34,800 kenderaan dan diunjurkan berkembang, lalu menyediakan asas pesanan yang kukuh untuk pengeluaran kapasiti pengilangan bateri di kilang Guian

Dalam bidang bahan baharu, projek bersepadu dengan output tahunan sebanyak 100,000 tan bahan anod bateri litium di Daerah Baharu Guian ini, dibiayai oleh Hunan Zhongke Electric Co., Ltd. (Zhongke Electric), juga telah disiapkan dan memulakan proses pengeluaran. Dari Januari hingga September, ia diunjurkan untuk merealisasikan output perindustrian sebanyak 567 juta yuan dan nilai tambahan perindustrian sebanyak 136 juta yuan, dengan kadar nilai tambah mencecah 23.96%.

Keupayaan Daerah Baharu Guian untuk merebut peluang strategik amat berkait rapat dengan strateginya yang berpandangan jauh dan orientasinya ke arah menarik pelaburan ke dalam "dua industri utama dan dua industri khusus". Difahamkan bahawa sejak tahun 2021, Daerah Baharu Guian telahpun mengoptimumkan pengedaran industri dalam sektor-sektor pembuatan maklumat elektronik, pembuatan peralatan termaju serta tenaga baharu dan bahan baharu (iaitu "dua industri utama dan dua industri khusus"). Selain daripada projek-projek yang disebut di atas, pangkalan industri Chery Automobile di Guizhou dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 50,000 kenderaan komersial tenaga baharu dan Taman Industri Hengli (Guiyang) turut dilancarkan.

Dari satu segi, Guian menyokong dengan bersungguh-sungguh tarikan pelaburan dalam industri-industri utama dan khusus yang memfokuskan kepada bateri tenaga baharu, bahan serta peralatan, komponen dan bahan penting bagi memudahkan pembinaan pangkalan pengeluaran kenderaan tenaga baharu, bateri dan bahan. Dari satu segi yang lain, dengan bergantung kepada sumber yang banyak dan perkhidmatan berkualiti tinggi, Guian menjadi destinasi pelaburan baru muncul untuk perusahaan tenaga baharu dan bahan baharu memperluaskan pengeluaran dan operasi mereka.

"Kami telah menubuhkan sebuah kumpulan kerja khas untuk memenuhi keperluan 'dua industri utama dan dua industri khusus' serta mewujudkan mekanisme perkhidmatan 'semua-cuaca, secara menyeluruh'. Bagi syarikat-syarikat seperti Zhongke Electric dan CATL, kami telah menugaskan kakitangan untuk membuat susulan terhadap perkhidmatan yang bermula daripada perancangan pencawang bina sendiri, pemasangan, penentuan penyelesaian hinggalah ujian penerimaan, bagi memastikan prosedur pengendalian aplikasi akses kuasanya lancar," kata PEI Junyi, Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan Pembangunan Biro Bekalan Kuasa Guian. Beliau turut menyebut bahawa Biro Bekalan Kuasa akan membawa perkhidmatan sokongan langsung ke tapak-tapak projek untuk mengatasi cabaran pembinaan dengan segera dan menyesuaikan atau memperhalusi secara saintifik pelan pembinaan, bagi memastikan penyediaan pantas tenaga elektrik yang andal dan selamat untuk industri ini.

Bagi memudahkan pelancaran "dua industri utama dan dua industri khusus", Daerah Baharu Guian memberi sokongan yang tepat dengan permintaan perniagaan. Biro Bekalan Kuasa Guian menjamin perkhidmatan elektrik dalam tiga dimensi: bekalan kuasa yang andal bagi menjamin pengeluaran, input sumber yang tepat untuk memastikan kenaikan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.

"Dalam tahun 2022, kami melaksanakan sendiri 203 kerja langsung elektrik, mencapai penambahan 502.7 MWj bekalan kuasa. Ini dapat mengurangkan purata jam gangguan pelanggan (AIHC) sebanyak 5.7 jam dan meningkatkan lagi keandalan bekalan kuasa di Daerah Baharu Guian. PEI Junyi berkata bahawa dalam tahun 2022, tiga projek pencawang grid utama telah dimajukan berdasarkan keutamaan, satu projek penting telahpun siap dan mula beroperasi dan projek talian sokongan pencawang Shinzoom 220kV telahpun siap dan mula beroperasi, memastikan keperluan kuasa untuk projek pengeluaran bahan anod bateri litium 100,000-tan tahunan Zhongke Electric."

Pada 8 September 2023, projek kabel-penuh 220kV pertama Guizhou, yang menyokong talian gelung Kashi I dan II 220kV Projek CATL, berjaya beroperasi lebih awal. Ini dapat memastikan agar pencawang CATL 220kV beroperasi lebih awal, memberi jaminan untuk penyampaian kuasa elektrik yang andal kepada Pangkalan Kuasa Tenaga Baharu dan Pengilangan Bateri Storan Tenaga Guizhou CATL.

Di samping itu, Biro Bekalan Kuasa Guian mengumpul pandangan secara aktif terhadap permintaan pengguna untuk bekalan elektrik dan, berdasarkan kepada keadaan pengeluaran dan ciri-ciri beban pelanggan yang berbeza, membimbing perusahaan untuk melaksanakan pengeluaran semasa waktu luar puncak dengan menawarkan penyelesaian buatan khas demi penjimatan kuasa elektrik. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos kuasa elektrik perusahaan yang berkaitan dengan pengeluaran, tetapi juga dapat memastikan bekalan kuasa yang mencukupi semasa waktu luar puncak, seterusnya meningkatkan kecekapan perniagaan. Menurut PEI Junyi, Zhongke Electric telah dapat mengurangkan kos kuasa elektriknya sebanyak 11.25 juta yuan selepas mengalihkan aktiviti pengeluarannya kepada waktu luar puncak sebelah malam.

Melalui pengoptimuman perkhidmatan, pengukuhan pentadbiran dan penambahbaikan langkah-langkah Guian komited untuk mengupayakan pembinaan yang pantas, pengeluaran yang pantas dan juga hasil yang pantas daripada projek-projek dalam "dua industri yang utama dan dua industri khusus" serta melakar kemajuan yang semakin pesat dalam usahanya mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi.

 

Source: Huanqiu.com
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services