omniture

Meneroka Persimpangan Budaya: Persidangan Falsafah Antarabangsa Riyadh Arab Saudi berkenaan Nilai Rentas Budaya

Literature, Publishing & Translation Commission
2023-11-22 00:38 96

Pemikir Antarabangsa Berhimpun di Arab Saudi bagi Menghadiri Dialog Julung Kali mengenai Etika dan Komunikasi di Zaman Moden

RIYADH, Arab Saudi, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai pemain utama dalam pelbagai industri dan sektor, Arab Saudi terus menunjukkan kemajuan dalam mencapai matlamat Wawasan 2030 Arab Saudi yang bercita-cita tinggi. Pada tahun ini, Kerajaan Arab Saudi mengambil langkah penting dalam bidang penglibatan falsafah dengan menganjurkan Persidangan Falsafah Antarabangsa Riyadh tahunan yang ketiga dari 7 hingga 9 Disember. Tema persidangan ini iaitu 'Nilai Rentas Budaya dan Cabaran Etika di Zaman Komunikatif', menjadi sorotan penting dalam kalendar falsafah global untuk tahun 2023.

Exploring the Crossroads of Cultures: Saudi Arabia's Riyadh International Philosophy Conference on Trans-cultural Values
Exploring the Crossroads of Cultures: Saudi Arabia's Riyadh International Philosophy Conference on Trans-cultural Values

Berlatarbelakangkan landskap budaya Riyadh yang pelbagai, acara ini bukanlah sekadar pertemuan para pemikir; tetapi ia merupakan satu simbol komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam memupuk dialog dan persefahaman global. Persidangan falsafah ini menjadi bukti peranan Arab Saudi dalam pewujudan platform makmur yang menggabungkan pemikiran budaya dan intelektual dari seluruh dunia yang selaras dengan wawasan negara tersebut untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang dan untuk membimbing manusia ke arah masa depan yang bercirikan kemajuan, pembangunan dan persefahaman bersama.

Dengan menarik ahli falsafah, sejarawan, saintis dan artis yang disanjungi dari lebih 13 buah negara, persidangan tersebut dijangka akan menjadi sebuah medan yang menggabungkan idea dan perspektif. Ia akan menerokai selok-belok rentas budaya dan menangani cara kita boleh mengharungi cabaran etika dalam sebuah dunia di mana sempadan budaya semakin kabur.

Perbincangan tahun ini bertujuan untuk menyelidik asas pengalaman manusia kolektif serta mengkaji cara interaksi budaya membentuk identiti dan mempengaruhi masa depan. Persidangan Falsafah Antarabangsa Riyadh bertindak sebagai satu simbol keterangkuman dengan mengundang sebuah spektrum pemikir untuk menyumbang kepada dialog falsafah yang pelbagai dan menarik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang persidangan ini dan jadualnya, sila lihat laman web rasmi: DI SINI

Ikuti kami di media sosial:

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2282653/LPTC_Exploring_Crossroads.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2282654/LPTC_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2282655/RIPC_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Literature, Publishing & Translation Commission
Keywords: Art Computer/Electronics Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) DEI Page