omniture

USAHA KELESTARIAN ACI DIUMUMKAN DI PERSIDANGAN PERUBAHAN IKLIM PBB

American Concrete Institute
2023-11-22 06:02 106

FARMINGTON HILLS, Michigan, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- American Concrete Institute (ACI) bersama-sama dengan NEU: Pusat Kecemerlangan ACI untuk Konkrit Neutral Karbon (NEU) akan membuat pengumuman kelestarian yang penting di COP28 yang berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pengumuman ini adalah sebahagian daripada acara bersama dengan Persatuan Simen dan Konkrit Global (GCCA) pada hari Rabu, 6 Disember, dari jam 11:45 pagi – 12:45 tengahari waktu tempatan di astaka GCCA.

Tony Nanni, Presiden American Concrete Institute dan Dean Frank, Pengarah Eksekutif NEU akan berucap mengenai topik kelestarian yang berkaitan dengan persekitaran binaan dan mengumumkan sumber baharu yang akan tersedia tidak lama lagi untuk industri pembinaan konkrit. Mereka yang menghadiri COP28 dijemput untuk singgah ke astaka GCCA bagi mendengar pembentangan tersebut.

"Kelestarian menjadi keutamaan kebanyakan industri, tetapi komuniti pembinaan konkrit mempunyai peluang yang luar biasa dan tinggi untuk mengubah asas cara tamadun dibina," kata Presiden ACI, Nanni. "ACI dan NEU mempunyai kedudukan yang unik untuk menangani inisiatif ini dan kami berharap dapat berkongsi pengetahuan kami serta bekerjasama dengan organisasi yang berkongsi minat ini."

Persidangan Pihak-Pihak kepada Konvensyen atau dikenali sebagai COP ialah sebuah inisiatif Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan sedang mengadakan mesyuarat ke 28 di COP28 di Dubai. COP telah menghimpunkan negara-negara anggota setiap tahun selama hampir tiga dekad untuk menumpukan perhatian dunia terhadap perubahan iklim, mengukur perubahan serta menentukan program dan tanggungjawab untuk memperlahankan peningkatan suhu global.

Ditubuhkan pada tahun 2018, GCCA bermatlamat untuk memastikan konkrit diiktiraf sebagai bahan binaan lestari pilihan untuk keperluan pada masa kini serta komited untuk membina masa depan konkrit yang cerah, berdaya tahan dan lestari. GCCA juga merupakan Rakan Kongsi Antarabangsa ACI di mana organisasi ini bekerjasama untuk membangun dan menyebarkan maklumat mengenai konkrit, struktur konkrit dan terutamanya tentang kelestarian konkrit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif ACI dan penyertaan dalam COP28, sila layari concrete.org.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
José Carrasco
Pemasaran
tel. +1.248.848.3160
American Concrete Institute | Always advancing
concrete.org

Always advancing – American Concrete Institute ialah pihak berkuasa global yang terkemuka untuk pembangunan, penyebaran dan penerimagunaan piawaian berasaskan konsensus, sumber teknikal dan program pendidikan, latihan & pensijilan. Diasaskan pada tahun 1904, ACI beribu pejabat di Farmington Hills, Michigan, Amerika Syarikat, dengan pejabat serantau di Dubai, UAE dan pusat sumber di California Selatan, Chicago/Barat Tengah dan Atlantik Tengah. Sila layari concrete.org untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/811159/American_Concrete_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: American Concrete Institute
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Environmental Issues Trade show news Future Events