omniture

QNAP Keluarkan Thunderbolt™ 4 NAS Pertama Dunia, Dikuasakan oleh Pemproses 12th Gen Intel® Core™ i5/i7/i9

QNAP Systems, Inc.
2023-11-22 18:00 40

TAIPEI, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc. hari ini mengumumkan Thunderbolt™ 4 NAS TVS-h674T dan TVS-h874T, menampilkan pemproses 12th Gen Intel® Core™. Dengan menggunakan Storan Terpasang Rangkaian (NAS) yang direka bentuk secara eksklusif untuk pencipta dan penghasilan video pada aliran kerja berasaskan fail sedia ada, pengguna boleh menikmati produktiviti yang dipertingkatkan dan melindungi karya kreatif yang berharga dengan kecekapan yang hebat.

QNAP Thunderbolt™ 4 NAS - Unparalleled performance, reliability, and versatility in data management to revolutionize the way creative professionals work with their media projects
QNAP Thunderbolt™ 4 NAS - Unparalleled performance, reliability, and versatility in data management to revolutionize the way creative professionals work with their media projects

Meiji Chang, Pengurus Besar QNAP, berkata: "Di QNAP, kami terdorong untuk memperkasa pencipta dan ahli profesional dengan penyelesaian terkini yang dapat meningkatkan potensi kreatif mereka. TVS-hx74T Thunderbolt 4 NAS merupakan bukti komitmen kami, menawarkan prestasi tiada tandingan dan kebolehkembangan bagi menampung keperluan industri kreatif yang semakin berkembang."

Jason Ziller, Pengurus Besar, Bahagian Keterhubungan Pelanggan di Intel Corporation berkata tentang kolaborasi bersama QNAP: "Intel gembira dapat berkolaborasi dengan QNAP bagi membangunkan TVS-hx74T NAS dengan teknologi Thunderbolt. Pemproses Intel Core berkuasa kami dan kepakaran QNAP dalam penyelesaian storan menghasilkan produk pengubah keadaan untuk pencipta dan penghasilan video."

Ciri-ciri Utama TVS-hx74T:

  • GPU terbina-dalam untuk transpengekodan video pantas: TVS-hx74T mempercepatkan transpengekodan masa sebenar untuk rakaman RAW, membolehkan capaian fail pantas dan semakan untuk pengguna, rakan sepasukan dan pelanggan merentas peranti yang berbeza.
  • Ketersambungan Thunderbolt 4: Dua port Thunderbolt 4 terbina dalam menyediakan kelajuan pemindahan data yang pantas.
  • Aliran kerja diperkemas, kolaboratif: Menyediakan ruang yang mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat daripada projek-projek kreatif, siri TVS-hx74T menawarkan keterhubungan antara pelbagai pengguna Mac/PC dan membolehkan tetapan keistimewaan akses yang fleksibel, melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan.
  • Volum NVMe SSD: Dwi slot M.2 2280 PCIe Gen 4 x4 menyokong M.2 NVMe SSD bagi mencipta volum amat pantas yang dikhususkan untuk mengusahakan projek-projek yang sedang berjalan.
  • 25/10 GbE boleh dinaik taraf: Dilengkapi dengan slot PCIe Gen 4, siri TVS-hx74T, dengan 2.5GbE sebagai standard, menjamin kebolehkembangan rangkaian yang selanjutnya, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk tugas intensif-lebar jalur termasuk penyuntingan video 4K dan penciptaan kandungan multimedia.
  • Sistem operasi berasaskan ZFS berorientasikan pencipta: Siri TVS-hx74T menyediakan pengurusan storan yang fleksibel, perlindungan data yang komprehensif dan prestasi dioptimumkan untuk memenuhi permintaan daripada ahli profesional kreatif.
  • Penyembuhan-Kendiri untuk data rosak: Dengan ciri Penyembuhan-Kendiri, TVS-hx74T mengesan dan membetulkan secara automatik data rosak, memastikan penghasilan video yang lancar tanpa sebarang gangguan, lalu memberi ketenangan minda kepada pencipta kandungan.

Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi, sila kunjungi www.qnap.com.

Thunderbolt dan logo Thunderbolt ialah tanda dagangan Intel Corporation di A.S. dan/atau negara-negara lain.

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements New products/services