omniture

Exness menerajui perbincangan teknologi kewangan di Sidang Kemuncak Web Lisbon 2023

Exness
2023-11-22 19:25 36

LIMASSOL, Cyprus, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- Exness, broker berbilang aset yang terbesar di dunia, mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Web Lisbon 2023 yang berlangsung antara 13 hingga 16 November. Sidang Kemuncak Web yang diiktiraf sebagai acara teknologi terbesar di dunia telah menarik lebih 70,000 orang pengunjung dan menampilkan penceramah utama daripada organisasi seperti Microsoft, MIT, Qualcomm dan TechCrunch.

 

Exness personnel outside the Altice Arena at the Lisbon Web Summit
Exness personnel outside the Altice Arena at the Lisbon Web Summit

 

Pada acara tersebut, Damian Bunce, Ketua Pegawai Pelanggan Exness telah menyampaikan sebuah kelas induk berwawasan yang bertajuk " Nyahkod Teknologi Kewangan: Teknologi baharu dalam pasaran modal" kepada hadirin yang memenuhi ruangan. Pembentangan Bunce memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh broker dalam pembangunan teknologi kewangan. Ia meneroka kesan transformatif teknologi dalam sektor ini dengan menjejak perkembangannya daripada penguasaan institusi tradisional kepada era semasa inovasi teknologi kewangan. Para hadirin turut memperoleh pandangan tentang peralihan landskap kecairan dan piawaian pelaksanaan perdagangan yang membawa kepada pendemokrasian perdagangan.

Kelas induk yang lengkap boleh dilihat di sini. 

Mengimbas tentang acara tersebut, Bunce menyatakan, "Sidang Kemuncak Web merupakan nadi kepada kemajuan teknologi dan inovasi – ia merupakan tempat di mana semua trend, teknologi dan topik terkini yang membentuk dunia kita dibincangkan. Memandangkan ia sejajar dengan visi utama kami untuk memanfaatkan teknologi dalam mencipta produk termaju, maka kami teruja untuk menyumbang kepada perbincangan global tentang masa depan teknologi kewangan. Terlibat dengan ratusan orang yang mempunyai pemikiran yang sama serta bertukar pandangan dan pendapat dengan mereka adalah amat menggembirakan kami".

Exness ialah broker berbilang aset global yang menggunakan gabungan teknologi dan etika yang unik untuk mewujudkan pasaran yang menguntungkan bagi pedagang dan meningkatkan penanda aras industri. Etos dan visi Exness berkisar pada konsep penawaran pengalaman perdagangan tanpa geseran kepada pelanggannya, dengan menghidupkan pasaran kewangan mengikut cara yang sepatutnya dialami. Hari ini, Exness diiktiraf sebagai pembuat pasaran runcit terbesar, dengan jumlah dagangan bulanan hampir $5 trillion dan pangkalan pelanggan setia yang berjumlah melebihi 600,000 orang pedagang aktif.

Hubungan:

Constantina Georgiadou
constantina.georgiadou@exness.com 
+35725030959

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2283605/Exness_Lisbon_Web_Summit.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2207022/Exness_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Exness
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology