omniture

Automation Anywhere Mengukuhkan Kehadiran di Korea dengan Pelantikan Eksekutif

Automation Anywhere, Inc.
2023-11-22 21:22 40

Pengurus Negara baharu untuk mengukuhkan operasinya dan mendorong pertumbuhan perniagaan

SEOUL, Korea Selatan, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- Automation Anywhere, peneraju global dalam automasi pintar, hari ini mengumumkan pelantikanMoon-Hyung Lee sebagai Pengurus Negara baharu untuk pasaran Korea.

Moon-Hyung Lee, Country Manager – Korea, Automation Anywhere
Moon-Hyung Lee, Country Manager – Korea, Automation Anywhere

Moon Hyung Lee menyertai Automation Anywhere setelah berkhidmat di AWS di mana beliau bertanggungjawab untuk pengurusan semua rangkaian rakan kongsi AWS dan meningkatkan impak komuniti yang sejajar dengan pihak berkepentingan dalaman yang utama untuk pelaksanaan yang berjaya. Sebelum AWS, beliau merupakan Pengurus Negara di Softomotive, di mana beliau telah mendorong perniagaan baharu dengan besar dan mengetuai akaun strategik. Moon telah menulis sebuah buku bertajuk 'Digital Revolution, attack of RPA' pada bulan Jun 2019. Moon juga telah memegang jawatan kepimpinan di Vormetric, Entrust dan VMware pada masa lalu. 

Dengan pengalaman industri selama hampir tiga dekad, pelantikan Moon menandakan fasa seterusnya dalam pertumbuhan pelanggan dan rakan kongsi serantau sambil syarikat ini terus kekal fokus pada penyelesaian automasi dikuasakan GenAI yang membantu perniagaan menyelesaikan cabaran yang rumit. 

Ankur Kothari, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi Automation Anywhere berkata, "Memandangkan perusahaan di seluruh pasaran Korea sedang meneroka cara yang inovatif untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka, Moon memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan memupuk pasukan berprestasi tinggi untuk mengukuhkan lagi jejak kami."

"Automasi pintar membolehkan organisasi mendorong inovasi dengan meningkatkan produktiviti, sekali gus mempercepatkan pertumbuhan perniagaan," kata Moon Hyung Lee. "Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada trajektori pertumbuhan yang penting ini dan merancang untuk mengukuhkan keupayaan pasukan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pengoptimuman perniagaan. Selain itu, saya percaya bahawa kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi SI dan ISV akan turut memainkan peranan penting."

Tentang Automation Anywhere 

Automation Anywhere ialah peneraju dalam penyelesaian automasi pintar yang menggunakan AI untuk berfungsi merentasi setiap aspek organisasi. Automation Success Platform daripada syarikat ini dikuasakan dengan AI khusus, AI generatif dan menawarkan penemuan proses, RPA, penyatuan proses menyeluruh, pemprosesan dokumen dan analisis, dengan pendekatan yang mengutamakan tadbir urus dan keselamatan. Automation Anywhere memperkasakan organisasi di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat produktiviti, mendorong inovasi, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan. Syarikat ini dipandu oleh wawasannya untuk memacu masa depan kerja dengan menyerlahkan potensi manusia melalui automasi pintar. Ketahui lebih lanjut di  www.automationanywhere.com.

Berinteraksi dengan Automation Anywhere

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/541440/Automation_Anywhere_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2282726/Moon_Hyung_Lee_Country_Manager_Korea.jpg?p=medium600

 

Source: Automation Anywhere, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Artificial Intelligence