omniture

Hivestack Melancarkan Hivestack Curate, platform industri baharu untuk tawaran susun atur dalam DOOH

Hivestack Inc.
2023-11-23 01:21 108

Memperkasakan pembeli DOOH untuk menguruskan kerumitan ekosistem programatiknya, Hivestack Curate menyediakan sebuah pasaran eksklusif yang berpusat dan telus untuk berurus niaga dengan pelbagai sumber bekalan merentasi satu perjanjian

MONTREAL, 23 Novenber 2023 /PRNewswire/ -- Hivestack, syarikat teknologi pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik yang bebas dan terkemuka di dunia hari ini mengumumkan pelancaran Hivestack Curate, iaitu pasaran DOOH baharu yang membolehkan pembeli menyesuaikan sumber inventori mereka dan membina tawaran strategik yang disusun atur berdasarkan matlamat perniagaan khusus mereka.

Hivestack Curate menyediakan peluang unik yang menjadikan pembeli sebagai pemandu untuk membuat tawaran yang diperibadikan, telus dan tersuai. Ia juga membolehkan mereka mempunyai kawalan penuh ke atas penyumberan inventori mereka untuk membina dan membeli bekalan strategik berorientasikan matlamat ke dalam ID tawaran bersatu tunggal. Kurator akan dapat membina tawaran inventori premium daripada lebih 390 pemilik media yang disepadukan dengan pasaran DOOH global Hivestack merentas lebih 35 pasaran. Tambahan pula, penyelesaian canggih Hivestack Curatemembolehkan penyedia data DOOH menyepadukan data pihak pertama dan ketiga yang berkuasa, sekali gus memacu tahap jangkauan dan penglibatan khalayak yang lebih tinggi untuk tawaran mereka yang disusun atur.

Dengan adanya platform baharu ini, Hivestack dapat menawarkan kecekapan tanpa mengorbankan kualiti atau skala yang membolehkan pembeli dengan sengaja memilih inventori yang khusus dan disusun atur dengan teliti untuk kempen mereka mengikut keperluan perniagaan, semuanya dalam satu ID tawaran bersatu tunggal. Selain itu, pembeli akan dapat memanfaatkan data pihak pertama atau ketiga yang berkualiti tinggi pada skala yang besar, untuk membuat set data tersuai yang menyampaikan ciri penyasaran dan ukuran khalayak yang unik yang hanya tersedia dalam platform Hivestack.

Andreas Soupliotis, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hivestack mengulas: "Hivestack Curate menyediakan pembeli DOOH dengan alatan yang dipertingkatkan untuk mengendali dan mengemudi landskap programatik yang terpisah dan kompleks, yang membolehkan mereka mempunyai lebih kawalan dan autonomi untuk mengatur inventori bekalan mereka secara strategik dalam platform yang telus dan berpusat. Pasaran baharu ini akan menawarkan kuasa membuat keputusan sebelah penawaran yang tiada tandingan kepada pembeli yang boleh diuruskan merentasi pasukan dan platform di seluruh dunia."

Kevin McDonald, Ketua Pegawai Eksekutif AgencyX Inc. menambah: "Adalah sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pelanggan kami untuk memacu kecekapan dan menyampaikan hasil perniagaan yang paling berkesan untuk rakan kongsi kami. Hivestack Curate memberikan kami kebolehan yang dipertingkatkan untuk menyelaraskan pemilihan inventori dengan cara yang lebih strategik dan tersuai serta merupakan tambahan yang dialu-alukan kepada proses pembelian DOOH programatik. Kami kini berada dalam kedudukan untuk mengutamakan penyusunan perjanjian merungkai nilai tambahan daripada tawaran DOOH dan memberikan pelanggan kami keterlihatan yang lebih baik terhadap strategi bekalan mereka."

Dengan Hivestack Curate, Hivestack menunjukkan komitmen berterusannya untuk meningkatkan kecekapan dan memacu nilai tambahan bagi kedua-dua pembeli dan pemilik media, merentasi landskap DOOH. Dengan navigasi yang ringkas dan mudah guna yang digabungkan dengan pasaran susun atur premium bagi data inventori dan khalayak global, pembeli DOOH mempunyai peluang baharu untuk mendapatkan kawalan dan keterlihatan yang lebih tinggi terhadap kempen mereka, daripada perancangan hingga kepada pengaktifan dan pengukuran.

Tentang Hivestack 

Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas, serba lengkap dan memenangi anugerah, yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan digital luar rumah (DOOH) yang programatik. Hivestack diasaskan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di lebih 35 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.

Hubungan Media: Ginny Bourne, Pengarah Pemasaran & Komunikasi Global, ginny@hivestack.com

Source: Hivestack Inc.
Keywords: Advertising Computer/Electronics New products/services