SINGAPURA, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- CrimsonLogic, peneraju bagi penyelesaian pemudahan perdagangan digital dan ahli PSA Group, mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2024, subsidiari milik penuh syarikat ini, Global eTrade Services (GeTS) akan beroperasi di bawah jenama CrimsonLogic. Langkah yang strategik ini memantapkan dan mengukuhkan kedudukannya dalam landskap perdagangan dan rantaian bekalan global.
Ditubuhkan pada tahun 2016, GeTS memfokuskan terutamanya pada perkhidmatan pematuhan perdagangan, menawarkan penyelesaian pelepasan kastam seperti "TradeWeb" untuk Singapura, Pengimport Rekod, perkhidmatan Penyumberluaran Proses Perniagaan dan rangkaian penyelesaian logistik digital yang komprehensif.
Dengan pengalaman selama lebih 35 tahun di seluruh dunia, CrimsonLogic mengkhusus dalam pengupayaan-teknologi dalam bidang pemudahan & pematuhan perdagangan, operasi pelabuhan, perkhidmatan kerajaan dan logistik. Dengan lebih 60 projek dilaksanakan merentas 40 negara, rangkaian penyelesaian "Total Trade" syarikat ini memudahkan rantaian nilai hujung-ke-hujung untuk perdagangan global dalam seluruh kerajaan dan segmen perniagaan.
Perubahan ini merupakan satu langkah strategik untuk memperkasa rakan kongsi dan pelanggan memanfaatkan rangkaian penuh keupayaan digital syarikat ini dan jaringan globalnya yang luas.
"Dengan menyelaraskan keupayaan dan penyelesaian kami di bawah satu jenama, kami dapat memastikan representasi yang jelas dan tepat terhadap visi Total Trade kami," kata Lawrence Ng, Ketua Pegawai Eksekutif CrimsonLogic. "Kami berharap dapat mengukuhkan lagi proposisi nilai dan kehadiran pasaran kami melalui penggabungan jenama ini, menyampaikan rangkaian penuh keupayaan yang ditawarkan oleh rangkaian penyelesaian Total Trade kami ke rantau Asia Pasifik."
Dengan jejak global di lebih 40 negara, CrimsonLogic mendapat kehadiran yang signifikan di rantau Asia Pasifik. Ernest Low, Naib Presiden Asia Pasifik di CrimsonLogic, mengesahkan kepentingan penggabungan jenama ini. "Perubahan ini merupakan satu langkah strategik yang membolehkan kami memanfaatkan gabungan kepakaran daripada CrimsonLogic dan GeTS, menawarkan rangkaian luas penyelesaian perdagangan dan rantaian bekalan global yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan Asia Pasifik kami, terutamanya untuk mereka yang ingin menembusi pasaran ASEAN yang pelbagai. Melalui perubahan ini, kami menyampaikan keupayaan komprehensif, bernilai tambah serta pengalaman yang lancar untuk perniagaan mengemudi landskap perdagangan yang kompleks ke dalam dan ke luar rantau Asia Pasifik."
Latar Belakang CrimsonLogic
CrimsonLogic, sebahagian daripada PSA Group, ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global yang dipacu oleh inovasi untuk mendigitalkan dan mempermudah perdagangan global.
Dengan pengalaman selama lebih 35 tahun di seluruh dunia, CrimsonLogic mengkhusus dalam pengupayaan-teknologi dalam bidang pemudahan & pematuhan perdagangan, operasi pelabuhan, perkhidmatan kerajaan dan logistik. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk perniagaan, penyedia perkhidmatan logistik dan kerajaan, penyelesaian tersuai mereka direka bentuk untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan, mengupayakan pengoptimuman rantaian bekalan dan operasi yang lancar dan terjamin.
Telahpun mempelopori sistem pemudahan perdagangan jendela tunggal yang pertama di dunia untuk Singapura, CrimsonLogic terus memacu transformasi digital dalam perdagangan global melalui teknologi canggih, ditunjukkan oleh kejayaan pelaksanaan penyelesaian inovasi dalam lebih 40 negara seluruh dunia.