omniture

Global Assistance and Healthcare Berkembang di Asia Tenggara

Fullerton Health Indonesia
2023-11-23 10:00 37

JAKARTA, Indonesia, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Dalam era pasca pandemik dan inflasi, syarikat-syarikat berhadapan dengan dua tekanan iaitu pengembangan pasaran serantau dan komitmen kos, Global Assistance and Healthcare (GAH), penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan global, berkedudukan strategik untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam landskap perniagaan global. Tatkala Fullerton Health berkembang di Asia Tenggara, perkhidmatan kesihatan bersepadu dalam ekosistem ini membolehkan GAH untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif kepada pelanggan.

Global Health Assistance Staff checking equipment in an ambulance before deployment
Global Health Assistance Staff checking equipment in an ambulance before deployment

En. Alain Durand, Presiden Pengarah Global Assistance and Healthcare (sebahagian daripada Fullerton Health Corporation Ltd), berkongsi pandangan tentang industri ini dan pertumbuhan GAH. Angka-angka daripada World Tourism Organisation (UNWTO) menunjukkan pertumbuhan pelancongan global yang luar biasa daripada hanya 25 juta pelancong dalam tahun 1950, kepada 1.5 bilion pada tahun 2019 (pra-COVID-19). Data ini menekankan kepentingan perkhidmatan bantuan yang semakin meningkat, yang memerlukan kepakaran tempatan yang mantap, mampan dan profesional untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti perniagaan global yang semakin berkembang.

"Pelanggan mempercayai keupayaan GAH dalam menyediakan sokongan luar biasa pada skala yang lebih besar di lebih banyak negara," jelas En. Alain, "Kami merupakan aset kepada semua yang mendapat khidmat kami, di setiap negara di tempat kami berada. Tatkala Fullerton Health berkembang, GAH berharap dapat meningkatkan nilai kami dan menyampaikan penyelesaian yang lebih baik kepada pelanggan kami."

"Pengembangan GAH seiring dengan peningkatan dalam sektor pelancongan global. GAH komited bukan sahaja untuk memenuhi keperluan rawatan kesihatan tetapi juga meningkatkan liputan negara-negara dan skop perkhidmatan. Bagi memastikan agar kami mampu melangkaui jangkaan perkhidmatan, kami memperoleh teknologi dan peralatan terkini, menggaji lebih ramai pakar perubatan dan menambah baik sistem operasi kami. Komitmen kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan kekal tatkala kami berkembang ke lebih banyak lokasi," kata En. Alain.

Dengan warisan yang berakar umbi dalam lebih 30 tahun perkhidmatan bantuan perubatan, pengangkutan dan penerbangan yang cemerlang, GAH berkhidmat di lapangan sebagai sebuah pasukan. Kakitangan kami di lapangan dan kesemuanya mempunyai kepakaran langsung yang mendalam dan memahami realiti setiap pertemuan. Kami mencari penyelesaian, memudahkan logistik dan memastikan rawatan perubatan yang sesuai disediakan.

Kisah pengembangan GAH bermula di Jakarta, Indonesia dan kini mencakupi empat pusat amaran, termasuk Jakarta, Ho Chi Minh (Vietnam), Manila (Filipina) dan Port Moresby (Papua New Guinea). En. Alain menghuraikan tentang kepentingan lokasi-lokasi ini, menyatakan bahawa ia sejajar dengan komitmen Fullerton Health Group untuk menggunakan keupayaan bantuan dalam pasaran mereka tatkala mereka berkembang di Asia Tenggara. Wilayah-wilayah ini membolehkan GAH menampung keperluan baik pelancong dalam negara mahupun pasaran domestik.

GAH turut merancang pengembangan bagi memperdalam jangkauannya ke Kemboja, Tanah Besar China dan Hong Kong pada tahun 2024.

En. Alain berkata, "Pengembangan ke Kemboja merupakan satu perkembangan yang dijangkakan daripada operasi berpangkalan di Vietnam sedia ada kami. GAH akan memanfaatkan pusat amaran Bandar Raya Ho Chi Minh untuk menyediakan perkhidmatan kepada Kemboja, memanfaatkan rangkaian kemudahan perubatan Kemboja berkontrak kami untuk memberi liputan yang lebih baik di Indochina. Begitu juga, kami mengiktiraf kepentingan strategik China dan Hong Kong ekoran saiz populasinya, penumpuan perniagaan antarabangsa dan kehadiran syarikat-syarikat nasional yang besar. Justeru itu, kini kami sedang menilai pilihan untuk mewujudkan penyediaan perkhidmatan yang paling berkesan di wilayah-wilayah ini."

Berhubung rancangan masa depan untuk pasaran asal di Indonesia, yang merupakan salah satu ekonomi yang berkembang paling pantas, En. Alain berkata, "cita-cita kami adalah untuk membuka lebih banyak kemudahan pesakit luar di seluruh Indonesia. Pengembangan ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian rawatan kesihatan bersepadu kepada pelancong di destinasi-destinasi popular seperti Bali serta Lombok dan dalam masa yang sama menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan korporat yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan di seluruh kepulauan Indonesia."

En. Alain selanjutnya menambah, "Walaupun sentiasa mengikuti perkembangan kemajuan teknologi serta penggabungan kecerdasan buatan dan automasi dalam perkhidmatan kami adalah sangat penting, cabaran kami yang paling signifikan terletak dalam membangunkan perniagaan yang mampan dengan membangunkan rancangan penggantian yang mantap serta memindahkan ilmu dan pengalaman kepada generasi bakat yang seterusnya. Organisasi ini tetap komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berpatutan dan boleh diakses tatkala ia terus berevolusi dan berkembang."

"Pesakit dan komuniti kami telah membantu menjadikan kami sebagai penyedia rawatan kesihatan yang terulung di kawasan kami. Ia sesuatu yang kami amat banggakan dan juga sesuatu yang kami ambil dengan sangat serius. Kakitangan dan pakar perubatan kami berusaha setiap hari untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan komuniti dari segi rawatan yang kami sediakan. Wilayah kami telah berkembang dan Fullerton Health, bersama-sama GAH turut berkembang seiring dengannya," simpul En. Alain.

Latar Belakang Fullerton Health

Ditubuhkan pada tahun 2010, Fullerton Health ialah platform rawatan kesihatan bersepadu secara vertikal yang terkemuka di Asia Pasifik dengan rekod prestasi terbukti dalam menyediakan kepada pelanggan dan pesakit dengan penyelesaian rawatan kesihatan perusahaan. Kami memiliki dan mengendalikan jaringan luas kemudahan rawatan kesihatan merentas 9 pasaran dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan rawatan kesihatan yang sudahpun mantap dan bereputasi baik di rantau ini. Kami memanfaatkan sumber-sumber ini untuk menyediakan Rawatan yang Berpatutan dan Boleh Diakses untuk Semua di Asia Pasifik. 

Kunjungi https://www.fullertonhealth.com/ untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Global Assistance & Healthcare

Ditubuhkan pada tahun 1992, Global Assistance & Healthcare (GAH) menyediakan bantuan perubatan, pemindahan perubatan dan perkhidmatan perubatan terpencil. Pasukan kami yang berpengalaman menyokong bantuan perubatan kecemasan domestik dan global melalui Pusat Amaran (Alarm Centre) 24/7 kami. Baru-baru ini, kami meluaskan jejak kami di luar Indonesia, Singapura dan Malaysia ke Vietnam, Papua New Guinea dan Filipina, bagi menyediakan perkhidmatan khusus kepada pelanggan kami di rantau ini.

Kunjungi  https://www.fullertonhealth.co.id/ untuk maklumat lanjut.

 

 

A Global Assistance and Healthcare ambulance
A Global Assistance and Healthcare ambulance

A Global Assistance and Healthcare ambulance together with an aircraft which is used to evacuate patients
A Global Assistance and Healthcare ambulance together with an aircraft which is used to evacuate patients

Staff preparing stretcher to be used for deployment
Staff preparing stretcher to be used for deployment

Source: Fullerton Health Indonesia
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit