omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Nansha Guangzhou menyelami untuk meningkatkan kewangan iklim demi pembangunan hijau, berkualiti tinggi

Xinhua Silk Road
2023-11-23 12:51 45

BEIJING, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Nansha, sebuah kawasan pantai yang terletak di bahagian hujung selatan hab ekonomi selatan China Guangzhou, berusaha untuk memperkukuh kewangan iklim untuk mengupayakan selanjutnya pembangunan ekonomi hijau dan berkualiti tinggi.

The photo shows establishment of the Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (Nansha) climate investment and finance alliance during a thematic forum of the PBCIFC on November 18.
The photo shows establishment of the Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (Nansha) climate investment and finance alliance during a thematic forum of the PBCIFC on November 18.

Semasa forum tematik dalam Persidangan Pelaburan dan Kewangan Iklim Antarabangsa Pearl Bay (PBCIFC) 2023 yang diadakan baru-baru ini, Nansha menyampaikan selanjutnya kepada dunia bagaimana pelaburan iklim dan lokaliti perintis pembiayaan berperanan untuk menubuhkan sebuah pusat kewangan iklim antarabangsa.

Dengan merebut peluang yang dibawa dengan mempelopori aktiviti pelaburan dan kewangan iklim yang berkaitan, Nansha, satu-satunya lokaliti perintis yang dipromosikan oleh kedua-dua pengawal atur alam sekitar dan kewangan, berusaha sedaya upaya untuk memajukan inovasi peraturan dan mekanisme pelaburan dan pembiayaan iklim ketika ini, kata Liao Xiaosheng, ketua biro kerja kewangan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Nansha.

Kewangan iklim merupakan bahagian tipikal dalam kewangan hijau yang disebut dalam mesyuarat kerja kewangan pusat China yang diadakan pada awal November sebagai salah satu daripada lima sub-sektor yang diutamakan untuk membina kuasa kewangan.

Dengan mengambil peluang daripada dasar keutamaan juga termasuk Rancangan Keseluruhan untuk Mempererat Kerjasama Dibuka kepada Dunia antara Guangdong, Hong Kong dan Macao di Nansha, daerah tersebut berkembang menjadi salah satu kawasan yang paling rancak dengan banyak platform keterbukaan di China.

Selain daripada industri automobil, kapal, kecerdasan buatan dan juga industri berkaitan roket, kewangan di Nansha juga mengalami pembangunan yang berkembang pesat dan menjadi salah satu daripada lima industri tonggaknya.

Daerah tersebut menempatkan hampir 7,000 perusahaan kewangan daripada 23 sub-sektor dan satu perempat daripadanya merupakan institusi kewangan inovatif dengan lesen kewangan yang berkaitan.

Sebagai contoh, dana ekuiti persendirian tempatan melebihi 1,800 dana mengurus sejumlah lebih daripada 800 bllion yuan aset ketika ini dan akaun perdagangan bebas dibuka oleh akaun perniagaan tempatan untuk hampir 70 peratus daripada jumlah yang setanding dengan Zon Perdagangan Bebas Perintis (Guangdong) China.

Tambahan pula, lebih 80 program inovasi kewangan telahpun dilaksanakan di Nansha yang turut menyokong untuk merintis keterbukaan tahap tinggi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan pada awal tahun 2022.

Di bawah persekitaran yang menggalakkan untuk meningkatkan kewangan iklim, Nansha akan memanfaatkan selanjutnya pembangunan kewangan iklim dan meluaskan demonstrasi kerja perintis kewangan iklim untuk membolehkan pembangunan ekonomi tepatan yang hijau dan berkualiti tinggi, tambah Liao.

Untuk melabur dalam Nansha, sila hubungi Olivia Gui bersama sekretariat PBCIFC. (gwx1212olivia@outlook.com)

Pautan asal https://en.imsilkroad.com/p/337284.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service