omniture

Cognizant dipilih oleh Alm. Brand Group untuk mendayakan perkhidmatan automasi

Cognizant Technology Solutions
2023-11-23 15:00 55

Kerjasama baharu ini akan menyaksikan Cognizant mengambil alih proses perniagaan penyumberan luar semasa dan mengautomasikan proses ini untuk meningkatkan kecekapan dan menambah baik pengalaman pelanggan 

TEANECK, New Jersey, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Cognizant (Nasdaq: CTSH) hari ini telah mengumumkan kerjasama baharu dengan Alm. Brand Group, sebuah syarikat insurans terkemuka di Denmark. Cognizant akan mula menyediakan pelbagai proses perniagaan yang sebelum ini disumber luarkan oleh Alm. Brand Group kepada vendor lain. Hubungan baharu ini akan menumpukan pada mengautomasikan banyak proses dan tugas ini dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan, menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan lagi daya saing kumpulan. 

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Cognizant dijangka akan mengautomasikan pelbagai proses termasuk polisi insurans dan tugas pentadbiran, yang secara tradisinya adalah tindakan secara manual dan berulang. Usaha ini bertujuan untuk memberikan hasil kecekapan dengan membenarkan lebih banyak tugasan diselesaikan dalam masa yang lebih singkat dan sekali gus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan. Cognizant juga akan membantu mengenal pasti potensi automasi selanjutnya bersama pakar automasi Alm. Brand Group sendiri. Tambahan pula, Cognizant akan menggunakan keupayaan dan pengetahuan mendalam dari Pusat Kecemerlangan yang berbahasa Denmark dan Nordik di Vilnius, Lithuania, yang merupakan pakar dalam insurans dan automasi. Pada tahun 2024 nanti, Cognizant merancang untuk menyatukan semua proses penyumberan luar Alm. Brand Group di Vilnius.

Camilla Amstrup, Pengarah Eksekutif Kumpulan yang bertanggungjawab untuk Barisan Komersial di Alm. Brand Group berkata: "Perkembangan terkini dalam penyumberan luar proses perniagaan semakin melibatkan automasi proses penyumberan luar untuk kecekapan yang lebih tinggi dan pengalaman pelanggan yang lebih baik, sekali gus mengukuhkan daya saing. Itulah sebabnya mengapa kami di Alm. Brand Group telah memilih Cognizant sebagai rakan kongsi penyumberan luar baharu kami, oleh kerana mereka amat mahir dalam bekerjasama dengan syarikat untuk mengautomasikan semua atau sebahagian daripada proses perniagaan mereka."

Thomas Djursoe, Pengurus Negara Cognizant Denmark berkata: "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Alm. Brand Group untuk menyokongnya dalam mengautomasikan proses yang manual dan berulang. Sektor insurans mempunyai potensi besar untuk memodenkan operasinya, dan automasi adalah teknologi yang sangat berkesan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menambah baik pengalaman pelanggan. Automasi sering menyiapkan perniagaan dengan kesediaan masa depan, membolehkan transformasi dan kesiapsiagaan yang lebih besar untuk kemajuan teknologi seperti AI Generatif. Perniagaan – dan industri – yang mengutamakan transformasi digital selalunya mampu memperoleh kelebihan daya saing yang lebih besar."

Tentang Alm. Brand Group
Alm. Brand Group ialah kumpulan insurans Denmark terkemuka yang bersatu dan memfokuskan pada insurans bukan hayat. Ia mempunyai gabungan lebih 700,000 pelanggan. Ia merupakan syarikat insurans bukan hayat yang kedua terbesar di Denmark.

Tentang Cognizant 
Cognizant (Nasdaq: CTSH) merekayasa perniagaan moden. Kami membantu para pelanggan kami memodenkan teknologi, memperbaharui proses dan mengubah pengalaman supaya mereka boleh terus maju dalam dunia kita yang pantas berubah. Secara bersama-sama, kami memperbaiki kehidupan harian. Lihat caranya di www.cognizant.com atau @Cognizant.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:








EMEA / APAC / Amerika:

Christina Schneider

christina.schneider@cognizant.com

India

Rashmi Vasisht

rashmi.vasisht@cognizant.com







Alm. Brand Group:

Mikkel Nikolajsen

+45 22185711




Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1794711/Cognizant_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Cognizant Technology Solutions
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Outsourcing Businesses Contracts