omniture

Toys"R"Us Membuka Cawangan Khas Koleksi IP di Suria KLCC

Toys"R"Us Asia
2025-12-16 10:30 6

Memperkenalkan TOMICA BRAND STORE Pertama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Toys"R"Us Asia membawa cetusan baharu kepada pencinta mainan di Malaysia dengan pembukaan cawangan khas bagi Koleksi IP terbarunya di Suria KLCC, yang terletak di Aras 2. Ini merupakan konsep Toys"R"Us paling inovatif yang diperkenalkan di peringkat tempatan selama hampir dua dekad, dengan menampilkan zon jenama yang lebih menarik menerusi pameran langsung pelbagai IP menarik.

"Suria KLCC menyimpan kenangan yang istimewa bagi ramai rakyat Malaysia, dan kami teruja untuk membantu mencipta moment baru," kata Carol Chua, Pengurus Besar Toys"R"Us Malaysia. "Melalui cawangan khas baru ini, kami menghimpunkan IP bertaraf dunia termasuk TOMICA, Pokémon, Gundam dan banyak lagi. Kami menjemput peminat dari semua peringkat usia untuk berada bersama dengan dunia kegemaran mereka dan Live Toyful bersama kami."

Toys“R”Us Asia membawa cetusan baharu kepada pencinta mainan di Malaysia dengan pembukaan cawangan khas bagi Koleksi IP terbarunya di Suria KLCC, yang terletak di Aras 2.
Toys“R”Us Asia membawa cetusan baharu kepada pencinta mainan di Malaysia dengan pembukaan cawangan khas bagi Koleksi IP terbarunya di Suria KLCC, yang terletak di Aras 2.

Tarikan utama kedai ini ialah TOMICA BRAND STORE yang berada di dalam Toys"R"Us, yang merupakan yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara dan dibuka pada 18 Disember. Ruang unik ini membawa pengunjung menyelami dunia die-cast yang luar biasa. Peminat boleh mendapatkan produk asli TOMICA Shop dari Jepun, selain keluaran bulanan eksklusif TOMICA BRAND STORE. Lebih menarik, dua barangan asli ini hanya dijual di kedai Suria KLCC di Malaysia, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi oleh semua peminat TOMICA.

Di tengah-tengahnya tersergam indah TOMICA WALL, pameran die-cast terbesar di Asia Tenggara. Menampilkan lebih 2,000 kereta mini, pemasangan ini meraikan ketelitian seni dan warisan kaya TOMICA, sekali gus menarik minat keluarga serta pengumpulnya. Setiap hujung minggu, aktiviti "White TOMICA Colouring" memberi peluang kepada peminat untuk mewarnakan TOMICA mereka sendiri. Pelancaran ini menandakan kejayaan kerjasama antara Toys"R"Us Asia dan TOMY Company ke Asia Tenggara, selepas kejayaan TOMICA BRAND STORE di Shanghai dan Beijing.

Tarikan utama kedai ini ialah TOMICA BRAND STORE yang berada di dalam Toys“R”Us, yang merupakan yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara dan dibuka pada 18 Disember.
Tarikan utama kedai ini ialah TOMICA BRAND STORE yang berada di dalam Toys“R”Us, yang merupakan yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara dan dibuka pada 18 Disember.

Selain itu, kedai ini menawarkan pelbagai koleksi evergreen IP dan tarikan terbaharu peminat. Ini termasuklah Zon Gundam yang diketengahkan dengan patung GQuuuuuuX bersaiz sebenar daripada siri terbaru, yang merupakan satu-satunya di Malaysia. Zon ini turut menampilkan barangan eksklusif, kit model baru dan koleksi pilihan pengumpul. Selain itu, set permainan Hot Wheels sepanjang tiga meter seakan memberi penghormatan kepada latar langit Suria KLCC dan mengubah mercu tanda tempatan menjadi dunia mini yang dinamik. Pengunjung juga boleh meneroka pilihan Kad Permainan Dagangan Pokémon dengan akses kepada keluaran baru utama, termasuk pengembangan Mega Evolution – Phantasmal Flames. Pameran figura Blokees pertama di Malaysia turut mempamerkan watak-watak popular, bersama pelancaran Blokees Wheels yang hanya ditawarkan secara eksklusif di Toys"R"Us.  Dekorasi Zon Barbie yang baru , diinspirasikan daripada Barbie Dreamhouse ikonik, turut mengajak pengunjung melangkah masuk ke suasana filem untuk detik bergambar yang sempurna. Setiap zon direka dengan teliti bagi membawa pembeli melalui satu pengalaman yang menginspirasikan dari satu IP ke IP yang lain.

Musim perayaan ini, Toys“R”Us tampil sebagai pilihan utama untuk membeli-belah.
Musim perayaan ini, Toys“R”Us tampil sebagai pilihan utama untuk membeli-belah.

Premis ini secara tak langsung menjadi pilihan wajib bagi destinasi hadiah perayaan yang wajib dikunjungi, menerusi pengalaman kedai unik yang dilancarkan bersama kempen perayaan "Toys are Joy". Pembeli boleh menerokai 20 Mainan Teratas Musim Cuti, tawaran hadiah istimewa serta barangan eksklusif di satu lokasi. Musim perayaan ini, Toys"R"Us tampil sebagai pilihan utama untuk membeli-belah.

Layari www.toysrus.com.my atau kunjungi kedai untuk meneroka TOMICA BRAND STORE, serta menemui hadiah terbaik musim ini dan meraikan kegembiraan semasa bermain.

Tentang Toys"R"Us Asia (Holding) Limited

Visi Toys"R"Us Asia ialah untuk memupuk imaginasi dan menginspirasikan generasi akan datang melalui kuasa permainan dan bermain. Berpandukan janji jenama "Live Toyful", syarikat ini komited menjadikan bermain sebagai satu gaya hidup yang menggalakkan kanak-kanak, remaja dan keluarga untuk meneroka, berimaginasi dan meraikan kegembiraan bermain setiap hari.

Beribu pejabat di Hong Kong, Toys"R"Us Asia mengendalikan kira-kira 450 cawangan di Tanah Besar China, Jepun, Malaysia, Hong Kong (China), Singapura, Taiwan (China), Thailand dan Brunei, dengan lebih 90 cawangan berlesen di Filipina dan Macau (China), serta platform e-Dagang utama di setiap pasaran.

Toys"R"Us Asia (Holding) Limited ialah entiti bebas yang beroperasi secara berasingan daripada semua syarikat Toys"R"Us lain di seluruh dunia.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Retail Children-related news New products/services DEI Page