GLASTONBURY, Connecticut, 8 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), telah mengumumkan kontrak dengan Generacion Frias S.A., syarikat subsidiari milik Albanesi S.A., bagi menyediakan unit FT4000™ SWIFTPAC® untuk lokasinya di Frias, Santiago del Estero, Argentina. Ini akan menjadi FT4000™ SWIFTPAC® pertama di Amerika Latin.
Pakej penjana turbin gas FT4000™ SWIFTPAC® baharu yang disediakan oleh PWPS menghasilkan output tertinggi daripada sebarang enjin terbitan aero di samping mengekalkan kecekapan yang tinggi. Sebagai produk generasi seterusnya, unit FT4000™ SWIFTPAC® dihasilkan berdasarkan pengalaman terbitan aero selama lebih lima puluh tahun dan lebih 2,000 turbin gas perindustrian yang telah dipasang di serata dunia. Dengan reka bentuk bermodul yang merangkumi ciri-ciri terbukti pada loji kuasa FT8® SWIFTPAC® yang berjaya, enjin FT4000™ yang dikuasakan oleh penjana gas terbitan Pratt & Whitney® PW4000™ menyediakan 60 hingga 120 MW kuasa beban dasar dan memuncak yang andal dalam jejak yang padat. Enjin FT4000™ telah direka bentuk bagi aplikasi kitar mudah, kitar tergabung, atau penjanaan tenaga serentak. Reka bentuk tanpa turbin pada sistem ini juga membolehkan operasi loji kuasa yang fleksibel turun kepada 25 peratus daripada beban penuh, operasi pemeluwapan segerak tanpa cekam, serta kapasiti simpanan berputar.
Reka bentuk SWIFTPAC® yang terbukti ialah penyelesaian yang berkesan daripada segi kos untuk keperluan kepadatan berkuasa tinggi yang andal di seluruh dunia. "PWPS mereka bentuk FT4000™ SWIFTPAC® bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk loji kuasa gas yang andal dan cekap di seluruh dunia," kata Peter Christman, presiden PWPS. "Kami telah beroleh penerimaan terbaik daripada para pelanggan sedia ada dan pelanggan prospektif kami terhadap FT4000™ SWIFTPAC®, manakala daya tarikan berterusan dengan produk ini pula memperlihatkan keyakinan pasaran terhadap aplikasi bertaraf dunia ini."
Unit ini akan disediakan pada tahun 2014 dengan operasi komersil pada Mei 2015.
Di samping itu, satu lagi pencapaian yang perlu diberi perhatian berlaku pada Mei tahun ini apabila PWPS dan MHI meraikan kejayaan tahun pertamanya sejak MHI mengambil alih PWPS pada tahun 2013. "Ulang tahun ini peristiwa penting untuk kedua-dua syarikat," kata Yasuo Nagashima, naib presiden PWPS. "Penyertaan syarikat kami membolehkan MHI untuk menyediakan barisan turbin gas yang lengkap termasuk kedua-dua unit rangka berat dan terbitan aero. Ini membolehkan kami menjadi kedai sehenti untuk kebanyakan keperluan pengeluar kuasa."
Latar Belakang PW Power Systems, Inc.
PW Power Systems, Inc. (PWPS), beribu pejabat di Glastonbury, Conn., merupakan peneraju dunia dalam membekalkan penyelesaian tenaga untuk industri penjanaan kuasa. PWPS menyediakan rangkaian pilihan produk dan perkhidmatan yang luas, termasuk pakej turbin gas; perkhidmatan turbin gas perindustrian selepas jualan; sistem tenaga boleh diperbaharui; dan juga perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan serta pembinaan. PWPS ialah syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, ialah salah satu pengeluar jentera berat yang menerajui di dunia, dengan jualan bersih disatukan adalah kira-kira $32.5 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2014. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai terdiri daripada pembinaan kapal, loji kuasa, loji kimia, kelengkapan alam sekitar, struktur keluli, jentera perindustrian dan am, kapal terbang, sistem angkasa serta sistem penyaman udara. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, layari www.pwps.com.