omniture

Pertandingan Program Teroka Permainan Global PWIN Perfect World Berakhir dengan Jayanya

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-08-08 16:19 117

BEIJING, 8 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pusingan akhir Pertandingan Program Teroka Permainan Global PWIN Perfect World telah diadakan di Shanghai pada 1 Ogos 2014. Dengan kehadiran juri profesional yang terdiri daripada kedua-dua hakim Cina dan hakim asing, pertubuhan media ulung serta beberapa elit industri, tiga pemenang teratas telah diumumkan. Pertandingan selama kira-kira dua bulan itu berakhir dengan jayanya.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Perfect World ialah acara global dengan matlamat untuk memilih pasukan pembangunan permainan terbaik dan paling kreatif di dunia dan memberi mereka peluang untuk mencapai impian serta memperlihatkan hasil kerja mereka yang unggul. Pasukan atau individu yang menang akan menerima dana teroka sehingga 10 juta yuan (kira-kira AS$1.6 juta). Kira-kira 100 program, dengan 90 peratus daripadanya terdiri daripada permainan mudah alih, telah dihantarkan dalam tempoh dua bulan pertandingan. Penyerahan daripada peserta luar negara mewakili kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pertandingan tersebut telah memilih lapan program pada peringkat awal dengan tiga pemenang teratas diumumkan ketika berakhirnya pusingan akhir.

Ketua Pegawai Perniagaan Perfect World Xu Yiran telah terlibat secara aktif dalam pertandingan tersebut dan telah menyatakan pengeluar permainan dan arah aliran pembangunan industri merupakan kriteria pemilihan utama. Pertandingan tersebut bertujuan untuk mencari dan turut memilih pasukan cemerlang, menggalakkan pembangunan serta pengendalian permainan berkualiti dengan menggunakan sumber Perfect World dan akhirnya menyediakan lebih keseronokan untuk para pemain di serata dunia. Pada masa yang sama, Pertandingan Program Teroka Permainan Global PWIN turut memperlihatkan kejayaan pencapaian besar sejak pelancaran program pelaburan dan agensi global PWIN.

Menerusi perkembangan pesat proses globalisasi, Perfect World telah melabur dan menubuhkan francais di seluruh dunia. Pelaburan syarikat di luar pasaran utama mewakili kira-kira 20 peratus daripada pelaburan keseluruhan yang dilakukan oleh pasukan pelaburannya termasuk pasukan kreatif terkenal di dunia Runic Games. Permainan yang dikendalikan oleh syarikat sebagai ejen di luar China mewakili kira-kira 25 peratus daripada kesemua permainan yang dikendalikannya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Perfect World telah beroleh hak eksklusif untuk mengendalikan DOTA2 yang terkenal, dan telah bekerjasama dengan pemimpin global seperti SquareEnix dan SNK PLAYMORE berkenaan hak cipta. Di samping itu, Perfect World turut memberi tumpuan terhadap industri hiburan yang lebih luas dengan melabur dalam peranti pintar, menyediakan para pengguna dengan pengalaman hiburan yang lebih baik.

Pada masa hadapan, program pelaburan dan agensi global PWIN Perfect World dijangka akan berkembang menjadi platform hebat untuk pasukan penyelidikan & pembangunan globalnya dan juga produk berkualiti tinggi yang mampu dihasilkan di bawah pemantauan pasukan itu. Program tersebut akan memperkasa pembangunan yang mantap bagi keseluruhan pasaran permainan dengan menyepadukan serta memperuntukkan sumber permainan dengan lebih baik, mempersiapkan keseluruhan sektor untuk era platform yang besar.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140805/133635 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140805/133636
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: