omniture

COP28 UAE: SANY Galakkan Transformasi Pembuatan Hijau, Ambil Tindakan Konkrit untuk Tangani Cabaran Iklim

SANY Group
2023-11-24 02:33 100

CHANGSHA, China, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- SANY Group, ("SANY"), perusahaan yang terkemuka di peringkat global dalam industri pembuatan peralatan canggih, menonjolkan pembangunan mampan yang semakin maju dan transformasi pembuatan hijau dalam industri jentera berat, menjelang COP28 UAE, yang dijadualkan berlangsung mulai 30 November hingga 12 Disember di Dubai. Tema program selama 13 hari pada tahun ini ialah "Actionism," menyeru orang ramai untuk bangkit bagi menyahut cabaran perubahan iklim.

 

COP28 akan menumpukan kepada empat anjakan paradigma utama – iaitu mempercepatkan peralihan daripada bahan api fosil, mencapai persetujuan bagi peralihan pembiayaan iklim, menekankan peranan orang ramai dan alam semula jadi dalam tindakan iklim serta memastikan sidang kemuncak menjadi acara inklusif yang mana wanita, orang asli, masyarakat tempatan, belia, negara dan banyak lagi kesemuanya boleh menjadi sebahagian daripadanya.

SANY bertindak balas dengan aktif dan positif terhadap agenda sidang kemuncak dengan tindakan yang konkrit bagi menggalakkan transformasi pembuatan hijau, membawakan penyelesaian mampan kepada industri perlombongan, pembinaan, kuasa angin dan banyak lagi.

Mengambil tindakan hijau untuk membina masa depan lestari

SANY meluaskan penggunaan tenaga hijau (tenaga boleh baharu seperti solar dan angin) dalam proses pengeluaran dengan giat untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga tradisional, mengurangkan emisi karbon dan menyokong tindakan perubahan iklim. Ia telah menerima pakai pelbagai inisiatif, terutamanya dalam mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan aplikasi tenaga angin, hidrogen dan penyelesaian pengelektrikan serta mencapai hasil yang signifikan.

Subsidiari SANY, SANY Renewable Energy telahpun melabur dan membina ladang angin untuk meningkatkan perkadaran kuasa angin dalam struktur tenaga, melalui penaiktarafan pintar dalam pembuatan dan mencipta bengkel pintar. Dengan berbuat demikian, SANY Renewable Energy mengurangkan penggunaan tenaga unit keseluruhan dan emisi karbon sebanyak 15 peratus berbanding dengan pranaik taraf.

Pada tahun 2022, SANY menambah lebih daripada 3,000 sambungan pemeteran tenaga. SANY membina taman stesen pencampur pintar pertama di China dan melabur sebanyak 3.22 juta yuan dalam pembinaan fotovolta dan akan menghasilkan 900,000 kWj kuasa setiap tahun. Taman ini akan mengurangkan 887 tan emisi karbon, 242 tan pelepasan habuk, 26.7 tan sulfida dan 13.4 tan nitrik oksida bagi mencapai pembangunan sinergi pembuatan pintar dan pemuliharaan alam sekitar.

Sejumlah 11 subsidiari SANY telah memasang peralatan penjanaan kuasa fotovolta dengan penggunaan tenaga bersih yang berjumlah 16.013 juta kWj.

SANY terlibat secara aktif dalam R&D teknologi sel bahan api hidrogen untuk meningkatkan kecekapan bateri, mengurangkan kos dan meningkatkan kepayaan pengeluaran dan penyimpanan, sambil meluaskan aplikasi tenaga hidrogen.

Tindakan iklim berpacukan inovasi mengatasi kekangan industri

Dengan mewujudkan rantaian bekalan hijau, SANY menerima pakai bahan boleh baharu dan teknologi mesra alam untuk mengurangkan pembaziran sumber dan meningkatkan kemampanan rantaian bekalan.

SANY terus menambah baik mekanisme jangka panjang untuk pencegahan dan kawalan pencemaran, mengukuhkan kawalan pelepasan sisa termasuk air, gas dan bahan berbahaya yang lain serta berhati-hati dengan tindakan perniagaan dan operasi yang boleh memudaratkan persekitaran ekologi. Pada tahun 2022, pelepasan air sisa dan gas kumpulan ini memenuhi kadar standard 100 peratus, dengan kadar pematuhan 100 peratus untuk pelupusan sisa berbahaya.

Kumpulan ini turut mendorong untuk menggunakan bahan-bahan mesra alam sekitar bagi meminimumkan pencemaran, agar pengurangan karbon dalam seluruh kitaran hayat produk turut melibatkan bahan. Pada tahun 2022, ketumpatan emisi VOCnya adalah sebanyak 0.0011 tan per juta hasil, pengurangan sebanyak 39.71 peratus berbanding tahun asas.

Sementara itu, penaiktarafan teknik dan proses pengeluaran yang berterusan, penggalakan teknologi penjimatan tenaga dan kemajuan pembangunan teknologi rendah karbon bukan sahaja memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran, tetapi turut mengurangkan jejak karbon dan menyasarkan untuk mencapai matlamat "dwikarbon".

Menyeru penyertaan orang ramai

SANY telah menjalankan program latihan dan kempen yang berpusatkan kepada perlindungan terhadap alam sekitar untuk pekerja, sekali gus meningkatkan lagi penglibatan komuniti dari segi agenda inovasi hijau, rendah karbon, mesra komuniti dan pendidikan. Pada tahun 2022, pekerja syarikat ini menyelesaikan 687.4 jam kerja sukarela dan SANY melabur sebanyak 9.75 juta yuan dalam tahun itu bagi menyokong 15 projek kebajikan awam.

SANY Construction Industry memimpin aplikasi teknologi hijau dalam pembinaan infrastruktur bandar bagi mempercepatkan pembangunan mampan bandar dan membina bandar pintar, sistem pengangkutan hijau dan seni bina jimat tenaga bagi mengurangkan penggunaan tenaga, meningkatkan kualiti persekitaran bandar dan mata pencarian orang ramai.

Dari segi biodiversiti dan pembangunan mampan, SANY menekankan pemuliharaan tanah, lautan, tanaman dan haiwan demi mencipta masa depan yang lebih baik serta menyokong ekonomi kitaran bagi mengurangkan pembaziran sumber.

Dalam konteks isu-isu yang semakin meruncing dalam perubahan iklim global, SANY, selaku peneraju dalam industri hijau, komited untuk menggalakkan pembangunan mampan dan menyertai dengan aktif usaha global bagi mengatasi perubahan iklim melalui inisiaitf yang komprehensif seperti rantaian bekalan hijau, tenaga hijau dan pengurangan emisi karbon.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube.

 

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Future Events General Manufacturing