omniture

Coway Peroleh Anugerah Inovasi 2024 CES untuk Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed)

Coway Co., Ltd.
2023-11-24 08:42 7

SEOUL, Korea Selatan, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi 2024 CES® oleh Consumer Technology Association (CTA) untuk Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed) perintisnya.

Coway Wins CES 2024 Innovation Award for BEREX Reclining Massage Bed
Coway Wins CES 2024 Innovation Award for BEREX Reclining Massage Bed

Anugerah Inovasi CES, satu pertandingan tahunan yang ditaja oleh Consumer Technology Association (CTA), menonjolkan teknologi canggih dari seluruh dunia. Pakar-pakar industri yang disegani menjalankan tinjauan yang komprehensif, memberikan anugerah berdasarkan kepada kelayakan inovasi, kejuruteraan, fungsian, estetika dan reka bentuk.

Dalam kategori Kesihatan Digital, Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed) Coway merangkul Anugerah Inovasi 2024 CES®. Ia diiktiraf untuk teknologinya yang tersendiri, ditonjolkan oleh fungsi sandar automatik dengan ciri tegak bahagian atas tubuh dan sistem urut diperibadikan.

Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed) menampilkan fungsi sandar bahagian atas tubuh automatik bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna. Menyedari cabaran yang dihadapi oleh ramai orang untuk duduk selepas menggunakan produk urut jenis katil, tempat duduk baring katil ini boleh dilaraskan kepada pelbagai sudut, terutamanya membantu mereka yang mempunyai masalah pergerakan untuk berdiri selepas berbaring.

Satu lagi ciri unik Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed) daripada Coway ini ialah sistem urut yang disesuaikan. Katil ini mengimbas dengan tepat kelengkungan dan panjang tulang belakang pengguna, menyesuaikan sistem urut bersegmen 12-tahap kepada ciri-ciri tubuh individu yang unik, bagi memastikan pengalaman urutan yang selamat dan berkesan.

Melengkapi ciri-ciri ini, katil ini menawarkan terapi bunyi untuk melegakan tekanan dan tidur yang optimum dan bunyi menyembuhkan, pelbagai mod urutan serta sistem terma yang boleh dilaraskan untuk pendekatan yang inovatif kepada kesejahteraan dan santaian.

Pelancaran rasmi Katil Urut Sandar BEREX (BEREX Reclining Massage Bed) dirancang pada tahun hadapan di Korea Selatan. Diberi kedudukan sebagai produk unggulan, Coway menyasarkan untuk memperluaskan kehadirannya dalam pasaran tidur dan kesejahteraan.

"Anugerah Inovasi 2024 CES ialah bukti untuk Coway dan kepimpinan teknologi jenama BEREX yang sofistikated," kata pegawai Coway. "Kami tetap komited untuk mengekalkan momentum ini melalui usaha penyelidikan yang berterusan, memfokuskan pada pembangunan produk yang inovatif dengan teknologi canggih yang membawa manfaat pelanggan yang tiada tandingan."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga paling terkini syarikat ini, jenama BEREX, bertujuan untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news