omniture

Huawei Cadangkan Peralihan Tenaga Hijau dan Digital serta Lancar Pusat Inovasi Bersama dengan PLN di Enlit Asia

Huawei Enterprise
2023-11-24 09:32 96

JAKARTA, Indonesia, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Enlit Asia yang dianjurkan secara bersama dengan Hari Elektrik Kebangsaan Indonesia ke-78, diadakan dengan jayanya di Jakarta, Indonesia. Acara ini menghimpunkan lebih daripada 12,000 hadirin. Sebagai Penaja Berlian, Huawei menyampaikan penyelesaian kuasa elektrik yang inovatif dan melancarkan Pusat Inovasi Bersama dengan perusahaan gergasi negara Indonesia, Perusahaan Listrik Negara (PLN).

Nicholas Ma, Presiden Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, memulakan ucapan beliau dengan memberi penjelasan mengenai kemajuan negara-negara Asia Pasifik dalam pembangunan hijau dan digital serta menyatakan bahawa kita sedang beralih kepada ekonomi hijau dan digital yang mana kelestarian dan pertumbuhan tangkas saling menguatkan, dwiperalihan ini akan memerlukan kolaborasi erat antara kerajaan, entiti awam, pelabur dan perniagaan daripada semua saiz.

Nicholas menyambung bahawa sebagai penyedia ICT yang terkemuka di peringkat global yang berakar umbi dalam pasaran Asia Pasifik, Huawei akan terus menyumbang bermula daripada menginovasi dalam teknologi digital dan tenaga, memupuk bakat digital untuk industri kuasa elektrik dan mempercepatkan transformasi digital melalui kolaborasi strategik bersama penggiat-penggiat industri terkemuka seperti PLN untuk memberi rujukan yang bagus di APAC.

Nicholas Ma, President of Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, delivering the welcome address at the opening ceremony
Nicholas Ma, President of Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, delivering the welcome address at the opening ceremony

Di acara itu, Huawei dan PLN melancarkan Pusat Inovasi Bersama secara bersama, yang akan meningkatkan transformasi digital PLN dan menyerlahkan nilai digital aset-aset mereka.

Huawei and PLN launched the Joint Innovation Center
Huawei and PLN launched the Joint Innovation Center

Nezar Patria, Naib Menteri Komunikasi dan Maklumat Indonesia serta Bapak Darmawan Prasodjo, Ketua Pegawai Eksekutif PLN dan Pengerusi Lembaga Penyeliaan MKI mengunjungi reruai dan bertukar-tukar pandangan bersama pakar-pakar Huawei mengenai penyelesaian kuasa elektrik canggih yang dapat mengukuhkan lagi peralihan tenaga masa depan.

Edwin Diender, Ketua Pegawai Maklumat Huawei Electric Power Business Unit, memperkenalkan laporan "Trend Pendigitalan dalam Industri Kuasa Elektrik" oleh Huawei. Beliau berkata: "Rangkaian masa depan akan dibina untuk menyokong lebih daripada 100 kali ganda kapasiti pada hari ini, namun jumlah penggunaan tenaga mereka tidak akan menjadi lebih tinggi daripada rangkaian hari ini. Huawei akan terus mencari senario yang inovatif dan teknologi penting untuk industri ini bagi menjamin sekuriti tenaga, memaksimumkan kecekapan penggunaan tenaga, mengurangkan sisa tenaga dan menggalakkan pembangunan tenaga dan kuasa elektrik yang berkualiti tinggi."

"Peralihan tenaga akan membawa ratusan juta sensor teragih secara meluas ke dalam sistem dan persepsi masa sebenar akan menjadi asas bagi keseimbangan dinamik sistem kuasa," kata Frank Zou, Pengarah Penyelesaian Digital Industri Kuasa Eleketrik Huawei Indonesia, semasa pembentangan Hab Ilmu, "kami memerlukan sokongan dari segi keupayaan digital sistematik termasuk komunikasi, pengkomputeran dan keselamatan siber bagi mencapai matlamat peralihan tenaga."

Sehingga kini, Huawei telah bekerjasama secara mendalam dengan lebih daripada 190 syarikat kuasa di seluruh dunia dan membina secara bersama lebih 40 penyelesaian berasaskan senario bersama rakan kongsi ekologi untuk membuka jalan digital menuju peralihan tenaga global dan mencapai matlamat keneutralan karbon.

Source: Huawei Enterprise
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities