omniture

Trip.com ucap Hello Hong Kong dengan perluasan kempen ke empat negara Asia Tenggara

Trip.com
2023-11-24 12:41 44

Pengunjung boleh menuntut baucar F&B HKD100

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- Trip.com hari ini mengumumkan pengenalan kempen Hello Hong Kong kepada empat negara Asia TenggaraMalaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kempen ini merupakan sebahagian daripada kempen Hello Hong Kong global anjuran Hong Kong Tourism Board (HKTB) yang mula diperkenalkan awal tahun ini untuk menggalakkan pelancong mengunjungi Hong Kong. Kerjasama ini merupakan kempen pemasaran bertema yang pertama antara Trip.com dengan HKTB di luar tanah besar China selepas pandemik. Pelancong dari empat negara ini akan dapat menikmati diskaun apabila mereka membuat tempahan hotel Hong Kong di Trip.com semasa tempoh promosi, tanpa syarat perbelanjaan minimum.


"Pelancong dari Asia Tenggara memilih Hong Kong sebagai destinasi pelancongan seperti yang ditunjukkan oleh bilangan pengunjung dalam prestasi positif sembilan bulan pertama tahun 2023. Lima daripada lapan ketibaan pengunjung bagi perjalanan jarak dekat terkemuka di Hong Kong adalah dari negara-negara Asia Tenggara dengan bilangan pengunjung dari Malaysia meningkat sebanyak lebih 90 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022[1]. Data Trip.com kami dari tempoh yang sama juga membuktikan hal ini dengan empat negara yang mengambil bahagian dalam kempen Hello Hong Kong tersenarai dalam 10 pasaran Teratas yang menempah perjalanan ke Hong Kong. Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan HKTB untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong dari Asia Tenggara ke Hong Kong," kata En. Edison Chen, Naib Presiden Pemasaran Destinasi & Perikatan Strategik, Trip.com Group.

Ingin menghadiri festival muzik Clockenflap yang terkemuka atau meneroka Hong Kong WinterFest? Menyertai Maraton Hong Kong atau melawat bandar itu untuk menikmati perayaan Tahun Baharu Lunar pada tahun hadapan? Kini, anda boleh menikmati penjimatan sambil berbuat demikian!

Di samping itu, pelancong ke Hong Kong yang membuat tempahan hotel atau tiket penerbangan mereka melalui Trip.com juga boleh menuntut baucar 'Hong Kong Night Treats' istimewa bernilai HKD100. Pengunjung akan dapat merasai sendiri kemeriahan suasan waktu malam Hong Kong dan memanjakan diri dengan khazanah kulinari dengan baucar tersebut. Baucar sedia digunakan di restoran dan bar yang mengambil bahagian di seluruh bandar itu selepas jam 6 petang. Pelancong akan dapat membawa deria rasa mereka melalui perjalanan gourmet untuk makan malam yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Bandar yang diisi dengan kemeriahan dan keterujaan ini mengalu-alukan pelancong yang ingin menikmati lebih banyak keseronokan yang pelbagai yang ditawarkan di sini. Bermula daripada acara bertaraf dunia hingga sambutan bermusim, Hong Kong tidak pernah sunyi dengan aktiviti, sambutan dan acara yang yang menyeronokkan, riuh atau menarik. Ayuh ucapkan Hello Hong Kong dan terokai lebih banyak pengembaraan yang menanti!

Kunjungi https://bit.ly/hellohkmy untuk butiran lanjut dan untuk menempah penginapan anda di Hong Kong hari ini.

Hello Hong Kong

Negara

Tempoh Kempen

Butiran Diskaun

Malaysia

Sekarang hingga 20 Jan 2024

Diskaun 20% untuk tempahan hotel, dihadkan pada RM64

Singapura

Diskaun 20% untuk tempahan hotel, dihadkan pada SGD18

Vietnam

Diskaun 20% untuk tempahan hotel, dihadkan pada VND335,000

Thailand

16 Jan – 17 Mar 2024

Diskaun 20% untuk tempahan hotel, dihadkan pada THB480

Latar Belakang Trip.com

Trip.com ialah penyedia perkhidmatan pelancongan sehenti antarabangsa yang disediakan dalam 24 bahasa merentas 39 negara dan wilayah dalam 29 mata wang tempatan di 48 lokasi. Trip.com memiliki jaringan hotel dan penerbangan luas yang merangkumi lebih daripada 1.2 juta hotel dan penerbangan daripada lebih 480 syarikat penerbangan meliputi 2,600 lapangan terbang di 200 negara dan wilayah di serata dunia. Khidmat pelanggan berbilang bahasa 24/7 bertaraf dunia Trip.com serta pusat tambahan di Edinburgh, Tokyo dan Seoul, membantu 'mencipta pengalaman pelancongan yang terbaik' untuk berjuta-juta pelanggannya di seluruh dunia. Untuk menempah perjalanan anda yang seterusnya, kunjungi trip.com.

 

Source: Trip.com
Keywords: Banking/Financial Service Travel New products/services