omniture

Trina Solar dalam Senarai Syarikat Inovatif 50 Terunggul Forbes China

Trina Solar Co., Ltd
2023-11-24 15:22 33

CHANGZHOU, China, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah memenangi tempat dalam senarai Syarikat Inovatif 50 Terunggul Forbes China 2023, menurut Forbes China. Senarai itu, diumumkan pada 9 November, menampilkan syarikat-syarikat Cina yang paling inovatif dan berkembang pesat serta memberi perhatian khusus kepada pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) korporat pada tahun ini.

Forbes China turut menyenaraikan 10 Syarikat Inovasi S&T Tenaga Baharu terunggul antara 400 syarikat buat julung kalinya. Trina Solar berada dalam senarai ini, hasil daripada kepimpinan syarikat ini dalam industri PV dan storan tenaga serta komitmennya kepada inovasi saintifik dan teknologi, menjadi model peranan untuk pembangunan tenaga baharu di China.

Forbes memuji Trina Solar atas komitmennya kepada inovasi, dengan berkata: "Hanya segelintir syarikat dalam industri PV berjaya kekal berada di barisan hadapan sepanjang dua dekad yang lalu. Inovasi yang berterusan merupakan daya penggerak yang utama di sebalik pertumbuhan yang mantap dan berterusan syarikat-syarikat yang telah lama bertapak kukuh, terutamanya Trina Solar."

Syarikat-syarikat PV yang terkemuka telah memainkan peranan yang menonjol dalam peningkatan jumlah permohonan paten dan geran. Trina Solar, komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, melabur dengan banyak dalam inovasi teknologi, seterusnya mencapai banyak kejayaan sulung. Menjelang suku kedua tahun ini Trina Solar telah mengemukakan lebih daripada 3,200 permohonan paten dan hak cipta perisian. Ia juga mencipta dan memecahkan rekod dunia bagi kecekapan penukaran sel PV serta kuasa output modul sebanyak 25 kali.

Gao Jifan, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Trina Solar, berkata: "Selain daripada mencurahkan usaha dalam inovasinya sendiri, Trina Solar bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dalam rantaian industri ini bagi menghasilkan inovasi."

Trina Solar diiktiraf dalam beberapa senarai berprestij yang lain atas usahanya yang cemerlang dalam inovasi, termasuk Penginovasi Peralihan Tenaga 100 Terunggul oleh Reuters. Trina Solar ialah satu-satunya syarikat Cina yang berada dalam senarai itu. Di samping itu, Trina Solar dipilih sebagai salah satu daripada Perusahaan Perindustrian Pembangunan Mampan 50 Terunggul Forbes China 2022, sebagai salah satu daripada Syarikat Inovatif ESG Forbes China 2023 dan salah satu daripada Syarikat Perindustrian Mampan 50 Terunggul Forbes China 2022 selain pernah muncul dalam Senarai Fortune China 500.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG