omniture

Microsoft Devices Group umumkan telefon bimbit ultra-berpatutan dengan pemain muzik dan video berharga 19 euro

Microsoft Corp.
2014-08-11 15:01 135

-- Microsoft memperluas portfolio telefon "pertama" dengan Nokia 130.

REDMOND, Washington, 11 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Menyedari perkembangan pesat telefon bimbit ultra-berpatutan, Microsoft Devices Group pada hari Isnin telah memperkenalkan Nokia 130, telefon bimbit yang direka bagi memperkenalkan pengalaman digital baharu kepada jutaan orang. Pada harga 19 euro sahaja,* Nokia 130 menggabungkan keperluan harian yang diharapkan oleh pembeli telefon bimbit kali pertama dengan reka bentuk yang menarik, keandalan serta hiburan mudah alih yang diinginkan. Memaparkan pemain video terbina dalam, pemain muzik dengan ciri main balik berterusan sehingga 46 jam dengan hanya sekali pengecasan, dan juga keperluan harian seperti lampu suluh, radio FM serta pengecasan USB, Nokia 130 ialah pengenalan tepat kepada dunia "yang mengutamakan mudah alih".

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

Nokia 130 ialah telefon bimbit yang sesuai untuk para pembeli telefon bimbit kali pertama, atau untuk mereka yang mencari telefon sandaran yang andal untuk melengkapi telefon pintar sedia ada mereka. Ia dibina untuk ketahanan, dengan paparan warna 1.8 inci dan jangka hayat bateri hebat yang dapat bertahan pada siap sedia sehingga 36 hari untuk varian SIM-tunggal manakala siap sedia selama 26 hari pula untuk peranti dwi-SIM. Daripada segi reka bentuk dan kualiti, Nokia 130 menonjol dalam kalangan peranti yang berharga di bawah $35.* Setiap tahun, orang ramai membeli 300 juta telefon daripada kategori ini sahaja.**

Sebagai salah satu telefon bimbit paling berpatutan dengan ciri main balik video, Nokia 130 menjadikan pengalaman digital baharu boleh dicapai untuk lebih ramai orang. Ia memberikan lebih masa untuk hiburan dengan pemain video terbina dalam yang menyediakan sehingga 16 jam main balik bagi video yang disimpan pada kad mikroSD, pemain MP3 serta radio FM. Dengan sokongan simpanan mikroSD yang boleh ditingkatkan sehingga 32 GB, berserta aplikasi SLAM dibolehkan-Bluetooth dan sambungan USB, ia turut memudahkan perkongsian kandungan digital tanpa memerlukan sambungan Internet.

"Memandangkan permintaan dalam segmen mudah alih berpatutan terus berkembang, Microsoft kekal komited untuk menyampaikan inovasi mudah alih yang menerajui pasaran pada setiap titik harga," kata Jo Harlow, naib presiden korporat untuk Telefon, Microsoft Corp. "Sekurang-kurangnya 1 bilion individu di dunia dijangkakan masih belum memiliki telefon bimbit, dan pada masa yang sama terdapat peningkatan permintaan terhadap telefon sandaran yang andal dalam pasaran matang dan pasaran pertumbuhan tinggi."

Beliau berkata lagi, "Dengan telefon bimbit seperti Nokia 130, kami melihat potensi yang amat besar untuk menyampaikan pengalaman dunia 'yang mengutamakan mudah alih' kepada individu yang ingin mendapatkan peranti pertama mereka, dan kami akan terus melabur dalam peranti ultra-berpatutan yang dapat memperkenalkan dunia 'yang mengutamakan awan' kepada orang ramai menerusi perkhidmatan Microsoft seperti Bing, Outlook.com serta OneDrive."

Harga dan ketersediaan

Harga runcit yang dianggarkan sebelum cukai dan subsidi untuk Nokia 130 dan Nokia 130 Dwi SIM adalah 19 euro. Penghantaran dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini. Nokia 130 boleh didapati dalam pasaran terpilih, termasuk China, Mesir, India, Indonesia, Kenya, Nigeria, Pakistan, Filipina dan juga Vietnam.

Ringkasan spesifikasi teknikal:


Nokia 130

Sistem  Pengendalian

Series 30+

Paparan

1.8" QQVGA

Bateri

Mampu bertahan pada siap sedia sehingga 36 hari untuk SIM Tunggal manakala 26 hari pula untuk Dwi SIM; 13 jam masa berbual 2G. 46 jam main balik muzik; 16 jam main balik video. Kapasiti bateri: 1020mAh

Sambungan

USB 2.0, 3.5mm Penyambung AV, mikroSD, Bluetooth 3.0 dengan SLAM

Memori

32GB sokongan kad mikro SD

Latar Belakang Microsoft Devices

Microsoft Devices Group bertanggungjawab terhadap strategi peranti syarikat, termasuk telefon pintar dan tablet Lumia, telefon bimbit Nokia, perkakasan Xbox, Surface, produk Perceptive Pixel, dan juga aksesori.

Latar Belakang Microsoft

Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan peneraju dunia daripada segi perisian, perkhidmatan, peranti serta penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan mencapai potensi sebenar mereka.

* Harga runcit cadangan sebelum cukai dan subsidi tempatan.
** Strategy Analytics

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services