omniture

Sinopec Siapkan Pembinaan Pangkalan Perindustrian Petrokimia Terbesar China

SINOPEC
2024-12-27 00:03

Kapasiti Penapisan Pangkalan Melebihi 50 Juta Tan setahun  

NINGBO, China, 27 Disember 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") baru-baru ini mengumumkan penyiapan mekanikal projek pengembangan dan bahan termaju fasa kedua di Zhenhai Refinery. Pencapaian ini menetapkan penanda aras baharu untuk inovasi, pembuatan pintar dan kecekapan tenaga dalam projek-projek berskala besar. Kapasiti kilang penapisan ini kini dinaik taraf kepada 40 juta tan setahun, menyumbang kepada Pangkalan Perindustrian Petrokimia Ningbo Zhejiang yang melebihi kapasiti penapisan keseluruhan sebanyak 50 juta tan setahun. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pangkalan perindustrian petrokimia terbesar, paling maju dan berdaya saing secara global di China.

Sinopec Completes Construction of China’s Largest Petrochemical Industrial Base.
Sinopec Completes Construction of China’s Largest Petrochemical Industrial Base.

Terletak di Delta Sungai Yangtze, hab penggunaan produk hiliran utama, Pangkalan Perindustrian Petrokimia Ningbo Zhejiang memainkan peranan penting dalam rantaian nilai Sinopec. Projek pengembangan dan bahan termaju fasa kedua ini, dengan jumlah pelaburan sebanyak CNY 41.6 bilion, menggabungkan 18 unit pengeluaran, termasuk penyulingan atmosfera, peretakan bermangkin, polipropilena dan unit penyahhidrogenan propana. Dengan menekankan proses berfokuskan bahan kimia, projek ini mewujudkan pelbagai rantaian bekalan bernilai tambah tinggi.

Kapasiti pengeluaran kemudahan yang diperluas menyokong pembangunan poliolefin yang berkualiti tinggi, bahan termaju dan bahan kimia khusus. Ia dijangka menyediakan kira-kira 8 juta tan produk petrokimia setiap tahun, meningkatkan dengan ketara kapasiti keseluruhan rantaian bekalan untuk industri-industri seperti automotif, perkakas rumah dan tekstil di rantau ini. Pengembangan ini diramalkan menjana bertrilion yuan dalam nilai industri huluan dan hiliran.

Projek ini mencapai kemajuan yang luar biasa dalam inovasi teknologi dan kemampanan. Sorotan utama termasuk:

  • Penyetempatan 10 teknologi teras, termasuk pemampat labirin vertikal beban tertinggi di dunia.
  • Penggunaan meluas teknologi pintar, mengupayakan penyerahan kilang digital dan fizikal secara serentak.
  • Integrasi sistem operasi industri setempat sepenuhnya dan platform internet industri yang dibangunkan sendiri untuk meningkatkan proses membuat keputusan dan pengurusan.
  • Pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga yang komprehensif, mencapai pengurangan penggunaan tenaga keseluruhan sebanyak 11.7%.
  • Keselamatan dan kualiti adalah amat penting semasa pembinaan, dengan lebih 90 juta jam kerja selamat berturut-turut direkodkan dan kadar lulus kualiti 100% untuk semua unit, menetapkan penanda aras industri yang baharu.

Zhenhai Refinery, perusahaan penapisan dan kimia bersepadu terbesar Sinopec, mempunyai kapasiti pengeluaran etilena sebanyak 2.2 juta tan setahun. Ia juga merupakan satu-satunya perusahaan di China yang disenaraikan secara konsisten dalam kumpulan prestasi teratas bagi Penilaian Prestasi Etilena Global Solomon.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services