omniture

Zendure Perjuangkan Kelestarian dan Inovasi di MotoGP dengan BOÉ MOTORSPORTS

Zendure USA Inc.
2023-11-24 19:56 92

VALENCIA, Sepanyol, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- Zendure – syarikat pemula EnergyTech (Teknologi Tenaga) yang berkembang pantas – mengimbas kembali musim MotoGP yang berjaya. Perlumbaan akhir Kejohanan Dunia Moto3 dijadualkan berlangsung di Valencia pada 26 November. Sebagai penaja pasukan BOÉ MOTORSPORTS, Zendure memperlihatkan penyelesaian tenaga lestarinya di perlumbaan MotoGP, memperjuangkan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman (EDI) baik dalam dunia sukan mahupun operasi perniagaan.


Zendure , penaja bagi pasukan BOÉ MOTORSPORTS sepanjang lapan bulan yang lalu, memerhatikan pencapaian yang luar biasa David Muñoz dan Ana Carrasco, satu-satunya pelumba wanita yang menunjukkan keberaniannya dalam MotoGP yang memaparkan integrasi lancar antara tenaga baharu yang lestari dengan sukan ekstrem. Pasukan BOÉ memulakan perjalanan global yang mencakupi empat benua—Eropah, Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan—meliputi kira-kira 18 negara dan mengambil bahagian dengan jayanya dalam 20 acara. Perkongsian antara Zendure dan pasukan BOÉ mendorong secara konsisten nilai bersama mereka iaitu kelajuan, kelestarian dan inovasi. Dengan pasukan R&D yang mantap, kedua-dua Zendure dan BOÈ MOTORSPORTS terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan menerajui inovasi.

Sepanjang musim itu, Zendure menyediakan tenaga boleh baharu kepada semua di padok dan alatan berkuasa untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan kelestarian, stesen janakuasa SuperBase V, penyelesaian tenaga bersih di lapangan, menyediakan bekalan elektrik untuk memanaskan tayar motosikal David Muñoz dan Ana Carrasco. Para pengunjung berpeluang untuk meneroka penyelesaian tenaga hijau Zendure yang dipamerkan, termasuk SBP1500, SBM1000, SBM600, SuperBase V dan SolarFlow – storan tenaga Zendure untuk loji janakuasa balkoni.

"Meninjau semula beberapa bulan lalu, penajaan ini telah menjadi pengalaman mengujakan yang bukan sahaja mengasyikkan kami dalam dunia MotoGP yang mendebarkan, tetapi juga membolehkan kami untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan kemungkinan besar tenaga lestari," ulas Jolene Shang, Ketua Pegawai Pemasaran Zendure. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan BOÉ MOTORSPORTS atas perjalanan yang luar biasa ini bersama-sama dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada David dan Anna dalam kerjaya perlumbaan mereka."

Latar Belakang Zendure

Ditubuhkan pada tahun 2017, Zendure ialah salah sebuah syarikat pemula EnergyTech (Teknologi Tenaga) berkembang paling pantas yang terletak di hab teknologi Silicon Valley, AS dan Wilayah Teluk Besar, China, Jepun dan Jerman. Misinya adalah untuk menyampaikan tenaga bersih yang andal dan berpatutan kepada isi rumah di seluruh dunia dengan mempopularkan EnergyTech yang terkini.

Hubungan Akhbar:
Zendure USA Inc.
Chris Chiu
+86 13697796028
chris.qiu@zendure.com

 

Source: Zendure USA Inc.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Sporting Events Sports Utilities Cision Influencer List - ESG