omniture

Chengdu paparkan kekuatan teknologi di ekspo teknologi tinggi

Chengdu Science and Technology Bureau
2023-11-27 08:37 53

CHENGDU, China, 27 November 2023 /PRNewswire/ -- Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, Barat Daya China, menunjukkan kekuatannya dalam inovasi teknologi sains di Ekspo Teknologi-Tinggi Antarabangsa Bandar Sains dan Teknologi China (Mianyang) ke-11 yang bermula pada hari Rabu di Mianyang, wilayah Sichuan.

Chengdu showcases technological strength at the 11th China (Mianyang) Science and Technology City International High-Tech Expo.
Chengdu showcases technological strength at the 11th China (Mianyang) Science and Technology City International High-Tech Expo.

Ditaja secara bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi serta kerajaan wilayah Sichuan, ekspo ini meliputi jumlah kawasan pameran seluas 40,000 meter persegi, dengan lebih 300 syarikat mengambil bahagian dan lebih daripada 3,000 barang pameran.

Institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan inovatif yang berpangkalan di Chengdu membawakan lebih 30 pencapaian teknologi yang utama ke ekspo tahun ini, menurut biro sains dan teknologi Chengdu.

Zou Sifei, seorang kakitangan Tianfu Xinglong Lake Laboratory, salah sebuah makmal penting di bawah rancangan Makmal Tianfu Sichuan, berkata makmal beliau telah menjalankan kajian yang mendalam terhadap bahan optoelektronik revolusioner, peranti optoelektronik serta sistem optoelektronik dan telah menggalakkan transformasi pencapaian penyelidikannya.

Makmal ini mempamerkan pencapaiannya yang terkini dalam transformasi penyelidikan saintifik di ekspo ini dalam bidang-bidang termasuk metabahan maklumat dan komunikasi tanpa wayar, fotonik bahan serta peranti optik termaju, kata beliau.

He Weizhi, seorang eksekutif di Tsinghua Sichuan Energy Internet Research Institute, berkata institut ini memegang lebih daripada 560 paten ciptaan dan memudahkan transformasi pencapaian teknologi untuk memperkasa pembangunan ekonomi serantau.

Institut ini mendemonstrasikan beberapa produk yang telah ditransformasikan daripada pencapaian teknologinya, termasuk robot periksa bawah air dwimod "Floating-Crawling" ("Terapung-Rangkak") dan sensor arus elektrik pintar miniatur.

"Selain daripada memaparkan kehebatan teknologi kami di ekspo ini, kami juga berharap dapat menarik lebih ramai bakat yang serba boleh untuk menyertai institut kami untuk kajian yang selanjutnya," kata beliau.

Xu Huawei, seorang eksekutif di Sichuan Tengden Sci-tech Innovation Co Ltd, berkata ekspo ini mempamerkan pencapaian termaju dari dalam dan luar negara, mencipta banyak prospek pertumbuhan dan peluang kolaboratif untuk syarikat ini.

Sebagai pengusaha yang terkemuka di Chengdu dalam bidang UAV industri, Tengden mempamerkan model UAV yang dibangunkan sendiri, yang boleh digunakan secara meluas dalam bidang termasuk pembuatan hujan buatan, komunikasi kecemasan dan pemeriksaan kebakaran hutan, kata Xu.

Shi Da, jurutera jualan Chengdu Jiujin Technologies Co Ltd, yang mana produknya digunakan dalam bidang-bidang seperti ujian antena, komunikasi tanpa wayar dan aeroangkasa, berkata ekspo ini menghimpunkan golongan profesional daripada pelbagai industri, mencipta peluang yang sangat baik untuk mempromosikan imej dan produk syarikat serta untuk memudahkan komunikasi bersama rakan kongsi.

 

Source: Chengdu Science and Technology Bureau
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news