omniture

Permulaan Baharu: Platform Penjagaan Terhubung Baharu Air Solutions ResMed untuk Merawat Gangguan Pernafasan Ketika Tidur

ResMed Inc.
2014-08-11 21:44 174

-- Platform Memaksimumkan Kuasa Data daripada Diagnosis kepada Pelibatan Pesakit bagi Manfaat Semua Pihak Berkepentingan dalam Kontinum Penjagaan

SAN DIEGO, 11 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- ResMed (NYSE: RMD) hari ini telah mengumumkan Air Solutions, penyelesaian penjagaan terhubung baharu yang berpandangan jauh untuk merawat gangguan pernafasan ketika tidur yang dapat memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dalam kontinum penjagaan. Platform Air Solutions ResMed ini mempunyai komponen dipacu data yang terdiri daripada diagnosis kepada rawatan, pengurusan pematuhan dan juga pelibatan pesakit.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140808/134903
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140808/134936
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140310/LA79234LOGO-a

ResMed, perintis bagi rawatan gangguan pernafasan ketika tidur (SDB), merupakan inovator utama industri ini, dengan beberapa produk berpaksikan pelanggan dan memenangi anugerah yang dapat menambah baik penerimaan dan pematuhan pesakit terhadap terapi SDB secara signifikan.

Pendekatan Ekosistem Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Rawatan SDB

"Menerusi Air Solutions, kami mewujudkan permulaan baharu bagi penjagaan pesakit," kata Don Darkin, presiden Unit Perniagaan Gangguan Pernafasan Ketika Tidur ResMed. "Ketika kami memperkenalkan setiap komponen Air Solutions, pembezaan keselesaan dan prestasi hebat yang menjadi tanda pengenalan kami akan ditekankan, dimantapkan lagi dengan teknologi canggih yang membantu para penyedia menjadi lebih terhubung dengan para pesakit mereka."

Air Solutions terdiri daripada komponen yang bersama-sama menghasilkan ekosistem hujung-ke-hujung menyeluruh yang menangani secara terus titik sakit bagi setiap pihak berkepentingan dalam terapi pesakit, termasuk doktor, makmal tidur, penyedia kelengkapan perubatan rumah, serta pesakit itu sendiri. Pendekatan ekosistem, kata Darkin, dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan rawatan dengan sentiasa memaklumkan para penyedia dan melibatkan pesakit. Platform Air Solutions juga terdiri daripada:

ApneaLink™ Air: Peranti ujian tidur di rumah yang padat dan ringan oleh Resmed yang berfungsi secara lancar dengan perisian AirView (lihat di bawah) bagi membantu makmal tidur untuk mengurus setiap langkah proses diagnostik dengan cekap, dan berkongsi data bersama kumpulan pengguna yang sesuai.

Siri AirSense™ 10: Siri Resmed baharu yang terdiri daripada peranti tekanan saluran udara positif yang berterusan dan automatik (CPAP dan APAP) dikenali sebagai AirSense 10 yang mempunyai beberapa ciri data dan komunikasi lanjutan untuk menyelaraskan proses penyediaan, pengurusan pematuhan serta pemantauan pematuhan. Platform peranti serba baharu ini juga adalah intuitif dan mudah digunakan, serta menawarkan jejak sisi katil yang lebih kecil.

Siri AirCurve™ 10: Siri AirCurve 10 termasuklah pelbagai peranti dwi-tahap yang dapat memenuhi keragaman keadaan dan keperluan pesakit, seperti pesakit yang memerlukan bantuan tekanan tambahan, selain peranti ASV untuk para pesakit yang mengalami masalah respirasi Cheyne-Stokes atau pesakit yang memerlukan pengudaraan-servo-adaptif.

Topeng AirFit™: Topeng AirFit yang telah diumumkan awal tahun ini terkenal dengan ciri mudah muat dan keselesaan unggul. Rangkaian AirFit termasuk sistem bantal hidung AirFit P10, yang kini merupakan peneraju pasaran dalam kalangan pesakit baharu, topeng muka-penuh AirFit F10 serta topeng hidung AirFit N10.

Sistem Pemantauan dan Pengurusan Pematuhan AirView™: Apabila digunakan bersama-sama peranti Air Solutions, penyelesaian perisian AirView dapat menyelaraskan secara signifikan proses pengurusan pesakit dengan menyediakan penyelesaian masalah, pengesanan kerosakan dan banyak lagi. AirView mengaktifkan data apabila diminta, agar data pesakit boleh didapati dalam tempoh satu jam selepas berakhirnya sesi terapi pesakit.

Perisian dan Aplikasi Pelibatan Pesakit myAir: Pesakit yang terlibat adalah lebih cenderung untuk patuh dan myAir membantu pesakit agar lebih memahami data tidur mereka sendiri, melalui papan pemuka data, bimbingan dan juga mesej pengukuhan.

Topeng ApneaLink Air dan AirFit kini boleh didapati di A.S. dan pasaran terpilih yang lain. AirSense 10 dan AirView boleh didapati di A.S. dan Australia pada 18 Ogos, manakala dalam pasaran lain pula pada akhir tahun ini. Siri AirCurve 10 dan myAir juga boleh didapati pada akhir tahun ini.

Latar Belakang ResMed:
ResMed mengubah kehidupan dengan mencipta, mengeluarkan dan turut mengedarkan kelengkapan perubatan bagi tujuan merawat, mendiagnosis serta mengurus gangguan pernafasan ketika tidur, COPD, dan juga penyakit kronik yang lain. Kami menghasilkan produk dan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka yang mengalami masalah ini, dan kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan kesihatan yang berkemungkinan serius akibat gangguan pernafasan ketika tidur. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ResMed, layari www.resmed.com.

 

Hubungi:


Untuk News Media                    

Untuk Pelabur

Gretchen Griswold                  

Agnes Lee

Pengarah, Komunikasi Korporat Global

Pengarah Kanan, Hal Ehwal Pelabur

P: +1-858-836-6789          

P: +1-858-836-5971

news@ResMed.com             

investorrelations@ResMed.com

Source: ResMed Inc.
Related Stocks:
NYSE:RMD OTC:RSMDF
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services