SINGAPURA, 12 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
Persatuan Tenis Wanita (WTA) akan melancarkan siri kejohanan Jelajah Singapura "Bintang Masa Depan WTA" bermula pada Ogos hingga September 2014, dengan para pemain berjuang bagi mendapat tempat untuk bersaing di Singapura bermula pada 17 hingga 20 Oktober. Bintang Masa Depan WTA akan menampilkan persaingan untuk gadis muda di seluruh Asia Pasifik dengan wawasan untuk menggalakkan perkembangan atlet tahap tinggi, kesihatan, kecergasan, dan memperkasa wanita menerusi sukan tenis.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/700750)
Setiap acara serantau Bintang Masa Depan WTA melibatkan pertandingan dalam dua kategori: Perempuan Berumur 14 Ke Bawah dan Perempuan Berumur 16 Ke Bawah. China, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Hong Kong, serta Laos telah pun mendaftar untuk menyertainya, dengan lebih banyak negara turut menyatakan minat. Pemain berkelayakan serantau yang terbaik akan bersaing di Pusat Tenis Kallang pada 17 hingga 19 Oktober, serentak dengan Pusingan Akhir WTA BNP Paribas Singapura anjuran SC Global, dengan perlawanan akhir akan berlangsung di Gelanggang Pusat, Stadium Tertutup Singapura pada Isnin, 20 Oktober. Para pemain akan beroleh peluang sekali seumur hidup untuk bertemu para pemain Legenda serta pemain Pusingan Akhir WTA tahun ini, selain mendapat akses penuh untuk menonton salah satu acara sukan paling dinantikan di Asia Pasifik.
"Pengenalan kepada siri kejohanan muda Bintang Masa Depan WTA ini bermatlamat untuk menggalakkan gadis remaja di seluruh rantau Asia Pasifik untuk menjadi aktif dengan bermain tenis," ujar Pengarah Pusingan Akhir WTA, Melissa Pine. "Selama lebih empat dekad, para pemain WTA telah menjadi model peranan dan inspirasi untuk gadis remaja generasi seterusnya di seluruh dunia. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan beberapa bintang generasi seterusnya kepada bintang masa kini dan masa hadapan di Pusingan Akhir WTA Singapura."
Bintang Masa Depan WTA dibawakan oleh Sport Singapore. Layari Twitter (@WTAFinalsSG) atau Facebook (Facebook.com/WTAFinalsSG) untuk turut menjayakan Pusingan Akhir WTA BNP Paribas Singapura anjuran SC Global.
Berlangsung di Hab Sukan Singapura canggih yang bernilai $1.3 bilion bermula pada 17 hingga 26 Oktober 2014, Pusingan Akhir WTA ialah pengalaman hiburan sukan selama 10 hari yang merangkumi pertandingan, pertunjukan serta aktiviti untuk para peminat tenis di Singapura dan seluruh dunia. Inilah kali pertama Singapura, bandar Asia Pasifik, menjadi tuan rumah.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi futurestars@wtatennis.com.
SUMBER Persatuan Tenis Wanita (WTA)