omniture

Hainan FTP galakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di Singapura

Hainan International Media Center (HIMC)
2023-11-27 22:06 29

HAIKOU, China, 27 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Hainan International Media Center (HIMC):

Wilayah Hainan, Selatan China telah menggalakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan bersama Singapura, mengadakan acara promosi Hainan Free Trade Port (FTP) dan aktiviti-aktiviti pertukaran lain di negara bandar ini mulai 22 hingga 25 November.

Persidangan penggalakan Hainan FTP yang diadakan pada 23 November menyaksikan penandatanganan lima kontrak bagi projek-projek penting yang melibatkan industri kewangan, perdagangan, perkhidmatan dan industri-industri lain, disertai oleh pengumuman bahawa wilayah pulau ini dijadualkan untuk menubuhkan cawangan Singapura bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Wilayah, bagi mempermudah kerjasama dua hala bagi tenaga hijau, bersih dan rendah karbon.

A “Closer Singapore - Hainan Cooperation to Share in Free Trade Port Opportunities” themed promotion conference held in Singapore on Nov. 23.
A “Closer Singapore - Hainan Cooperation to Share in Free Trade Port Opportunities” themed promotion conference held in Singapore on Nov. 23.

Sepanjang beberapa hari yang lalu, wilayah ini turut mencari peluang kerjasama dengan beberapa firma yang terkemuka di Singapura termasuk Temasek Holdings, CapitaLand Group, Changi Airports International, Wilmar International, PSA International (peneraju global bagi perniagaan pelabuhan dan terminal), Mandai Wildlife Group dan Koufu Group (jenama sebutan ramai yang terkenal dengan medan seleranya).

Demi mempertingkatkan pertukaran sedemikian, Hainan berhasrat untuk belajar lebih banyak daripada pengalaman Singapura sebagai sebuah negara berfokuskan perdagangan dengan sembilan zon perdagangan bebas tertubuh. Memanfaatkan kelebihan dasar keutamaan FTP, sumber asli dan persekitaran pelaburan, wilayah ini menggiatkan usaha untuk mempererat kerjasama dengan negara bandar ini dalam bidang seperti industri rendah karbon, ekonomi lapangan terbang, ekonomi digital, penjagaan kesihatan, perdagangan & pelaburan dua hala serta pembinaan taman industri.

Pada Jun 2020, pihak berkuasa Cina mengemukakan pelan induk untuk pembangunan Hainan FTP yang dianggap sebagai pembawa panji-panji dan pintu masuk penting bagi keterbukaan China yang berterusan dalam era baharu.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pertukaran ekonomi, perdagangan dan kebudayaan yang lebih aktif antara Hainan dan Singapura. Pelaburan Singapura di Hainan menyumbang sebanyak 90% daripada jumlah pelaburan ASEAN di wilayah pulau itu, sementara pelaburan Hainan di Singapura menyumbang separuh daripada pelaburan Hainan di ASEAN.

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Contracts