omniture

Casio bakal Lancar VIRTUAL G-SHOCK NFT Diilhamkan oleh Konsep Struktur Kalis-Hentakan Futuristik

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-11-28 11:00 32

TOKYO, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan menawarkan edisi terhad 2,000 VIRTUAL G-SHOCK NFT (token tidak sepiawai) untuk dijual pada 15 Disember. NFT ini menampilkan imejan jenama G-SHOCK dipersembahkan sebagai jam tangan kalis hentakan futuristik dalam ruang maya. Sebelum pelancaran jualan, pengedaran G-SHOCK CREATOR PASS akan bermula pada 28 November, menawarkan utiliti seperti keistimewaan pembelian awal kepada pemegang.


Pada September 2023, Casio melancarkan projek VIRTUAL G-SHOCK, memudahkan komunikasi dalam ruang maya untuk berfungsi sebagai titik sentuh dengan Gen Z dan pengguna baharu yang lain. Mula-mula, G-SHOCK CREATOR PASS NFT diedarkan secara percuma, membolehkan pemegang untuk mengambil bahagian dalam komuniti pada Discord.*[1] Keluaran awal 15,000 NFT edisi terhad diedarkan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira enam jam dan pelbagai projek ciptaan bersama turut diadakan.

*[1] Perkhidmatan komunikasi suara, video dan teks berpangkalan di AS

Pada 15 Disember, VIRTUAL G-SHOCK NFT yang diilhamkan oleh tema struktur G-SHOCK kalis hentakan futuristik akan ditawarkan untuk dijual, dalam perkembangan baharu projek VIRTUAL G-SHOCK.

Dua corak reka bentuk yang berbeza akan ditawarkan. VGA-001 menampilkan konsep belon yang menonjolkan G-SHOCK diliputi belon berwarna-warni yang menari dengan bebas. Sementara itu, VGA-002 menampilkan konsep pegas daun yang mengekspresikan G-SHOCK dengan struktur kalis hentakan futuristik yang menggunakan daya pegas untuk menyerap hentakan dengan berkuasa.

Sebelum pelancaran jualan VIRTUAL G-SHOCK NFT, lebih banyak G-SHOCK CREATOR PASS NFT yang memberikan akses penyertaan kepada komuniti akan diedarkan secara percuma, bermula pada 28 November. G-SHOCK CREATOR PASS NFT diterima dengan sangat baik semasa pelancaran awal. Pemegang akan diberi keutamaan untuk membeli VIRTUAL G-SHOCK NFT semasa tempoh jualan awal.

Casio tetap komited untuk memperkenalkan pelbagai projek ciptaan bersama untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang baharu melalui projek VIRTUAL G-SHOCK.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: Website(VIRTUAL G-SHOCK NFT) | Discord | X   

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services Future Events