omniture

Eksekutif USANA Malaysia Diberi Penghargaan oleh The Asian Business Review

USANA
2023-11-28 14:56 8

Vivienne Lee Dianugerahkan sebagai Eksekutif Terbaik Tahun Ini 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- USANA Health Sciences, Inc., peneraju global dalam pemakanan, teruja untuk mengucapkan tahniah kepada Vivienne Lee, Naib Presiden Serantau bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Taiwan. Beliau telah dinobatkan sebagai Eksekutif Terbaik Tahun ini oleh The Asian Business Review baru-baru ini sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang USANA, sila layari USANA.com. 

"Vivienne merupakan seorang pemimpin dinamik yang benar-benar layak mendapat pengiktirafan yang penting ini," kata David Mulham, Ketua Pegawai Jualan USANA. "Beliau ialah seorang eksekutif dan mentor yang luar biasa kepada pasukan serantau beliau—semangat beliau yang tulen terhadap kecemerlangan memberi inspirasi kepada semua orang yang bekerja dengan beliau."

Sejak menyertai USANA pada tahun 2017, Vivienne telah melaksanakan strategi untuk membantu syarikat ini kekal relevan serta memberi tumpuan dalam melakukan perubahan bagi menarik para pelanggan. Beliau berasa puas apabila menyaksikan pertumbuhan individu dalam kalangan rakan sepasukan beliau dan perkembangan USANA menjadi sebuah syarikat yang lebih hebat.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk menerima anugerah ini," kata Vivienne. "Pasukan saya luar biasa dan amat bekerja keras. Mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh membantu USANA mencapai matlamat kami iaitu satu juta pelanggan."

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Malaysia memberi penghormatan kepada para pemimpin, inovator dan pasukan yang paling cemerlang di negara ini, di mana inisiatif mereka telah membawa keuntungan perniagaan yang ketara untuk kejayaan syarikat mereka.

Tentang USANA 
USANA (NYSE:USNA) berbangga kerana menyediakan produk pemakanan berkualiti tertinggi di dunia kepada para pengguna. Daripada makanan tambahan hingga penjagaan kulit Celavive dan rangkaian produk Active Nutrition yang inovatif, USANA telah terbukti selama lebih 30 tahun sebagai sebuah syarikat yang anda boleh percayai. Mengapa anda tidak mencubanya sekarang? Membeli di USANA.com atau ketahui lebih lanjut tentang usaha kelestarian USANA di sini.

Hubungan Media: Amy Haran
Naib Presiden Eksekutif Komunikasi
(801) 954-7641
media(at)usana.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/547824/4425253/USANA_Logo.jpg?p=medium600

Source: USANA
Related Stocks:
NYSE:USNA
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Awards Personnel announcements