ST. PAUL, Minnesota, 13 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- CHS Inc. (NASDAQ: CHSCP) – syarikat tenaga, bijirin serta makanan global dan koperasi yang menerajui pada peringkat negara – hari ini telah mengumumkan Mark Palmquist, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai pengendalian, Perniagaan Pertanian, akan keluar daripada organisasi itu berkuat kuasa 31 Ogos 2014 bagi mengambil alih peranan kepimpinan teratas dengan syarikat bijirin Australia. Buat masa kini, ahli pasukan kepimpinan strategik semasa CHS, Shirley Cunningham, akan mengambil alih peranan baharu sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pegawai pengendalian, Perniagaan Pertanian dan Strategi Perusahaan.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/135261
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/135262
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/135263
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/135264
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/135265
Palmquist akan menjadi pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif GrainCorp, Sydney, Australia, pada 1 Oktober 2014.
"Kami mengucapkan tahniah kepada Mark atas peluang baharu ini dan berterima kasih kepada beliau atas sumbangan signifikan beliau kepada CHS dan organisasinya sebelum ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CHS, Carl Casale. "Sewaktu kerjaya beliau selama 35 tahun dengan organisasi kami, beliau merupakan orang penting dalam melancarkan dan membina platform global CHS dan mengenal pasti banyak peluang pertumbuhan dalam perniagaan bijirin dan makanan kami yang menambah nilai kepada pemilik koperasi ini."
Cunningham, yang telah menyertai CHS pada tahun 2013 sebagai naib presiden eksekutif, Strategi Perusahaan, akan terus memacu fungsi Strategi Perusahaan syarikat itu serta platform Perniagaan Pertanian yang baru disejajarkan yang termasuklah Antarabangsa, Amerika Utara dan juga Agronomi. "Shirley membawakan pengalaman perusahaan dan strategik global yang signifikan kepada peranan beliau yang baru diperluas ini," kata Casale. "Menjajarkan platform Perniagaan Pertanian dan Strategi Perusahaan kami di bawah kepimpinan Shirley akan meletakkan kami dalam kedudukan yang mantap untuk pertumbuhan berterusan bagi pihak para pemilik kami."
Pemimpin platform Perniagaan Pertanian CHS yang baru dinamakan ialah:
Cunningham mengekalkan tanggungjawab untuk fungsi Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Strategi Perusahaan serta Pemasaran dan Komunikasi CHS. Beliau mengambil alih peranan baharu beliau bermula 1 September 2014.
CHS Inc. (www.chsinc.com) ialah perniagaan pertanian global ulung yang dimiliki petani, peladang serta koperasi merentasi Amerika Syarikat. Mempunyai kepelbagaian daripada segi tenaga, bijirin dan juga makanan, CHS komited untuk membantu para pelanggan, pemilik-petani serta pihak berkepentingan lain menumbuhkan perniagaan mereka melalui pengendalian domestik dan global mereka. CHS, syarikat Fortune 100, membekalkan tenaga, nutrien hasil tani, perkhidmatan pemasaran bijirin, makanan haiwan ternak, makanan dan bahan makanan, di samping penyelesaian perniagaan termasuk insuran, perkhidmatan kewangan dan juga pengurusan risiko. Syarikat itu mengendalikan kilang penyulingan/saluran paip petroleum dan turut menghasilkan, memasarkan serta mengedarkan bahan api bertapis, pelincir, propana dan juga produk tenaga boleh diperbaharui berjenama Cenex®.
Dokumen ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995 yang telah dibuat berdasarkan jangkaan dan andaian semasa pihak pengurusan. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jelas berbeza daripada keputusan berpotensi yang telah dibincangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini. Syarikat ini tidak menanggung tanggungjawab untuk menyemak secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan bagi mencerminkan kejadian atau keadaan masa hadapan. Bagi perbincangan tentang faktor tambahan yang boleh memberi kesan nyata kepada anggaran dan ramalan pihak pengurusan, sila lihat laporan tahunan CHS Inc., yang telah difailkan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Ogos 2013 yang boleh ditemui dalam laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (www.sec.gov) atau di laman web CHS www.chsinc.com.