omniture

Kilang pembuatan Trina Solar diiktiraf sebagai kilang hijau nasional

Trina Solar Co., Ltd
2023-11-28 20:00 90

CHANGZHOU, China, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- Kilang pengeluaran fotovolta Trina Solar di Suqian, wilayah Jiangsu, timur China, telah ditempatkan dalam senarai kilang-kilang hijau nasional yang dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China. Senarai ini memperlihatkan satu lagi kejayaan dari segi komitmen syarikat ini kepada pembangunan mampan.

Kilang-kilang hijau merupakan kilang-kilang yang memanfaatkan tanah dengan bijak, mengelakkan daripada menggunakan bahan-bahan mentah berbahaya, menerima pakai amalan pengeluaran bersih, mengendalikan bahan buangan dengan pintar, menggunakan tenaga rendah karbon dan sebaliknya beroperasi dengan cara yang mesra alam. Trina Solar komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian PV pintar serta storan tenaga dan ia menggalakkan tenaga hijau tanpa henti. Syarikat ini menyediakan bekalan elektrik bersih melalui modul fotovolta dan mengkhusus untuk menggunakan proses hijau dalam pembuatannya serta menghapuskan atau meminimumkan emisi karbon. Hasil daripada semua usaha ini, syarikat ini dianugerahkan skor 99.4 yang berkaitan dengan penunjuk utama dalam penilaian kilang hijau.

Bagaimana kilang Trina Solar mendapat penarafan hijaunya

Penunjuk utama

Infrastruktur

Sistem pengurusan

Pelaburan sumber tenaga

Produk

Emisi alam sekitar

Prestasi

Jumlah

Skor

20

15

15

10

10

29.40

99.40

Di bawah misi "Tenaga Solar untuk Semua", Trina Solar mendorong dengan bersungguh-sungguh pembangunan hijau, rendah karbon dan mampan sejajar dengan falsafah ESG. Rangkaian penuh modul Vertex 210mm syarikat ini dianugerahkan sijil LCA dan Sijil Jejak Karbon oleh TÜV Rheinland tahun lalu. Di samping itu, Trina Solar termasuk dalam senarai Syarikat-syarikat Inovatif ESG Forbes China pada tahun ini dan dinamakan sebagai peneraju penyahkarbonan di Kesatuan Eropah. Kilang pembuatan syarikat ini di Yiwu, wilayah Zhejiang dinamakan sebagai Kilang Karbon Sifar oleh TiGroup, kilang pertama dalam industri PV yang diberikan gelaran sedemikian.

Bermula dengan melaksanakan operasi hijau hingga membangunkan rantaian nilai mampan kepada mengilangkan produk dengan jejak rendah karbon, Trina Solar komited untuk mengurangkan emisi karbon di mana-mana sahaja ia mampu. Ia akan terus mengilangkan dan menjual produknya yang berkualiti tinggi tatkala ia memperjuangkan dorongan ke arah masa depan tenaga hijau.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues General Manufacturing Cision Influencer List - ESG