HAMBURG, Jerman, 13 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
"Bekalan tenaga terpencar mesra alam serta sumbangan perumahan sosial membentuk kerja kemanusiaan mampan"
- Rujuk silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/80959/-
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140812/700929-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140812/700929-b )
Bekalan tenaga di Timur Tengah sangat mahal, malah mustahil didapati di kebanyakan tempat kerana kekurangan infrastruktur. Apa jua yang dapat berfungsi telah pun dimusnahkan dalam peperangan dan operasi ketenteraan baru-baru ini, seperti yang telah berlaku kepada satu-satunya loji kuasa di Palestin. Oleh itu membina bekalan tenaga berdasarkan sistem terpencar bebas yang tidak memerlukan bahan mentah bakal menawarkan kelebihan signifikan kepada populasi tempatan. Pembekal tenaga Hamburg Care-Energy kini ingin mengubah situasi ini dan memberi kebebasan tenaga kepada orang ramai. Selepas projek antarabangsa berjaya di Afrika dan Asia untuk membekalkan tenaga kepada hospital, sekolah serta kediaman persendirian, cawangannya di Beirut kini akan memulakan operasi untuk membekalkan tenaga kepada penduduk Timur Tengah.
Care-Energy akan menghantar produknya mengikut laluan laut dari Hamburg ke Pelabuhan Beirut. Sistem fotovoltan dengan kemudahan simpanan dan infrastruktur - CareCel – direka untuk menyediakan bekalan tenaga bebas, tanpa grid kuasa, untuk kediaman, institusi seperti sekolah dan hospital, serta perniagaan. Semasa penghantaran, hanya kontena ISO dan panel OSB baharu akan digunakan sebagai bahan pembungkusan, dan semua ini kemudiannya akan kekal dalam negara itu untuk membina perumahan sosial selepas digunakan hanya sekali untuk tujuan pengangkutan.
Martin Richard Kristek, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Care-Energy berkata: "Dalam negara termiskin di dunia, ketiadaan infrastruktur grid bermakna orang ramai sama ada membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk bekalan kuasa yang dijana diesel, yang beracun dan lemah, ataupun tiada bekalan tenaga langsung. Bermula di Lubnan, kami akan tunjukkan bagaimana keadaan ini boleh diubah. Helping Hands kini sedang merancang penghantaran sistem bekalan tenaga CareCel dari Hamburg ke beberapa kawasan di Palestin.
Sistem CareCel kami, yang kami telah bangunkan dalam kemudahan kami sendiri, telah berjaya diuji di sekolah, hospital, serta bangunan kediaman, dan kini kami akan melancarkannya dalam beberapa negara di Timur Tengah, bermula dengan Lubnan. Bagi klien, mereka ada pilihan untuk membeli sistem CareCel ataupun melunaskan kosnya dengan tenaga yang dibekalkannya. Pada asasnya, ini prosedur sama yang sudah biasa dengan kami: melunaskan kosnya berdasarkan kuasa kWh yang dibekalkan. Melainkan di sini, tenaga itu dihasilkan di tempat itu sendiri oleh sistem CareCel.
Oleh itu kami membolehkan kuasa murah dan mesra alam untuk dibekalkan, dan kami menjangkakan kelegaan jangka panjang daripada ketegangan ke atas rangkaian penghantaran. Pada masa yang sama, kami menawarkan peningkatan yang signifikan dalam potensi perniagaan untuk pertumbuhan dan pembangunan dengan menyediakan perniagaan itu dengan bekalan kuasa yang andal."
Semasa membentangkan pelan untuk peluasan di Timur Tengah, Martin Richard Kristek juga telah menekankan komitmen sosial Care-Energy yang mantap di tempat ia bertapak: "Kami akan mengambil semua kontena dan panel OSB daripada pengangkutan itu dan akan menggunakannya untuk membina perumahan sosial. Sistem rumah kontena telah dibangunkan untuk tujuan ini. Rumah yang dibina dengan semua kontena dan panel OSB ini akan diberikan kepada ramai orang yang memerlukannya di rantau ini melalui projek pembinaan perumahan sosial. Sudah tentulah kami akan turut membekalkan kediaman sosial ini dengan tenaga mesra alam daripada sistem kami sendiri. Kami sangat jelas dalam menyatukan komitmen ekonomi kami di Timur Tengah dengan matlamat perlindungan alam sekitar, kemampanan, komitmen sosial serta sokongan terhadap ekonomi tempatan. Lebih ramai orang dibekalkan dengan CareCel, lebih banyak kediaman sosial yang boleh diwujudkan, kerana setiap kontena yang dihantar bermaksud satu lagi rumah boleh dibina."
Care-Energy Lebanon ialah pejabat cawangan bukan bebas untuk Care-Energy Holding GmbH; ia diuruskan oleh ketua cawangan Roland Ayoub bersama Martin Richard Kristek.
Video ini menunjukkan rupa bekalan tenaga masa depan di Ghana/Afrika dan bagaimana ia sudah pun dilaksanakan oleh Care-Energy pada masa kini. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=T33Anc5af0k
Foto ini menunjukkan bagaimana rumah kontena Care-Energy boleh kelihatan apabila ia digunakan. Pautan: http://www.care-energy.de/index.php/energiesparhaus/care-energy-box.html
Maklumat perhubungan akhbar:
Care-Energy Holding GmbH
Marc März, Dkfm. (Graduan Perniagaan)
Telefon: +49(0)151/42260332
marc.maerz@care-energy.de
Sumber: mk-group Holding GmbH