OST Energy mengeluarkan ulasan teknikal bebas tentang produk dan pengeluaran Wuxi Suntech
WUXI, China, 13 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Kualiti modul silikon polikristalin Wuxi Suntech melebihi piawaian industri menurut ulasan teknikal bebas OST Energy tentang syarikat itu. OST Energy turut menyediakan pengesahan bebas yang kemudahan pengeluaran Wuxi Suntech adalah sejajar dengan syarat pemberi pinjaman antarabangsa (IFC dan Bank Dunia) untuk rantai bekalan primer.
"OST Energy ialah syarikat khidmat rundingan kejuruteraan bebas yang dihormati dalam pasaran UK dan kami teruja melihat ulasan positif mereka tentang kualiti produk dan kemudahan pengeluaran kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suntech Eric Luo. "Keputusan ini mengesahkan lagi komitmen kami terhadap para pelanggan kami untuk menyediakan modul yang paling berkualiti dan paling andal dalam pengeluaran pukal dan reka bentuk."
Ulasan ini adalah yang terkini dalam pengesahan pihak ketiga bagi kualiti produk Suntech. Baru-baru ini, produk Suntech telah menerima pensijilan Kualiti Terjamin VDE, lalu membuktikan modul Suntech melebihi piawaian industri sedia ada. Suntech ialah salah satu daripada tiga jenama sahaja di seluruh dunia yang menerima pemeringkatan ini.
Suntech, yang baru-baru ini dibeli oleh Shunfeng Photovoltaics Ltd. yang berpusat di Hong Kong, kini mempunyai tapak kewangan yang paling mantap dalam industri suria dengan hutang hampir sifar, lalu membenarkan syarikat ini melabur dalam pertumbuhan perniagaan ini melalui perkongsian dan perluasan pasukan jualan, pemasaran serta perkhidmatannya. Suntech akan menyediakan akses sehenti kepada rangkaian syarikat Shunfeng termasuk kemampuan dalam reka bentuk, kejuruteraan, pengeluaran, pembinaan, kewangan, insuran, pengendalian dan juga penyelenggaraan, penyimpanan tenaga, produk serta aplikasi suria.
"Dengan sokongan Shunfeng, kami berada dalam kedudukan kewangan yang lebih mantap untuk terus menyediakan produk yang paling berkualiti untuk para pelanggan kami," kata Luo. "Kami hargai hubungan kami dengan para pelanggan kami. Lebih 30 juta panel Suntech boleh ditemui di lebih 80 negara, dan semuanya akan terus mendapat faedah daripada waranti yang tercatat dalam perjanjian jual beli asal Suntech. Itu komitmen yang kami uar-uarkan sejurus selepas penstrukturan semula kami."
Latar belakang Wuxi Suntech Power Co., Ltd.
Wuxi Suntech Power Co., Ltd., syarikat yang diperbadankan dalam PRC pada bulan Januari 2001, mengeluarkan produk suria yang menerajui industri untuk aplikasi kediaman, komersil, perindustrian serta kemudahan. Proses penyelidikan & pembangunan perintis Suntech mencipta inovasi berpaksikan pelanggan yang memacu suria ke arah mencapai kesetaraan grid berbanding bahan api fosil. Misi Suntech ialah menyediakan akses andal kepada sumber tenaga alam semula jadi yang paling bersih dan paling banyak.