SINGAPURA dan HAMILTON, Bermuda, 14 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah AziPac Ltd. dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan En Frank Inouye sebagai Pengarah Urusan, berkuat kuasa serta-merta.
Frank membawakan pengalaman industri selama lebih 34 tahun untuk AziPac dan juga Azimuth yang lebih luas serta Seacrest Group. Beliau pernah bekerja secara meluas di Australia, Asia, Afrika Utara, Kanada dan juga Amerika Selatan serta mempunyai rekod prestasi terbukti dalam membangunkan dan mengurus portfolio aset bagi syarikat E&P awam dan swasta. Sepanjang kerjaya beliau, Frank telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk; Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Coastal Energy (syarikat yang beliau tubuhkan pada tahun 2004 dan memimpinnya hingga 2008, yang kemudiannya telah dijual kepada Cepsa dengan harga $2.2 bilion pada 2013); Ketua Pegawai Eksekutif Samudra Energy, syarikat E&P swasta di Indonesia; Ketua Pembangunan Korporat untuk Premier Oil; Pengurus Besar operasi Asia Tenggara oleh Premier.
AziPac merupakan syarikat cari gali dan penghasilan yang baru ditubuhkan yang bertumpu pada usaha cari gali minyak dan gas di lembangan maritim luar pesisir rantau Asia Pasifik dan Teluk Bengal. AziPac disokong oleh Seacrest Capital Group, pelabur tenaga global. AziPac mempunyai ibu pejabat di Singapura.
Frank Inouye mengulas:
"Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Azimuth Group dan berharap untuk membangunkan AziPac melalui strategi sama yang telah membolehkan Syarikat tersebut mewujudkan portfolio cari gali luar pesisir peringkat global di Nambia, Ireland serta Laut Utara. Strategi tersendiri Azimuth dalam memanfaatkan data seismik canggih sedia ada untuk memacu pembangunan portfolio telah terbukti sangat berjaya di beberapa kawasan lain di dunia manakala dengan pangkalan data seismik mereka yang luas di Asia Tenggara dan juga capaian kepada modal, AziPac berada dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelbagai peluang."
Nota kepada Editor:
AziPac ialah Seacrest Capital Group yang disokong oleh syarikat E&P, bertumpu pada Asia Tenggara dan Teluk Bengal.
Seacrest Capital Group merupakan pelabur tenaga ulung yang mengkhusus dalam cari gali luar pesisir, memanfaatkan aset proprietari dan hubungan bagi membina portfolio global yang pelbagai untuk syarikat cari gali minyak dan gas khusus pada peringkat serantau. Sejak tahun 2011, Seacrest Capital Group telah menghasilkan dan melabur dalam beberapa syarikat yang cemerlang di United Kingdom dan Laut Utara Norway, Afrika Barat, Ireland serta Asia Tenggara. Hasil daripada sokongan Seacrest, AziPac berada dalam kedudukan mantap untuk memanfaatkan dan meneruskan peluang lanjut yang muncul di luar pesisir rantau Asia Pasifik dan Teluk Bengal.