omniture

Perfect World Mengakhiri ChinaJoy 2014 Dengan Jayanya

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-08-14 14:49 166

BEIJING, 13 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- ChinaJoy ke-12 telah diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 31 Julai hingga 3 Ogos. Para pembangun permainan unggul, organisasi media yang menerajui bidangnya serta ramai pemain datang berduyun-duyun dari serata ceruk dunia untuk berkumpul semasa acara permainan selama empat hari itu.

Sebagai salah satu daripada pempamer utama semasa pameran ChinaJoy terdahulu, Perfect World berkongsi berdozen permainan terpilih dengan para pemain di bawah tema "HiFuture!". Permainan itu termasuklah permainan pengguna akhir popular DOTA2 dan Legend of the Condor Heroes ZERO, permainan mudah alih Return of the Condor Heroes serta Forsaken World, permainan web God of Destruction of Ice and Fire dan juga permainan konsol Neverwinter Online, memberikan pemain seluruh dunia pengalaman menyeronokkan yang tiada tandingannya.

Semasa menyertai ChinaJoy tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong berkata sektor permainan akan bergabung dengan beberapa sektor lain termasuklah pendidikan, penjagaan kesihatan, wayang gambar, televisyen serta kewangan pada masa hadapan. Sikap terhadap permainan juga akan berubah sambil permainan mula mewakili tanggapan umum yang sihat terhadap kehidupan.

Tahun ini, tema "HiFuture!" Perfect World bertumpu pada pembinaan dewan pameran baharu dengan konsep futuristik, memasang sejumlah besar peranti dengan teknologi perintis. Tambahan lagi, pembangun permainan tersebut memasukkan unsur permainan klasik ke dalam dewan itu, sebagai langkah untuk memberikan pemain pengalaman hiburan yang baharu.

Beberapa ketetapan dalam ruang pameran itu menyediakan pengalaman baharu untuk para pelawat, termasuk persembahan slaid permainan panoramik, penayangan skrin kabut dan juga robot menari.

Perfect World turut membina ruang yang mempunyai latar menarik yang menyerupai pemandangan dalam beberapa permainan popular bagi tujuan pengambilan foto berkumpulan serta zon interaktif peralatan permainan untuk para pemain. Tambahan lagi, beberapa ketetapan lagi turut diwujudkan termasuklah dinding bertema untuk tujuan pengambilan gambar, mural retrospektif selama sepuluh tahun dan cetak tangan berputar, semuanya begitu popular dalam kalangan pengunjung.

Dengan penambahan beberapa permainan baharu dan sudah lama dinanti-nantikan, zon pengalaman itu telah menjadi tempat berkumpul yang paling popular di dalam seluruh dewan N3 itu. Semasa pameran selama empat hari itu, zon pameran demonstrasi ialah tempat seperti mana para pemain dari seluruh dunia inginkan kerana ia memenuhi jangkaan tentang apa yang para pemain mahukan dalam permainan baharu. Permainan yang ditawarkan di zon itu membuktikan semangat tidak berpenghujung yang dipunyai pemain terhadap permainan, tanpa sempadan untuk pelbagai pemain yang ingin mengalami pengalaman hiburan yang baharu.

Antara 31 Julai dan 3 Ogos, Perfect World telah mempamerkan beberapa permainan baharu yang canggih serta produk sampingan sambil menyediakan pengalaman hiburan yang baharu untuk para pengunjung. Bagi memenuhi jangkaan pemain dari seluruh dunia, syarikat itu akan kekal komited terhadap strategi kualiti terbaik globalnya dan untuk pengalaman hiburan yang lebih menguja sambil ia menggerakkan pengalaman permainan ke dalam sektor baharu, memacu penyatuan industri tradisional dan industri permainan serta menawarkan pengalaman hiburan yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua mereka berada di dunia ini.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: