omniture

Yeastar Perkenal Penyelesaian Pemulihan Bencana Rentas Wilayah untuk Perusahaan Inginkan Tahap Ketersediaan Komunikasi Perniagaan Lebih Tinggi

Yeastar
2023-11-29 16:00 55

XIAMEN, China, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Yeastar, penyedia Komunikasi Disatukan yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penyelesaian Disaster Recovery daripadanya untuk P-Series Phone System Software Edition, bagi memperkasa perusahaan dengan kelewahan rentas wilayah bagi komunikasi tanpa gangguan walaupun dalam menghadapi bencana yang tidak diduga.

Penyelesaian Disaster Recover Yeastar, mengambil pendekatan aktif/tunggu sedia yang dilengkapkan oleh perkhidmatan SD-WAN terbina dalam yang selamat, mengupayakan penggunaan replika tunggu sedia sistem PBX di lokasi berbeza atau rangkaian jarak jauh. Seni bina ini menyokong replikasi data masa sebenar, pengesanan kegagalan automatik dan keupayaan failover yang lancar. Panggilan dan data dipindahkan dengan cepat dari tapak utama ke tapak sekunder apabila pelayan kerja tidak tersedia.

Bermanfaat terutamanya sekiranya berlaku kejadian bencana alam dan gangguan berskala besar, penyelesaian Disaster Recovery boleh berfungsi bersama-sama satu lagi ciri ketersediaan tinggi, tunggu sedia panas, yang menangani kegagalan pelayan dan kerosakan perkakas. Perusahaan boleh menggunakan kedua-dua tunggu sedia panas setempat dan pemulihan bencana rentas wilayah untuk pelan kesinambungan perniagaan yang komprehensif dan bingkas.

"Menerusi penyelesaian Disaster Recovery yang baharu, perniagaan kini boleh menikmati ketenangan minda dengan mengetahui infrastruktur komunikasi mereka sentiasa beroperasi, tanpa mengira keadaannya," kata Prince Cai, Naib Presiden Yeastar. "Ia mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk memenuhi keperluan perusahaan yang pelbagai di seluruh dunia."

Bagi perusahaan yang menuntut keandalan, keselamatan dan keserasian termaju dengan infrastruktur sedia ada, P-Series Software Edition dapat menampung sehingga 10,000 pengguna merentas pelbagai lokasi, dengan fungsi sembang suara, video dan pasukan serta banyak lagi dalam satu platform, serta penyelesaian pusat panggilan termaju dan pemesejan omnisaluran untuk pengalaman pelanggan yang dipertingkat. Selain daripada penyelesaian ketersediaan tinggi, ia turut menggabungkan langkah-langkah keselamatan berbilang lapisan, bermula daripada pengesahan dan kawalan akses hingga penyulitan data serta pertahanan rangkaian.

Ketahui lebih lanjut mengenai penyelesaian ketersediaan tinggi Yeastar di sini.

Latar Belakang Yeastar

Yeastar membantu perniagaan merealisasikan nilai digital dengan menjadikan penyelesaian komunikasi dan tempat kerja mudah diakses bermula daripada pemilikan dan penerimaan hingga penggunaan dan pengurusan harian. Yeastar telahpun mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian UC yang utama dengan jaringan rakan kongsi global serta lebih 450,000 pelanggan seluruh dunia. Komited untuk menyampaikan teknologi yang tepat kepada perniagaan berorientasikan nilai, Yeastar menawarkan produk dan perkhidmatan untuk UC&C, penjadualan tempat kerja dan tempat kerja hibrid bagi membolehkan mereka berjaya dalam dunia digital yang moden ini. Untuk maklumat lanjut tentang Yeastar atau untuk menjadi rakan kongsi Yeastar, sila kunjungi https://www.yeastar.com/.

Hubungi:

Aviva Li
+86-592-5503309
marketing@yeastar.com

 

Source: Yeastar
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services