omniture

Forum Kelestarian Huawei: Jeffrey Sachs Sokong Penyelesaian Teknologi Tangani Cabaran SDG

HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
2023-11-29 19:50 50

SHENZHEN, China, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Forum Kelestarian 2023 Huawei dan sesi-sesi serantaunya melabuhkan tirai semalam. Bertemakan "Berkembang Maju Bersama-sama dengan Teknologi: Merealisasikan Pembangunan Mampan," acara tersebut melibatkan lima sesi serantau di China, Itali, Ghana, Pakistan dan Brazil yang mana amalan kelestarian terbaik daripada Huawei dan rakan-rakan kongsinya didemonstrasikan.

Di Brazil, Huawei bekerjasama dengan operator tempatan Veloso Net bagi menyampaikan sambungan yang stabil kepada lebih 30% penduduk yang tidak mendapat sambungan di negeri Amazonas. Huawei turut mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) untuk melaksanakan projek Tech4Nature yang akan melindungi biodiversiti sekali gus memupuk pembangunan masyarakat setempat.

Di forum utama bertempat di Dongguan, China, Jeffrey Sachs, Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB, Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Jalur Lebar untuk Pembangunan Mampan PBB dan Profesor di Columbia University, menyampaikan ucaptama yang mana beliau membincangkan bagaimana cabaran gobal menjadi semakin rumit. "Kita hidup dalam zaman yang mana cabaran menjadi semakin besar dan keperluan terhadap teknologi perintis, seperti yang dibawakan oleh Huawei kepada kita, adalah semakin mendesak."

Jeffrey Sachs delivering a keynote speech at Huawei 2023 Sustainability Forum
Jeffrey Sachs delivering a keynote speech at Huawei 2023 Sustainability Forum

Sachs menonjolkan peranan penting yang perlu dimainkan oleh teknologi digital. "Teknologi, sekurang-kurangnya berpotensi, dapat mencapai semua orang dalam masyarakat, bahkan dapat menjangkau penduduk termiskin di dunia, selagi mana mereka berada berhampiran stesen pangkal, selagi mana mereka boleh mendapatkan sambungan digital dan selagi mana mereka memiliki peranti."

Para hadirin menekankan bahawa teknologi digital akan dapat membantu meningkatkan kebingkasan baik terhadap alam semula jadi mahupun manusiawi dalam menghadapi risiko dan cabaran serta mendorong kelestarian. Jeffrey Zhou, Presiden Huawei bagi Pemasaran ICT, menyatakan: "Bersama-sama rakan kongsi kami, kami menggunakan kuasa teknologi digital untuk memacu rangkuman digital dan mengupayakan dunia digital yang inklusif dan lestari."

Di Yunnan, China, sambungan lebih baik yang diupayakan oleh penyelesaian 5G Huawei telah meningkatkan kecekapan penanaman kopi dan kualiti biji kopi. Dengan adanya infrastruktur digital, e-dagang dan penstriman video berkembang pesat, menggiatkan industri kopi tempatan dan menjadikan kopi tempatan sebagai jenama berharga dalam kalangan pengguna.

Di Itali, projek TECH4ALL Nature Guardian Huawei, melalui perkongsian bersama WWF Italy, menggunakan sistem pemantauan akustik berasaskan awan dan AI di 16 ladang-eko serta ladang tradisional. Projek tersebut mendapati bahawa kira-kira 10% lebih banyak spesies hidup dalam ladang-eko berbanding ladang tradisional.

Di Gokina, Pakistan, Huawei dan rakan-rakan kongsinya membawakan fungsi sambungan kepada masyarakat setempat, mengupayakan teleperubatan dan pendidikan jarak jauh. Penduduk kampung di desa terpencil ini kini boleh mengakses perkhidmatan perubatan yang berkualiti apabila mereka memerlukannya.

Di Ghana, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membina loji hibrid hidro-solar terapung yang pertama di Afrika Barat. Loji berkenaan akan membekalkan bahan api kepada kilang gajus di Wilayah Bono dan mencipta peluang pekerjaan untuk lebih 800 rakyat termasuk wanita.

Wanita Pertama Republik Ghana, Puan Yang Terutama Rebecca Akufo-Addo, menghargai sumbangan Huawei kepada pembangunan mampan negara berkenaan.

Beliau berkata: "Dunia sedang menuju hijau dan projek-projek seperti loji hibrid hidro-solar menunjukkan bahawa Ghana berada di laluan yang betul, ke arah merealisasikan masa depan digital yang lestari dan mesra alam."

"Apa yang saya harapkan ialah kapasiti Huawei yang luar biasa dalam 5G, perkakas, reka bentuk sistem, kandungan dan platform dapat dimanfaatkan dengan program berskala besar yang lain," kata Sachs. "Kami harus menjelaskan kepada dunia bahawa kami mempunyai penyelesaiannya, kami memiliki mekanisme untuk meletakkannya pada tempatnya secara berskala."

Source: HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Social Responsibility Environmental Issues Trade show news Cision Influencer List - ESG