omniture

ATLAS RENEWABLE ENERGY MENERIMA PINJAMAN USD TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI TERBESAR DARIPADA BNDES UNTUK PPA SOLAR TERBESAR DI AMERIKA LATIN

Atlas Renewable Energy
2023-11-29 22:58 36

Pinjaman bernilai USD447.8 juta, pinjaman tenaga boleh diperbaharui dalam nilai USD yang terbesar daripada BNDES ini akan membantu Atlas Renewable Energy membina Loji Solar Vista Alegre.

SAO PAULO, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Atlas Renewable Energy, pemaju antarabangsa dan salah satu pengeluar tenaga bebas (IPP) terbesar dan paling pesat berkembang di Amerika Latin telah memperoleh pinjaman daripada bank pembangunan Brazil (BNDES) berjumlah USD447.8 juta (yang bersamaan dengan R$2.18 bilion) yang merupakan pinjaman tenaga boleh diperbaharui dalam Dolar AS yang terbesar daripada bank tersebut setakat ini, untuk membina Loji Solar Vista Alegre. Dengan kapasiti terpasang sebanyak 902 MWp yang bersamaan dengan 768 MWac, loji ini akan menghasilkan purata 200 MW atau 2TWj setiap tahun yang menghalang pelepasan CO2 sebanyak 2.4 juta tan sepanjang operasinya selama 20 tahun – yang bersamaan dengan penghasilan kuasa yang mencukupi untuk dibekalkan kepada lebih 3 juta orang. https://www.atlasrenewableenergy.com/en/atlas-renewable-energy-secures-bndes-first-us-dollar-loan-for-a-renewable-energy-project-in-brazil-2/

Atlas Renewable Energy Solar Plant
Atlas Renewable Energy Solar Plant

Vista Alegre, projek solar terbesar yang akan dibina dalam satu fasa di Brazil ini akan membekalkan elektrik kepada Albras selama 21 tahun melalui satu perjanjian pembelian kuasa (PPA). Pembiayaan ini menandakan kerjasama kedua antara BNDES dengan Atlas, susulan kejayaan pembiayaan Loji Kuasa Solar Boa Sorte (438 MWp) yang merupakan satu lagi usaha sama dengan Albras, yang juga akan membekalkan tenaga bersih untuk pengeluaran aluminium. Vista Alegre membolehkan Atlas untuk terus meletakkan syarikatnya sebagai peneraju bagi PPA dalam nilai dolar AS untuk pengguna tenaga yang besar di Brazil. Pembinaan telah dimulakan pada tahun 2023 dan projek ini dijangka akan membekalkan tenaga bersih kepada Albras menjelang tahun 2025.

"Kami amat berbangga dengan projek ini yang menjadi simbol kemajuan yang penting di Brazil dan Amerika Latin dengan serta-merta, yang boleh dilakukan dalam memajukan peralihan tenaga dengan bantuan rakan kongsi pembiayaan tempatan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada BNDES atas sokongan dan kepercayaan mereka menawarkan pinjaman Dolar AS terbesar yang pernah mereka berikan untuk sebuah projek tenaga boleh diperbaharui kepada Atlas Renewable Energy. Kami turut berbangga kerana Vista Alegre akan menyepadukan amalan ESG terbaik dalam industri serta menggabungkan program sosial yang hebat yang menyokong, membantu dan memperkasa komuniti tempatan," kata Carlos Barrera, Ketua Pegawai Eksekutif Atlas Renewable Energy.

Projek solar ini yang akan menghasilkan lebih 2,500 peluang pekerjaan semasa fasa pembinaannya, akan terus menggalakkan amalan ESG terbaik melalui pelaksanaan projek yang kukuh untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti di sekitar semasa fasa pembinaan dan operasi. Atlas akan melaksanakan program sosial utamanya, 'Kita semua adalah sebahagian daripada tenaga yang sama' untuk menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam pembinaan projek tenaga boleh diperbaharuinya dengan meningkatkan kemahiran kaum wanita tempatan bagi meningkatkan penyertaan mereka kepada sekurang-kurangnya 15%. Atlas juga akan melaksanakan program Ed-Mundo yang memenangi anugerah yang bermatlamat untuk melatih para pelajar muda daripada komuniti yang kurang bernasib baik dalam bidang pengaturcaraan, IT, robotik dan keusahawanan Program ini membolehkan para pelajar menjadi protagonis transformasi sosial dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan lain untuk komuniti mereka.

Tentang Atlas Renewable Energy 

Atlas Renewable Energy ialah sebuah syarikat penjanaan tenaga boleh diperbaharui antarabangsa yang memiliki projek berkontrak dengan kapasiti melebihi 4 GW, di mana 2.2 GW daripadanya beroperasi. Atlas mempunyai kepakaran dalam membangun, membiayai, membina dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui sejak awal tahun 2017. Syarikat ini mempunyai sebuah pasukan yang berpengalaman dengan pasaran kuasa global dan kepakaran tenaga boleh diperbaharui yang mendalam serta rekod prestasi yang paling lama dalam industri tenaga boleh diperbaharui di Ibero-Amerika.

Strategi syarikat ini memberi tumpuan untuk membantu syarikat korporat yang besar melakukan peralihan tenaga kepada 100% tenaga bersih. Atlas Renewable Energy diiktiraf secara meluas atas piawaiannya yang tinggi dalam membangun, membina dan mengendalikan projek berskala besar serta rekod prestasinya yang mendalam dan lama dalam ESG dan pembangunan lestari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.atlasrenewableenergy.com

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2288424/Atlas_Renewable_Energy_Solar_Plant.jpg?p=medium600

Source: Atlas Renewable Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Financing agreements